First Giveaway By Aliyah Syofia Mazalan Sempena Pembukaan Syofia Blogshop

Wednesday, February 26, 2014

1 comment

Assalamualaikum..

Rajin betul aku terjah blog orang rini.. Rajin jugak nak join giveaway yang dorang sediakan.. Hahahaha.. Mabo0ok Giveaway rini aku... Jom tengok dan join GA ni pulak.. GA ni menawarkan voucer RM 50 bagi setiap pemenang.. 5 pemenang aje tau..

Klik Banner untuk join

Haa GA ni dibuat sempena pembukaan Syofia Blogshop.. So, ape lagik tunggu-tunggu tu.. jom la join ramai-ramai... Aliyah, Saya nak baucer RM50.00.... hehehe..

Tarikh Tamat GA : 14 MAC 2014
Keputusan GA : 15 MAC 2014

Smile frenzz.. :)
Read More

SAYA NAK BLOUSE CANTIK dan MURAH DARI MOMS MADNESS GARAGE

2 comments

Assalamualaikum..

Giveaway lagiiiiiiiiiiii... Jom ramai-ramai join...

Klik Banner Untuk Menjuinkan Diri

Tengok tajuk GA ni pown comel-comel je kan.. Mesti hadiah yang disediakan comel-comel jugak.. Sekarang ni banyak sungguh kedai online.. Cam cendawan tumbuh dimusim hujan ke bak kata orang-orang dolu.. hikhik..

Aku ni memang salah seorang penyopping online yang tegar ( ok tak ayat aku - penyopping.. Hahaha ).. Aku suke sangat beli online ni.. Mudah.. Sampai di depan pintu.. Tak payah nak letih-letih kaki pusing-pusing shopping complex kan.. Sekadar letih jari jemari je klu online ni.. Biasa la kalau dah beli online mesti carik barang yang murah-murah sebab terlalu banyak saingan.. So, sebagai pembeli kite boleh la pilih yang mane berkenan dan banding-bandingkan harga.. Semestinya la kite pilih yang murah kan... hehehe

Eh panjang lak aku membebel.. Jom la juin dengan aku.. Best gak GA ni.. 
Jom Fiza & Pink Ummi  join skali..

Tarikh Tamat GA : 02 MAC 2014
Keputusan GA : 06 MAC 2014


36
Read More

Ladies Closet GiVeAway by effafarhana

2 comments

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak juin Giveaway.. Ni baru nk juin balik..
Jom la Juin sama-sama.. Tak lama dah nak tamat GA ni..

KLIK BANNER UNTUK JUIN

Banner pown dah comel.. Dah ape lagik yang tengok-tengok tu.. Jom la join..

Tarikh Tamat GA : 01 MAC 2014 ( hingga 11.30 pm )
Keputusan GA : 04 MAC 2014

Gut Luck Frenz.. 

Smile.. :)

50

Read More

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat

Thursday, February 20, 2014

1 comment

Assalamualaikum..

Mata ni tak selesa sangat hari ni.. Tetiba aje terkene sakit mata lak.. Entah jangkit dengan sape.. Rasa-rasanye jangkit dengan anak saudara aku kowt... hikhik.. Tak pe.. Dugaan kecil untuk aku.. cewahhh..

Hari ni aku nak cerita sal 7 golongan yang akan mendapat naungan di akhirat nanti.. Artikel ni pown aku dapat dari sebuah buku yang aku baca dan aku sayang sangat-sangat buku tu.. hehehe.. Buku ni penah aku review dulu.. Buku yang betul-betul memberi keinsafan pada aku.. Semai Benih-Benih Syurga.. Dalam buku tersebut ada menyentuh berkenaan 7 golongan tersebut.. Jom kite jenguk-jenguk..

Seperti yang kita tahukan, pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar nanti, seluruh umat manusia berhimpun, dari manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s sehinggalah manusia terakhir. Keadaan umat manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu.. Rasullullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari tersebut. 7 Golongan tersebut ialah :-

Ihsan google


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat

1.  Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2.  Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada ALLAH SWT. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang, berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3.  Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua ayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi ALLAh SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

4.  Dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH SWT di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan ALLAH SWT. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana ALLAH SWT agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNYA.

5.  Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata-kata, "Aku takut kepada ALLAH SWT". Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6.  Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7.  Orang yang menyebut atau mengingati ALLAH SWT dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingati sifat jahal dan sifat jamal ALLAH SWT. Inilah sifat Muslim Mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan ALLAH SWT dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan ALLAH SWT serta sifatNYA yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Alhamdulillah selesai sudah coretan untuk tajuk ini.. Moga artikel ini dapat memberi manfaat kepada korang semua.. 

Selamat Membaca & Beramal





Read More

Alhamdulillah

Wednesday, February 19, 2014

5 comments

Assalamualaikum..

New Chapter.. Alhamdulillah...

Ihsan google

Terus Istiqamah... :)

Ihsan Google

Mencari jalan 'pulang'.. Terus berusaha kearah kebaikan.. Mencari keredhaanNYA....


Read More

Pencuri

No comments

Assalamualaikum..

Tolongggggggggggggggggggggg pencuriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Encik.. Encikk... Tolong saya.. Ada pencuri...
Opsss terlebey sudey... hehehe bukan itu sebenarnya yang aku nak cerita... Aku cuma nak cakap kat korang yang aku suke sangat lagu ni..
.
.
Pencuri - Mark Adam

Haaa ni la lagunye.. Pencuri dari Mark Adam.. Lagu dia simple but nice... huh.. Spiking hokeh aku...
Sape-sape yang suka gak lagu ni, jom layan sama-sama aku..


Read More