book ·
novel ·
review
No comments
Review Novel | Cik Calla Lily dan Encik Bos
Monday, March 14, 2016
Assalamualaikum wbt..
Jumaat hari tu dapat juga aku habiskan pembacaan novel Cik Calla Lily dan Encik Bos (CCLEB) ni dengan jayanya... Harini aku nak review sikit pasal novel ni.. Kan dah janji.. huhu..
Novel CCLEB ni terbitan Karya seni dan ditulis oleh Airisz... Rasanya ni adalah novel pertama Airisz yang aku baca.. Yang lain-lain belom lagik.. Mungkin lepas-lepas ni aku akan baca sebab novel CCLEB ni best.. Yang aku tahu trademark Airisz untuk judul novel-novelnya adalah dengan menggunakan Cik dan Encik.. Semua tajuk novel yang ditulisnya ada Cik dan encik.. Haha.. kire trademark la tu kan..
Okeh.. Nak cite sikit pasal jalan cerita novel ni.. Untuk permulaan cerita, kita diperkenalkan dengan watak Cik Calla Lily atau nama sebenarnya Chinta Adara atau nama manjanya Cik Ta.. (eh.. eh.. cam cik ta a.k.a rozita chek wan lak.. haha) Cik Ta ni berumur 26 tahun tapi masih tiada pasangan hidup.. Cik Ta ni bekerja di bahagian Kewangan di sebuah syarikat swasta.. Di bahagian dia bekerja tu kebanyakan kakitangan wanita dah lanjut usia dan belum kawin.. Alah senang cakap ANDARTU la..
Emak Cik Ta dah bising-bising suruh Cik Ta kawin sebab takut anaknya menjadi andartu.. Cik Ta pula memang pantang la kalau dengan Duda.... Siap dikutuk-kutuknya siapa sahaja yang berstatus duda.. Huhu.. Dia dah bertekad kalau nak kawin mesti dengan yang single..
Adehh panjang lak nak cite satu-satu part dalam ni.. Yang boleh aku katakan cerita novel ni memang best.. Jalan cerita memang santai habis.. Bahasa memang selamba badak je.. Kalau korang baca memang boleh gelak sorang-sorang ye...
Cerita novel ni memang berkisarkan Andartu... duda... kawin.. konflik keluarga pun ada.. kasih sayang semestinya.. paling dasyat adalah gosip... Dorang memang suka bergosip... Yang pastinya bila baca novel ni rasa best sangat.. Rasa nak suami yang macam fahrain tu.. hahaha.. Ehh.. Lupa nak perkenalkan hero dalam cite ni kan.. Hero dia Encik bos a.k.a Fahrain.. Orangnya sangatlah romantik dan dalam masa yang sama sangat tegas... Perkahwinan Cik ta ngan Encik Fahrain ditentukan oleh keluarga ye.. Emak Cik Ta ngan Emak Fahrain adalah kawan baik....
Haa.. korang baca la sendiri sinopsis kat belakang ni.. Nak cerita satu novel ni tak terlaratnya aku.. hehe.. Review sikit-sikit dah le yekk!! Cuma satu aku nak cite camne Cik Ta dapat gelaran Cik Calla Lily tu.. Kesnya Cik Ta curi bunga Calla Lily kat Resort sebelum program Team Building anjuran syarikatnya tamat dan perbuatan dia tu sempat diperhatikan oleh Encik Bos.. Haha.. Encik Bos ni Fahrain la.. Yang akhirnya jadi bos si cik Calla Lily ni.. Dan Fahrain juga la yang menjadi jejaka misteri yang selalu hantar bunga Calla Lily dekat Cik Ta.. Romaktiknyeeeeee....
Serius weh novel ni best.. Cuma satu aje tak puas ati, ending dia cam tergantung.. habis camtu aje.. Pape pun tak rugi kalau beli sebab novel ni santai dan menceriakan hari-harimu.. cia.. cia.. cia.. Aku bagi 4 bintang untuk novel ni.. yey!!
Last sekali aku nak kongsi jugak qoute yang cik dalila si hot and seksi dalam novel ni... Qoute dia berbunyik cenggini.. "Hidup ni harus dijalani, bukan buat spekulasi tentang apa yang bakal berlaku akan datang. Nasib seseorang tak sama.." wahh aku ejas sikit kasi best agik.. haha..!! jangan mareeee...
Okey laa.. Sampai sini dulu review aku.. Selamat membeli dan membaca yek untuk korang...!!