Perbezaan Antara Lelaki & Wanita

Wednesday, April 13, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber image : Google (ada ejas sikit.. hik)


PEREMPUAN di-UJI di dunia...
  • Kena pakai TUDUNG...
  • Kene pakai STOKIN...
  • Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA...
  • Kena banyak FITNAH...
  • Kena TAAT perintah SUAMI...
  • Kena menjaga MARUAH DIRI...
  • Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS...
Di Akhirat...
SABAR + REDHA  =  InsyaALLAh SYURGA menanti


LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia...
  • Tak payah pakai TUDUNG...
  • Tak payah pakai STOKIN...
  • AURAT senang dijaga...
  • Tidak risau dengan FITNAH...
  • MUDAH nak buat apa sahaja...
Tapi di Akhirat...
  • Tanggung dosa DIRI SENDIRI...
  • Dosa ISTERI...
  • Dosa ANAK-ANAK...
  • Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat...
  • Dosa tidak beri NAFKAH...
  • Dosa tidak menjaga PANDANGAN...
  • Dosa ADIK-ADIK...
  • Dosa sesama MANUSIA...
  • Dosa tidak SOLAT...
SABAR + REDHA  belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka di-BUAT atau TIDAK di DUNIA...

Lelaki dan Wanita...
Masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL...

Janganlah kita merungut...
REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH...

Apa yang KITA ada INGATLAH...
Sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN...

ALLAHUAKBAR...

_Muhasabah Diri_


Read More

DP Lea Azleeya by Lanun Ranggi

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah... Syukur sangat kerana masih diberi nafas untuk teruskan kehidupan untuk hari ini... Wohaa... Hari ni aku nak cite pasai DP baru aku... Baru jerk dapat semalam... Pepagi ni terus jerk pasang... Seronok tak terkata.. Haha.. 



Aku tempah dengan blogger Aujinz.. Owner blog Lanun Ranggi... Aku memang peminat dan pembaca setia blog LR... Lukisan dia cantik.. Cerita dia menarik..  Terutama cerita Origami biru.. hoho.. ohsemm cite OB tu dan ramai follower... cam yang aku penah post baru-baru ni.. Sini.. Satu lagik cerita yang menarik bagi aku dan sentiasa aku follow cerita Mem Kecik... Seronok tengok keletah Mem Kecik yang bijak dan pintar tu.. Hehe..

Pada awalnya aku teragak-agak jugak nak tempah DP dengan Aujinz ni.. Kowt-kowt la dia tak amek tempahan kan.. Tapi kuatkan hati jugak untuk bertanya.. Ohh.. Alhamdulillah.. Dia terima tempahan aku.. Dan ini lah hasilnya seperti apa yang aku nak.. Cantik.. Ohsemm... Aku suka..!! Akan datang boleh tempah agik ye dak.. hehe..

Aku doakan moga blogger aujinz maju jaya dalam kerjayanya.. Dan terus menghasilkan lukisan yang cantik-cantik serta cerita yang menarik-menarik.. Hoh.. Berdabel-dabel dahnye ayat aku... Pape pown.. Komik Lanun Ranggi Besttttt...~

p/s : Tq yek Aujinz.. [yang sentiasa mengkonfiuskan orang ramai dengan status jantina nye itew.. Haha.. !!]

Read More

Sinopsis Warna Cinta Impian Lakonan Erra & Awie

Monday, April 11, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Warna Cinta Impian | Fuhh tak sabar rasanya nak tengok filem terbaru lakonan Erra Fazira dan Awie ni.. Adakah sehebat filem Sembilu?? hehe.. Kene la tengok dulu ye dak?? Baru tau sehebat mana filem ni.. Jom tengok sinopsis filem ni.. 



Sinopsis

Warna Cinta Impian : Paparan Konflik Dalam Perkahwinan

W
arna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.

Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.
Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi.
Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.
Memulakan penggambaran pada tahun 2014, Warna Cinta Impian turut memilih beberapa lokasi menarik di luar negara seperti India dan Australia, selain di Malaysia.
PELAKON
Erwin Shah Dawson
Shiqin Kamal
Awie
Erra Fazira
Azlee Khairi
Nazeera Sardi
Fad Bocey
Dato David Arumugam

KARYA ASAL
G. Ravindran & N.S Krishna

PENULIS SKRIP
Shida Ali

PENERBIT
G. Ravindran

PENGARAH
N.S Krishna

Sumber sinopsis  : Blog Budiey.com



Jom gi tengok beramai-ramai... 


Read More

Giveaway... Coming Soon..!!

No comments

Assalamualaikum wbt..




Niat dah ada... Tapi tarikh belum ditetapkan lagik sebab ngah kumpul harta a.k.a hadiah untuk giveaway ni.. InsyaALLAH aku akan buat Giveaway nanti... Asek join GA orang lain jerk.. Terfikir jugak nak buat GA sendiri... Hehe...

Dengan harapan setinggi gunung agar dapat sambutan dari blogger-blogger nanti.. Risau jugak kan bila buat GA tapi tak dapat sambutan... Hehe.. 

So.. korang tunggu ekk aku buat GA nanti bila dah cukup material yang dikumpul untuk dijadikan hadiah.. Ekeke... Aku pulak rasa tak sabar.. Tunggu tau..!!



Read More

Ierah Sulaiman Bagi Free Product Floral Mask For Giveaway 2016!!!

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Biasala pepagi ni memang mencarik segmen la untuk di-join-kan.. (tatabahasa gagal)... Dok pusing-pusing jumpe lah Giveaway by Blogger Ierah ni... Syarat yang ditetapkan agak mudah dan agak menarik.. Hadiah yang ditawarkan pown agak menarik... Floral mask.. Apakah???

Okeh... Blogger Ierah tetapkan syarat, kita kene terangkan secara ringkas mengapa kita nakkkk sangat produk Floral Mask ni daripada Ierah... Hehe.. So, aku nak terangkan la sebab musabab nye dibawah ni.. Haha..

Terangkan secara ringkas MENGAPA anda nakkkk sangat produk Florak Mask daripada Ierah.

Yang "Apakah??" kat atas tu, ini lah sebabnya... 
Yang aku ni baru tahu tentang kewujudan produk Floral Mask ni setelah aku menjumpai Giveaway Ierah buat ni.. Haha.. Adesss.. Teruknye aku.. Pastu kan yang menarik lagik bila ierah cakap produk ni tak pernah mengecewakan ierah sepanjang pemakaiannya.. Terus rasa "Wahhhh menariknyaaaa... Nakkk.. Nakkk.. Saya nakkkk jugakkk tryyyy...!!"" Haha... Pastu... ada agik... sebab terbaca keistimewaan produk ni kat pamplet yang ierah paparkan kat segmen ni... seperti dibawah..


Huyoooo.. Lagik-lagikk la rasa nakkkkk sangatttt... Haa sebab tu la aku join giveaway ni dan nakkkkk sangat produk ni dariapda ierah.... Peaceee...!!


Orait... itu lah penerangan aku yang agak ringkas... -ringkas keh?? cam berjela-jela ajerk.. hik..!!- Jika ada rezeki insyaallah tak kemana yek.. Kalau tak de pown mungkin dilain kali untuk aku dapat mencuba produk best ni... Insyaallah... 

Dengan ini dengan lafaz Bismillah aku join Giveaway by Ierah Sulaiman ni... 



Tarikh Tutup  :  30 Mei 2016
Read More

Fuhh!! VIRAL Sana Sini Situ...

Friday, April 8, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Huyyoohhhh... Sekarang ni femes betul kes-kes viral yang melibatkan budi bahasa.. budi bicara... riak takabur... Bajet-bajet best... Fuhhh.. Banyak betul komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen-netizen yang suka mengomen.. ada yang suka.. ada yang tak suka.. ada positif.. ada gak yang sebaliknya... Adeyyy.. Buley pusing baca komen-komen yang dicicirkan disitu...



Aku takat baca jerk laa.. Nak mengomen  ni tak berapa nak pandai dan tak berapa nak minat... Sekarang zaman dah canggih manggih... Bak kata orang 'Dunia dihujung jadi'... Taip aje apa yang nak.. semua keluar berjujut-jujut... Tambah lak dok ada FB laa.. Twitter laa... Intagram laa... entah ape-ape la lagik dok ada.. Canggih kannn.... Tu sebab la banyak betul kes-kes yang diviralkan... Tak kire la kes tu besar ke.. remeh ke... Yang rasa boleh diviralkan pastinya akan di UP nya... Yang remeh pown boleh menjadik besar ohhh sekarang ni...

Zaman dah canggih kan.. Dunia lak dah ditempatkan di ujung jari jerk sekarang.. Makanya makin banyak la dosa-dosa yang dapat dibuat koleksi peribadi atau berjemaah... Tak kire la samada yang tukang viralkan ke.. yang tukang komen ke.. Salah viral atau salah komen pastinya akan mendapat penambahan catitan belah kiri mereka... (Dosa laa...) Silap-silap yang tukang baca cam aku  ni pown boleh dapat dosa.. Mane la tau salah baca dan salah faham dengan apa yang dibaca, dah mendapat kat situ.. Adehhh.. Mintah jauh laaa ohhh...!!

Oke la... Malas dah nak taip... Pusing-pusing dah cengkerang otak aku... huhu... Cumanya aku berdoa agar ALLAH SWT lindungi aku dan semuanya dari sebarang fitnah dan segala keburukan dan menutup rapat aib aku dan korang jugak... Amin... :) Peace yo.....!!
Read More