Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Wednesday, March 12, 2014

8 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Setelah bercuti akibat demam, harini kembali untuk bekerja semula.. Dah baik demam ni, nak jugak la rajin-rajinkan diri jengok blog rakan-rakan.. Hasil daripada blogwalking, makanya, Lea mau join segmen yang Zamani Abe buat.. Cam menarik je hadiah nya.. Power Bank... Comel lak tu.. Dengan lafaz Bismillah, maka Lea join segmen tersebut..

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Yeee selesai.. dah join... Syarat sangat-sangat la simple.. 

Thankz Zamani Abe sebeb buat segmen ni dengan syarat yang sangat-sangat simple..

Smileeee... :)



Read More

Bila Dia Bukan Untukku

Friday, March 7, 2014

1 comment


Ya ALLAH,
Bila dia bukan untukku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya ALLAH,
Andai ini bukan masanya,
Andai ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami
Agar kami jauh dari dosa dan perkara yang sia-sia.
Agar kami tidak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan,
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkanlah aku tentang doaku yang lalu.

Ya ALLAH,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambaMU..

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati,
"kerana ALLAH lebih tahu.."

Read More

Bila Dia Bukan Jodohku

3 comments

Bila dia bukan jodohku .
Mengapa masih juga hati ini mengharap dia kembali .
Lama , aku merenung ke luar jendela .
Yang ada hanya jendela dikamar .
Kerna jendela hati telah lama tertutup dengan kehadirannya.

Katanya percaya dengan takdir Allah ? mana buktinya ?
Tutur kata yang hanya menggunakan lidah itu pastinya sangat mudah .
Cuba sekali , bicara dengan mata hati .
Kau akan tahu peritnya melepaskan insan yang tercinta .

Dia akan bahagiakah dengan si dia ?
Lalu apakah kau yakin dia sering bahagia denganmu ?
Jika sudah jodoh , Allah menetapkan itu yang terbaik untuk dirinya .
Sehingga itu , apa lagi yang menjadi dambaanmu ?

Hati kecilku mencucuk cucukku dengan kata kata pahit lebih pahit dari ubat .
Aku mengerti , ia sekadar mahu menyedarkan aku .
Perlu bangkit dari semuanya ini.
Dia sudah punya masa depan . namun aku ?
Semudah itukah ? melupakan dirinya yang hadir dengan cara terindah .
Yang juga telah ditakdirkan Allah.

Namun mengapa hanya seketika ?
Sudah diberitahu , perkenalan pertama tidak memberi jawapan bahawa dia adalah jodoh kita.
Namun hati degil mahu terus mencintai.
Sekarang jalannya sudah ditunjuk , untuk apa lagi terus berharap ?
Cinta itu tak mungkin hadir hari ini dan esoknya hilang , mampu dibuang . tidak begitu .

Jangan lupa kita masih punya senjata pengikat kasih sayang .
Doa .
Ya , semua milikinya .
Untuk terus bahagia mencintai ,
Meskipun yang dalam pelukannya bukan diriku .
Jari  yang disarungkan cincin itu bukan empunya aku .
Namun melihat dia dan insan dihadapannya tersenyum penuh makna .

Aku perlu bahagia , untukknya .
Mengingatinya dalam setiap bisikan doa .
Kerna tanda orang beriman itu ,
Apabila diberi kesenangan dia bersyukur ,
Dan apabila ditimpa musibah dia tetap juga bersyukur .
Kerna itu merupakan kayu ukur Allah terhadap hambaNYA ,
Mampu bersabar atau tidak .
Mampu menerima qada’ qadarNYA atau sebaliknya .

Mudahan , suatu ketika nanti .
Jendela hatiku akan terbuka lagi .
Dan aku ingin sekali merasa saatnya disarungkan cincin .
Disebut namaku dalam lafaz keramat .

insyaAllah , jika dia bukan jodohku .
aku terima , pasrah dan redha dengan ketentuanMu :’)


Read More

GA Mac 2014 by Emas Putih

1 comment

Assalamualaikum..

Selamat pagi uolss.. Pagi-pagi lagik dah mood nak join GA seorang teman ni.. GA ni dianjurkan oleh Blogger Emas Putih.. Teruja jugak nak join sebab adiah yang ditawarkan agak banyak jugak.. hehehe.. Jom kite join sesama... 


Sila tekan banner di atas jika nak join.


GA Mac 2014 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Zara Nurhaidah , Pa Ly , Ayuinsyirah , Yanty Lee , Amirul , Khai  Artzfar , Eunice GM , Hawa Syazana , Jason Statham , Nurul , Syan Neesa , Mahamahu , Belog Santai , Freddy , Yang baik , Diyani Hani , Nor Amirah , Shida Radzuan , Norliyana Khai , Ct Aman , Hazirah , Refubee Pretzel , Dyba Gula-gula , Suana Zhar dan Syarifah Syahirah


Tu dia penganjur untuk GA ni... Meriah betolkan..  Jom la join reramai.. 

Mula : 07 MAC 2014
Tamat : 21 MAC 2014

Read More

Tanggungjawab Dalam Kesabaran..

Thursday, March 6, 2014

4 comments
Kebiasaannya 30hb suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air RM30.00, bayar duit rumah RM700.00 bayar duit kereta RM700.00, bil telephone suami dan isteri RM200.00, bill elektrik RM170.00, ansuran motor RM150.00 dan yuran tuisyen anak RM150.00 serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan..

Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja terus di sambut ngan isteri satu soalan " Hari ni hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis sambil bawak bebudak makan kat luar malam ni sebab saya tak laratlah nak masak ari ni. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah. Ayah baru dapat gaji. Sambil anak yang sulung pula mencelah " ayah kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. 

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah..

Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut ke rumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil-kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi... Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50.

Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar.. kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga RM15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni. murah jer RM15.00 ringgit... suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar RM30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah RM188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab RM180.00..

Malamnyer pulak beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta..Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.....

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami... 

kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ??Atau perlu mencari peluang utk berubah.





Note :-
Renung-renungkan sambil selami dan hayati serta fikir-fikirkan


Read More

Saya Nak Menang Pandora

3 comments

Assalamualaikum

GA lagik.. Kali ni adiah dia gelang ala-ala pandora gitu.. 2 orang pemenang bakal menyarungkan gelang tersebut.. wah.. sape lah yang bertuah tu kan.. So, Lea cuba la jugak join.. :)

Klik Banner untuk join sama ye..

Mula : 06 MAC 2014
Tamat : 12 MAC 2014


Read More