Handmade... Al-Quran Kesayangan...

Monday, April 7, 2014

No comments

Assalamualaikum..

Huh.. Sekian lama blog ni bermasalah tak boleh nak follow mollow rakan-rakan... Dan akhirnya telah selesai masalah tersebut.. Tetiba kan masalah ni selesai... huii.. Sampai tahap nak berblog pown takde mood.. Kihkih..

Sebetulnya baru harini dan ketika ini aku berkesempatan untuk membuka blog kesayangan aku ni.. Ni pown boleh la bukak sebab waktu rehat kan.. Banyak kerja yang nak disettle kan.. Awal-awal bulan ni banyak laporan yang hendak dibuat.. Mane lagik nak update kursus-kursus kakitangan kat tempat aku ni.. Dengan masalah tatatertib agik... Fuhhh.. (konon2 bz sgt la tu) hehehe.. Jumaat ritu lak dapat MC sebab masalah kesihatan... Uiss banyak beno masalahnya kan.. Anugerah tuhan semuanya.. Alhamdulillah...

Aku sebenarnya dah larik dari tajuk entry ni sebenarnya.. hahaha.. Tapi tak pe lah kan.. Tu mukadimahnya dulu... Kene la panjang sikit... Dah agak lama aku tak update berkenaan buku-buku yang aku beli dan baca kan... Terasa rindu sangat-sangat nk update sebenarnya.. Tapi kali ni aku nak update berkenaan Al-Quran lama kesayangan aku... Aku dah buatkan baju baru untuk Al-Quran aku tu.. Hitam lagik uollss.. Bukan pe, aku kesian sangat tengok kulit dia yang dah terkoyak-koyak... Kalau tak diganti bajunya pasti terkoyak rabak jadiknya... Isi dalam menten cun... Luar je teruk sikit keadaannya.. So aku fikir-fikir, baik aku buatkan baju untuk Al-Quran aku tu..

Ini lah hasilnya..

Handmade

Siap ada tali penanda agik..


Itulah hasilnya... Setelah bertungkus lumus menyiapkannya.. Aku lupa nak amek gambar sebelum.. Amek gambar selepas ajo.. Lepas berbaju baru ni makin bersemangat aku baca Al-Quran.. Alhamdulillah.. Bukan Al-Quran je aku balut... Diary comel aku pown aku balut jugak... Terlebih rajin lak aku time tu... Dah lama sebenarnya aku buat ni semua.. Cuma tak berkesempatan nak update kat sini... 

Diary Comel Aku


Korang pown boleh buat... Mudah aje... :)


Read More

Update Buku Baru..???

Friday, March 28, 2014

No comments

Assalamualaikum..


Ihsan google


Rindu nak update buku baru.. Banyak gile buku baru yang di beli tak dapat di apdet... Arghhhh tensionn.. Hahahaha... Bila la dapat apdate.. Tunggu RedOne aku ada line tenet baru leh update.. Huisss lambatnyeh...

Satu lagik masalahnye.. aku tak dapat nak follow orang lain.. Ada sape-sape dapat bantu tak??
Tulunnn......~!!


Read More

Bila Tuhan Menguji..

No comments

Assalamualaikum..

Petang-petang macam ni pekene ABC kan best... Tapi sebenarnya Lea baru je balik dari pekene ABC.. hehehe... Lama betul tak jenguk  blog.. Almaklumla terbz lak sejak dua menjak ni.. Dok setel semua kerja.. Dah setel semua baru la leh jenguk blog...

Lagi pown sejak kebelakangan ni banyak pulak dugaan yang harus ditempuhi.. Tu yang jadi tak berapa nak ada mood untuk menjenguk blog.. Buat kerja boleh jugak hilangkan tekanan yang ada... Hurmm korang pown mesti pernah lalui ujian yang di anugerahkan olehNYA kan... Tu tandanya DIA sayangkan kita dan mahu kita belajar sesuatu dari ujian tersebut kan...

Sekarang ni dan diketika ini, banyak sungguh ujian yang diberikanNYA buat aku... Paling berat DIA menguji aku dengan satu penyakit yang aku sendiri belum ketahui apakah penyakitnya.. Haaa betul tak ayat tu.... Cam boloxsss aje... hehehe.. Janji faham kan,... Lebih kurang sebulan dah aku hadapi ujian ni.. Sampai sekarang masih belum dikenal pasti apakah penyakitnya... So, pasni kene mengadap pakar la pulak.. Moga-moga diberi ketabahan dan ketenangan sepanjang menghadapinya..

Ok la.. Lupakan lah kejap hal tu.. Nanti leh Migrin kalau fikir sangat... Kite cite sal p jenjalan.. Baru best... Seronok sikit hidup ni.. Hehehe..

Hari ni jumaat kan.. Kakitangan kerajaan diberi rehat yang agak panjang.. So, ape lagik.. terus pergi tenangkan fikiran dekat shopping compleks.. Hahaha.. Boleh ek camtu.. Tak de la tenangkan fikiran cuma menghilangkan bosan.. Bergerak secara solo kali ni.. Member buku aku tu tak boleh ikut memandangkan dia kene menjaga anaknya sepenuh masa.. hikhik.. 

Dengar cite Daiso dah bukak kat kuantan ni.. Di ECM.. Ape lagik, terjah la ECM.. Wahh seronok tengok barang-barang yang ada dalam tu.. Naik gile mata... Tapi aku kuatkan iman aku... Beli ape yang patut je.. Duit banyak lagik nak guna untuk bende yang lebih penting termasuk rawatan untuk sakit aku ni.. ekekeke.. Aku beli keperluan rumah aje.. Kire ok la tu kan...

Hujung minggu yang lepas (22.03.2014), aku ziarah kakak aku kat pekan.. Siap pergi kenduri kahwin anak Dato' agik.. Tetiba kan... Lain plan lain lak jadik.. hehehe.. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai.. Lama dah tak rasai semua tu.. Moga aku masih diberi kesempatan untuk merasai semua tu...
InsyaALLAH..  :)

Note : -
Jangan pening ye.. kejap bahasakan diri Lea.. Kejap aku.. hehehe... 

Read More

Cinta Makrifat

Wednesday, March 19, 2014

No comments

Assalamualaikum..

Hoyeeee.. Akhirnya dapat gak carik lirik lagu duet Awie dan Erra Fazira ni.. Cinta Makrifat.. hehehe.. Beria je aku kan.. Padahal dah lama kowt kalau nak ada pown lirik ni.. Aku je baru dok usha lirik dia.. Tak pe la.. Janji dah jumpa kan.. Tapi betul pe.. Ritu aku search tak de agik lirik dia.. Lani baru dok ada dan jumpa.. Ritu aku ada dah buat entry sal lagu ni dan Konsert Teaterikal Suara Kita.. Klik Sini.. Cuma kat entry lepas tak de lirik je kan.. So kali ni nak gak la post lirik lagu ni.. kihkih.. Jom tengok..

ehsan en. google


Cinta Makrifat
Awie & Erra Fazira

Kau dan aku seperti
Bulan dan matahari
Kala malam bulan mentari
Menyatu mengukir gerhana

Kau mentari kalbuku
Akulah bulan hiasanmu
Cinta terpatri rindu
Yang tersimpul erat
Oleh hukum hakam

Walau di dunia cinta tak nyata
Syurga firdausi kan menanti
Engkau dan aku ( Cinta abadi )
Tetap bersama ( Berjanjilah )
Demi cinta

Hanya tinggal takdir
Yang menyatukannya
Sedangkan ku tahu terlerai akhirnya

Ku setia di sini
Di saat terakhir ( Di nafas terakhir )
Menanti gelora syurga cintamu
Syurga cintamu


Read More

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014

4 comments

Assalamualaikum..


Tu dia banner.. Pesta Buku.. Rasa nak menangis aje sebab tak dapat pergi.. Sob sob sob.. Bestnye orang-orang putrajaya dan berdekatan dengannya.. Boleh pergi borong buku.. Tak borong pown cuci-cuci bijik mata pown ok...

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014
Penganjur : Kumpulan MPH Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama PICC
Tarikh : 19 - 23 Mac 2014
Masa : 10.00 am - 9.00 pm
Tempat : PICC 

Gambar Hiasan

Selama 5 hari pesta buku ni diadakan.. Dari pagi sampai kemalam.. Kalau la dapat pergi mahu aku tak keluar dari situ.. hahaha... Hurmmm.. Tengah berangan-angan dok kat KL ni.. hikhik.. Dalam mimpi ajo lah kan... 

Kepada ulat-ulat buku boleh la serbu kat sana untuk dapatkan buku-buku yang diidamkan.. 

Berikut adalah artikel berkenaan pesta buku ini daripada Kosmo Online :-

PESTA buku semakin kerap diadakan di negara ini. Ia merupakan satu petanda baik yang menunjukkan rakyat Malaysia semakin gemar membaca buku.
Penganjuran pesta-pesta ini memberi peluang kepada si pencinta buku bagi mendapatkan bahan bacaan pada harga jauh lebih rendah berbanding di pasaran.
Bagi memberikan kelainan, syarikat buku terkenal, Kumpulan MPH Malaysia Sdn. Bhd. (MPH) dengan kerjasama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan jualan buku secara besar-besaran dengan penerapan konsep taman tema.
Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014 di (PICC) yang bakal diadakan pada 19 hingga 23 Mac depan menawarkan pelbagai seleksi buku, majalah, buku elektronik (e-Book), alat bantuan belajar, alat tulis dan peralatan digital di dalam ruang pameran yang berkeluasan lebih 5,574.2 meter persegi.
Bersempena dengan konsep taman temanya, PBAP 2014 akan membawa pembaca ke dalam sebuah pekan buku untuk menerokai alam penuh keajaiban yang dipanggil Bookerville.
Pengarah MPH, Datuk Abdullah Abdul Rahman berkata, pesta buku berkenaan bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang memperkaya, mendidik dan menghiburkan pengunjung.
“Ia sekali gus dapat menarik pelancong luar negara untuk menyertai pesta yang juga diadakan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
“Tawaran harga menarik tidak terhad kepada buku yang sudah lama diterbitkan malah ada juga buku-buku terkini yang diberikan potongan harga yang pastinya menambat hati pembaca,” katanya pada sidang akhbar PBAP 2014 di PICC, Putrajaya baru-baru ini.
Menurut beliau, PBAP 2014 bakal menarik lebih 300,000 pengunjung sepanjang lima hari pesta buku tersebut berlangsung.
Selain itu, penampilan selebriti dan aktiviti hiburan bagi kanak-kanak seperti cabaran permainan dan aktiviti seni kraf turut disediakan kepada pengunjung.



Ni pulak jadual pesta buku yang telah dan akan diadakan di Malaysia. hehehe
Best gileeeee bosssss... Jom serbuuuuuu.. Tapi............ aku tak de harapan hokeh.... hahahaha




JADUAL DAN TARIKH PESTA BUKU MALAYSIAN 2014

Sumber dari Klik Sini


Big Bad Wolf Book Sale
15 - 23 Feb 2014
Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor

Ekspo Buku Islam Putrajaya
28 Feb - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
19 - 23 Mac 2014
PICC

Read Malaysia
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
24 April - 4 Mei 2014
PWTC


Read More

Masalah Sebenar..

3 comments

Assalamualaikum

Hai uols... hehehe rindu banget ni mau update buku-buku yang belum di update... Banyak tu.. Tapi tak boleh  nk update lagik sebab ada masalah sikit.. Intenet sangat-sangat lah teruk.. Kuasa mentransfer gambar-gambar tidak dapat dilakukan buat masa ni.. Bukan saje buku-buku nak update.. Adiah yang dapat dari penyertaan GA pown tak dapat lagik nak update.. Mane lagik dapat adiah dari member a.k.a rakan niaga agik... Entah bila la baru boley hapdet kan...

Sekarang ni pown aku pelik sebabnya aku tak boleh nak follow blog orang lain.. Tataw ape masalah.. Masalah dari aku ke? Masalah dari sistem blog ni ke? atau... Masalah intenet? haisss tak boleh nak tambah kenalan dah ni.. Sape-sape yang follow Lea tu, thankz naaa... Nanti dah ok, Lea follow back ye.. hikhik..

Bila semua ni akan ok??? hurmmm.. Jawapan nye....
.
.
.
ENTAH LA LABU......

Read More