Review | Nivea Stress Protect Spray

Thursday, May 5, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Semalam ada urusan rasmi di luar.. Selepas setel semua kerja-kerja rasmi tersebut, sempat la pergi makan dekat Giant.. Hajatnya lepas setel urusan nak terus balik ofiz dan lunch di kantin aje.. Disebabkan mendapat info yang lauk pauk di kantin telah kehabisan, makanya terpaksa la lunch dekat luar.. huhu.. Dah alang-alang sampai Giant tu singgah la sekejap dekat Guardian dalam Giant tu... Saje tinjau-tinjau barang keperluan... Cuci-cuci mata yang dah berlumut ni.. Hehe..

Pergi bahagian deodorant.. Sekali nampak pulak ada sale untuk produk NIVEA.. ehhh.. kejap bukan produk nivea aje tetapi memang Guardian tengah mengadakan sale.. ekeke.. 


Kalau pergi bahagian Nivea, barang yang aku akan tengok adalah Nivea Stress Protect Spray... Kenapa?? Sebab Nivea Stress Protect Spray ni agak susah untuk didapati.. huhu.. Cenggitu sekali yek.. Tapi serius la aku cakap.. Bukan semua pasaraya yang ada jual Nivea Stress Protect Spray ni.. Kalau Nivea jenis-jenis lain banyak la.. Yang Stress ni nan hado0o0oo.. Sampaikan aku buat stok takut kehabisan.. 


Dekat rumah memang dah ada 1 botol aku buat spare.. Semalam disebabkan sale yang melatop kat Guardian untuk Nivea Stress Protect Spray ni, aku beli la 1 botol lagi... Yey!! dah ada 2 botol spare.. Haha.. Korang nak tahu tak kenapa aku fanatik sangat dengan Nivea Stress Protect Spray ni?? Sebabnya hanya yang jenis ini sahaja yang serasi dengan diri aku ini.. Haha.. Fahamkan..!! Yang brand lain-lain habisss hancussss bau badan... 


Pernah satu ketika, aku dah buntu nak guna brand ape.. Sebabnya badan aku dah tak dapat terima brand yang selalu aku gunakan tuuu.. Rasanya tak perlu la kowt aku kasitau brand ape yek....!!  hehe.. Sehingga la, aku diperkenalkan dengan Nivea Stress Protect Spray oleh kawan baik aku.. Dia cakap, dia pown bermasalah macam aku.. Lepas guna Nivea stress ni, masalah bau badan tiada lagi.. Cewaahhh..

Kalau korang ada masalah macam kami, boleh la cuba Nivea Stress Protect Spray ni... Terbaiikk baq hang...!! Jom tengok ape yang best tentang Nivea Stress Protect Spray ni...


Nivea Stress Protect Spray

Nivea Stress Protect Spray membantu anda untuk terus dilindungi dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan stress...

OVERVIEW
  • 48 hours reliable antiperspirant protection
  • Reduces heat and stress related sweating
  • Effective for extra heavy sweating
  • Antiperspirant
  • Dermatologically tested

HOW TO APPLY
  • Shake well before use
  • Hold 15cm form the underarm and spray
  • Do not apply to broken or irritated skin
  • Allow product to dry completely




Selain tu, dengan menggunakan Nivea Stress Protect Spray korang akan alami 3 effect darinya iaitu Brighter, Smooter dan Dry... Nampak tak lam gamboo tu... Ni botol baru tau.. Dulu botol dia ada penutup.. Sekarang dah tak de dan makin canggih.. kasi pusing aje untuk buka dan tutup botol ni.. Cam gambar di bawah ye.. canggih bak hang...!! 



Oke la.. abeh dah review aku untuk produk ni.. Kesimpulannya, aku sangat suka dengan Nivea Stress Protect Spray ni.. Sangat berkesan untuk aku.. Dan terasa diri dilindungi sepanjang hari...


Harga after diskaun 50% - RM 8.45 sahaja..!!
Berbaloi-baloi..



Read More

First Giveaway Prelove by Lea Azleeya

53 comments

- TAMAT -

Assalamualaikum wbt..




Alhamdulillah.. Tercapai jugak hasrat nak buat first giveaway bagi Blog Lea Azleeya ni... Aku masih baru dalam dunia per-belog-kan ni.. Haha.. Pelik je bunyi tuuuu... Start berblog ni since Jun 2013.. Terlalu baru dan masih mencari-cari hala tuju dalam dunia blog ni.. Pada awalnya, aku buat blog ni hanya untuk tempat hilangkan stresssss.. Haha.. Tapi sekarang dah semakin mencintai dunia blog ni... Bak kata orang dah jatuh chenta pandang pertama... Huhu... Jadi, dikesempatan yang ada ni, aku nak anjurkan giveaway sulong aku...



> Mestilah Warganegara Malaysia

> Buat 1 entry yang bertajuk "First Giveaway Prelove by Lea Azleeya"

> Follow link di bawah :- 

IG Lea Azleeya      |      IG Qhalea      |      IG Stokin Gebu Gebas

> Copy banner diatas dan backlink ke Blog Lea ye..

> Last sekali tinggalkan URL entry giveaway ini yang anda join di kotak KOMEN dibawah..


Mudah je kan... Harap korang tak stresss dengan syarat-syarat di atas.. hehe... Giveaway ini akan terbatal sekiranya penyertaan kurang daripada 50 penyertaan.. 


Klik Banner untuk senarai penuh hadiah GA


Disebabkan dalam almari tudung aku tu dah terlalu banyak koleksi tudung AJ sampai dah tak muat almari, makanya aku nak hadiahkan tudung AJ prelove untuk para pemenang GA aku kali ni... Prelove pown sebenarnya tak berapa nak prelove la.. Ada yang baru pakai sekali.. Ada yang dah basuh tapi tak pernah pakai.. Tak sempat nak pakai sebabnya banyak sangat.. Nanti aku pilih-pilih yang mana dan aku akan upkan gambar ye.. 


Hadiah Untuk Para Pemenang

3 helai Bawal Aidijuma / BBS Prelove

**3 orang pemenang sahaja di cari
**setiap pemenang akan mendapat sehelai bawal AJ / BBS


Hadiah Khas

1 helai Shawl BBS Prelove untuk penyertaan terpilih.. - seorang pemenang sahaja




Dengan menggunakan khidmat 

**Pemilihan melalui random.org akan dibuat oleh kawan Lea ye.. Bukan Lea yang buat... Supaya pemilihan lebih telus... Haha...!!


Selamat Berjaya...!!


Klik Banner



Update :-

** Dah update hadiah... Klik Sini.. ---->>  SENARAI HADIAH..
Read More

Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza

Wednesday, May 4, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Nak join?? Klik Banner ye...!!

Wahh 2 segmen kooo LA join petang ni.. Huhu.. Segmen Pencarian Bloglist by Maizatul Nadia... Lea Joinnn... Haha...

Frenz Tag :-

Read More

Shamiera Osment's First Giveaway!

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Fuhhh tak sempat nak jengok blog hari ni.. Membizi dengan tugasan luar... Petang ni nak join GA by Blog Shamiera Osmant hehe... Semua syarat dah dipenuhi.. Alhamdulillah.. So, dengan rasminya LA join GA ni.. Haha..!!

Nak join?? Klik Banner ye...!!

Tarikh Tamat : 31 Mei 2016

Read More

Tonton | Dia Semanis Honey | Full Episod

Tuesday, May 3, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Siti Nordiana berlakon kembali la weh...!! Lama benar tak tengok lakonan Siti Nordiana.. Lepas ni boleh la tengok balik Siti Nordiana berlakon.. Mesti best cerita ni.. Drama apa?? Drama DIA SEMANIS HONEY laa.. Yang akan ditayangkan di Astro Ria/Ria HD mulai 02 Mei 2016.. ehh dah start semalam ye drama ni.. Hehe... Aku pown ketinggalan ye.. Tak pe.. Mesti ada ulangan tu... Kalau tak sempat jugak boleh la tengok kat sini ye..

Tonton dari sumber-sumber seperti dibawah ye..




Drama ni sebenarnya diadaptasikan daripada novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna.. Aku pown belum baca novel ni... Mungkin coming soon kowt akan dibaca.. haha.. Terlalu banyak sangat novel best-best sekarang yang di adaptasi menjadi drama.. Tak sempat nak follow.. Jom tengok sinopsis novel ni..

------------------------------------

Sinopsis 

Bagi Hani, pertunangan ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan demi perbalahan, akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani.. Hani ditinggalkan..

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi.. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi.. dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka..

"Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!" - Hani

"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf.

"Baguslah kalau you dah tahu. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I." - Hani

Adakah perkataan 'sahabat' itu hanya dibibir sahaja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. akan bersatu semulakah dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau.... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?..

"Kita bertemu... Kita berpisah... dan... Kemudian bertemu semua...."

------------------------------------

Wahhh kemain agik yee sinopsis dia.. Mesti novel ni best jalan cite dia.. Drama pown mesti best ni.. hehe.. Haruss tonton..

Jom tengok para pelakon drama ni lak..

------------------------------------

Judul
DIA SEMANIS HONEY

Episod
16 EPISOD

Tayangan
02 MEI 2016

Hari / Masa
ISNIN - KHAMIS / 10 MALAM

Siaran
ASTRO RIA /ASTRO RIA HD 123

Skrip
NAZRI M. ANNUAR / FAIRUL NIZAM ABLAH

Novelis
DILA DYNA

Pengarah
MICHAEL ANG

Terbitan
CUBE FILM SDN BHD

Pelakon / Watak
ALIF SATAR
sebagai Ahnaf Wafiy

SITI NORDIANA
sebagai Hani Safira

HAIRUL AZREEN
sebagai Adam Hazrul

HAFEEZ MIKAIL
sebagai Hanafi

FAREZ RIDZWAN
sebagai Hakimi

ZIHA SALLEH
sebagai Ara

NADYA SYAHERA
sebagai Bella

FALISHA CROSSLEY
sebagai Ariana

ALEZA SHADAN
sebagai Pn. Munirah

NINA JUREN
sebagai Pn. Sri Hartini

LAN KRISTAL
sebagai Hafiz

ADAM MIKA
sebagai Nabil

ZAINOL MACWILSON
sebagai Dr. Farid

DANISH HAZRIQ
sebagai Rayyan

FATIHAH BAHARUM
sebagai Aishah

Lagu Tema / OST Dia Semanis Honey
Tajuk  : Memori Berkasih
Artis  :  Alif Satar & Siti Nordiana

------------------------------------


Selamat menonton..!!

Read More

Kari Ikan Tanpa Santan Resipi PokYa

No comments

Assalamualaikum wbt..

Seronok dapat cuti panjang baru-baru ni.. Cuti Hari Pekerja 1Mei baru ni.. Dapatlah relax-relax dekat rumah lama sikit... Hari minggu baru ni rasa nak makan kari ikan.. Nasib baik stok ikan banyak dalam peti sejuk.. huhu... En. somi yang request nak makan kari ikan sebenarnya.. Dia memang hantu kari... 

Memandangkan santan tak de dalam simpanan, so aku decide masak kari ikan tanpa santan.. alahaii.. Kari cam kedai mamak tu.. Tapi tak de la mamak mane pown, sebab resepinya super duper simple.. Haha.. Tak de bahan spesel sangat.. Cuma yang biasa-biasa aje.. Jom tengok resepinya dan layan gambar-gambar yang tak seberapa nak hado0o0ooo...!!

Kalau tak nampak sila zoom ye..!!

Sori yek.. Gambar resepi agak halusssss tulisan dia.. Silalah zoom kalau nak nampak dengan lebih jelas.. hehe.. Simple kan resepinya.. Bahan-bahan pown tak seberapa... Tapi hasil sangat lumayan yek... Jom layan gambar lak..

Ni gambar untuk first half... Haha.. Cam main bola lak ye first half bagai..


Ni pulak second half... Haha.. Kasi tarok segala ikan yang hado0oo..


Aku guna pelbagai ikan yerk... Hehe..


Finally... Inilah hasilnya.. Lumayan kann....!! hiks..


Oke la.. Kalau korang nak resepi yang simple untuk buat kari boleh la cuba resepi ni.. Aku memang jenis yang suka masak yang simple-simple aje.. Yang cerewet-cerewet ni boleh bikin fenin kepala.. So, selamat mencuba... peace..!!
Read More