Pencarian Bloglist Jun 2016

Tuesday, May 17, 2016

7 comments

Assalamualaikum wbt..

Sejak kebelakangan ni, suka benar aku untuk join segmen pencarian bloglist.. Tataw la kenapa... Buang tabiat barang kali.. haha...!! Petang yang indah nan permai ni, dengan suka hatinya aku nak join segmen dari rakan blogger aku.. BEEHA AZMAN .... Apa-apa pown kasi up dulu banner yang comey lotte ni... hiks..!!


Nak join kalu... Sila klik banner ye..!!

Syarat-syarat yang ditetapkan mudah dan sudah aku patuhi.. Cewahh patuhi tuu... Ayat tamo kalah oh...!! Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah berupa ..... Beeha akan pilih 10 orang untuk dijadikan bloglist blog beliau bagi bulan Jun 2016  dan 5 blog akan di-review oleh beliau.. Ahakzz.. Best...!!

Ok.. Gut Luck kepada semua para peserta dan juga buat diriku sendiri.. hohoho...

Tarikh Tamat Segmen
04 Jun 2016



Read More

Review | Sample Drypers Touch

No comments

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya sampai jugak sample pampers DRYPERS TOUCH yang ditunggu-tunggu sekian lama.. Sebenarnya dah lama apply untuk sample ni.. Tapi baru semalam mendapat.. hiks.. Thanks to Drypers team.. 


Semalam lepas balik kerja pergi shopping seluar kerja encik husband... Sampai rumah dah lewat... Sampai aje depan pagar rumah, tengok ada bende tergantung dekat pagar.. Ingatkan ape la.. Rupa-rupanya abang posmen sangkut sampul yang berisi Drypers Touch ni dekat pagar... Tak muat kowt dia nak sumbat dalam peti surat... hehe..


Masuk rumah, kasi la si kecik ni pegang.. Sekali dia koyak dua sampul surat tersebut.. haha.. Tak sabar leeee tuu nak tau ape dalam sampul tu... Keluarlah 2 pek sample Drypers Touch tersebut... Terus aje dia buat main... Seronok sangat dapat pampers baru.. Haha.. (Anak seronok ke mak yang seronok ni??) 1 Pek ada 2 keping Drypers Touch... Wahh teruja nak guna.. So, pagi ni, aku rasmikan Qhaliff dengan Drypers Touch ni sebelum hantar ke pengasuh... Aku pilih saiz M untuk sample ni.. Nasib baik la sample ni sampai sekarang.. Kalau sampai lebih lewat jawabnya sedekah dekat orang lain la.. Qhaliff dah nak bertukar saiz L dah... hehe..


Dari pemerhatian aku pagi tadi.. Drypers touch ni lebih selesa.. Lembut je.. Bahagian luarnya agak lembut apatah lagi bahagian dalam.. Saiz M tapi agak besar dari saiz M Drypers Wee Wee Dry... Tentang kebocoran, aku tak pasti lagi sebab baru aje test pagi tadikan... 


Mungkin dengan kualiti yang ada pada Drypers Touch ni, harganya pun sedikit mahal dari yang lain... So, kiranya berbaloi-baloi la dengan kualitinya... Aku pown tak beranilah nak beri komen lebih-lebihkan sebab baru pagi ni pakaikan untuk anak.. Tapi dari pemerhatian yang sedikit tu, aku dapat rasakan Drypers Touch ni agak selesa untuk anak kita... Bagi yang mementingkan keselesaan dan berkemampuan boleh la mencuba dan menggunakan Drypers Touch ini untuk anak-anak..  hehe..


Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan Drypers Touch ni boleh la klik kat SINI... Mana la tau kan kowt-kowt korang nak buat survey tentang Drypers Touch ni kan.. Aku punye review ni bukan la best sangat ayatnya dan tak berapa nak lengkap.. haha..!!


Read More

Review Novel | Meh, Sandar Pada Aku!

Monday, May 16, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah... Semalam baru habis pembacaan aku untuk novel Meh, Sandar Pada Aku! ni... Sekian lama aku baca, semalam baru habis baca... Sebelum aku review tentang novel ni, jom kita kenal-kenal dulu penulis novel ni...


BIODATA PENULIS

Penulis : Aifa Batrisya
Blog : Belog Biru - aifabatrisya.blogspot.com

Penulis merupakan anak kelahiran parit buntar dan kini menetap di selangor. Suka menulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman disekelilingnya. Kisah meh, sandarkan pada aku! Adalah karya kedua setelah karya kahwin ganti. Kahwin ganti adalah berdasarkan pengalaman sahabat kembar sendiri, meh, sandarkan pada aku! Adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri.



Meh, Sandar Pada Aku!
"Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?"
Penulis : Aifa Batrisya
Terbitan : Karya Seni
Pengedar Tunggal : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Ketebalan : 581 m/s


************************************

SINOPSIS

"Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat.. Kehadirannya dia institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kene buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik... Tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"
"Tak ada apa-apa, Doktor Syed.."
"Aku tanya sekali lagi, Aku apa?"
"Errr... Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah...

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

************************************

Meh aku review sikit novel ni..

Afnan Tasneem, watak utama selaku heroin dalam novel ini.. Menjalankan praktikal di sebuah institusi penyelidikan dibawah seliaan Dr. Syed Nadzhan bagi menyempurnakan pengajiannya.. Dr Syed Nadzhan tu hero ye dalam cerita ni... Bila dah ada heroin mestilah ada heronye kan.. hehe..

Afnan Tasneem ni seorang yang lurus bendul.. Selalu kene buli dengan Dr. Syed ni sepanjang dia praktikal dibawah seliaannya... Tapi lurus bendul dia pun, dia suka menjawab ape saja yang org cakap... Bukan sikit-sikit dia menjawab.. Panjang leboooo....

Bila dah hari-hari dok gaduh, dok benci membenci.. last-last sekali masing-masing tetiba terjatuh suka sesama sendiri tanpa sedar... Tapi perasaan tersebut hanya dipendam oleh Dr. Syed..  Ego seorang lelaki kan.. Pulak tu Dr. Syed ni seorang yang jenis anti perempuan... Sepanjang dia bertugas disitu, student-student praktikal dibawah seliaannya adalah lelaki.. Afnan Tasneem lah satu-satunya student perempuan pertama yang dia amek sebagai student praktikal dia.. Dr. Syed anggap perempuan ni hanyalah menyusahkan.. Sebab tu jugak la Afnan Tasneem ni gelarkan dia "spesis terancam".. haha..

Sebenarnya ada cerita disebalik ketidaksukaan dia terhadap kaum hawa tu.. Kesnya, apabila mama dia pernah tinggalkan dia dan papa dia selepas melahirkan dia.. membesarlah dia hanya dengan kasih sayang seorang papa sahaja.. Sebab tu la dia benci sangat dengan kaun wanita ni..

Dalam pada praktikal tu, Afnan berkenalan dengan Adam Naufal.. dia sukakan Adam sebab Adam seorang yang lemah lembut.. sopan terhadap perempuan.. baik.. Berbeza sangat dengan sikap Dr. Syed terhadapnya yang berlagak.. sombong.. ego.. bajet bagus tu.. Oleh sebab itu, Afnan dah jatuh hati dengan Adam kerana keperibadian Adam yang sopan santun tu.. Tapi ada la cerita yang tak best lepas tu antara dia dan Adam.. Kalau nak tahu kene la baca sendiri ekk.. ekekek..

Korang nak tahu macam mana Afnan dan Dr. Syed boleh duduk sebumbung.. haaa. Sebabnya, emaknya Afnan Tasneem ni kawen dengan papa Dr. Syed.. haha.. Gitu la cite nye.. Jadi la dorang adik beradik tiri.. Makanya, hancur luluhlah hati Dr. Syed.. Tak kesampaian hajat nak menjadikan Afnan sebagai kekasih mahupun isterinya.. Tapi mereka hanya adik beradik tirikan... Tak seibu dan sebapa.... Ape salahnya... hehhe

Cerita tak habis disitu.. bila dah duduk sebumbung, makin keraplah dorang bergaduh.. bertekak.. Sampai la Afnan dirancang oleh family untuk ditunangkan dengan Syed Emil.. Sepupu Dr. Syed.. Syed Emil sentiasa menghiburkan hati Afnan.. Mendengar luahan hati Afnan dikala Afnan memerlukan... Tapi Afnan hanya menganggap Syed Emil sebagai seorang abang sahaja.. Tak lebih dari itu.. Manakala Dr. Syed pula ditunangkan dengan Dr. Aleesya tanpa pengetahuannya.. Dr. Aleesya juga adalah sepupu Dr. Syed yang terlalu obses dengan Dr. Syed sejak kecil lagik... Selalu dok kejar-kejar Dr. Syed dan menagih cinta Dr. Syed.. Tanpa jemu... Cumanya Dr. Syed aje yang tak layan dan memang tak mahu dijodohkan dengan Dr. Aleesya..

Dipendekkan cerita.. mama dan papa Afnan dan Dr. Syed ke Jepun dan meninggal disana akibat bencana alam yang melanda bandar tokyo.. Makanya tinggallah Afnan dan Dr. Syed sahaja dirumah tersebut.. Amanat yang telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya untuk dia menjaga Afnan sebaik mungkin membuatkan dia bertindak memutuskan pertunangan dia dengan Dr. Aleesya dan mengahwini Afnan..

Disebabkan kejadiaan tersebut, Dr. Aleeya mendapat tekanan yang kronik dan menjadi gila.. Dia mendapat rawatan pakar psikitrik akibat tidak dapat menerima kenyataan tersebut....

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Bagaimana seterusnya hubungan antara Afnan dan Dr. Syed serta Syed Emil..? Kalau nak tahu kene la beli dan baca ye.. Cerita dia best.. Tak rugi beli dan baca....



Read More

Selamat Hari Guru, Cikgu..

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Hari ni masuk opiz, sana sini dok bercerita pasai hari guru.. Anak beli hadiah untuk cikgu la.. Buat sendiri hadiah untuk cikgu... Buat kad la untuk teacher... Hehe... Aku anak baru umur setahun tak merasai lagi situasi-situasi tersebut.. Tapi aku pernah lalui semua tu dulu.. Time aku jadi pelajar dulu.. Macam-macam hadiah nak kasi dekat cikgu kalau boleh.. Kebiasaannya hadiah akan diberi kepada Guru Kelas dan Guru-Guru yang terapat sahaja... Haha... Kebiasaannya macam tu la..




Dulu-dulu time aku sekolah dulu mana ada lagik handphone-handphone ni.. Bukan tak ade langsung, ada.. Tetapi tak de la macam sekarang... Tak kire kecik beso semua ada hp masing-masing.. Budak-budak sekolah pown dah ada hp masing-masing... So, dulu-dulunya tak de la nak anto sms ucap Selamat Hari Guru kat cekgu-cekgu kitorang.. Yang hado0oo kene tulis kad la untuk cikgu... Kalau tak beli pun, pakat-pakat buat sendiri untuk cikgu masing-masing... hehe..

Zaman sekarang dah canggih dan semua hanya dihujung jari aje.. Tekan-tekan, send aje.. Mudah kan... Mesti para-para guru berduyun-duyun dapat sms ucapan hari guru dari student-student mereka.. hikss.. 




Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh cikgu-cikgu... Teacher-teacher.. di Malaysia dan seluruh dunia.. Jasamu terlalu besar untuk kami.. Mendidik kami... Moga semua cikgu-cikgu terutamanya yang pernah mengajar aku, sentiasa dilindungi oleh-NYA... Diberi kebahagiaan.. Diberi keberkatan... Dilimpahkan Rezeki yang halal... Dirahmati... dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat... Teruskan usahamu dalam mendidik wahai cikgu... Jasamu ku kenang hingga hujung nyawa wahai guru-guru ku... 


Thank You Cikgu... :)

Read More

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Friday, May 13, 2016

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Petang ni nak join segmen by Yanie Yusuf... Manelah tahu boleh menambah kenalan kan.. Sambil-sambil boleh BW... hehe..

Nak join?? Klik banner comel ni...



Tarikh Tamat
31 MEI 2016



Read More

Berus Gigi Untuk Qhaliff

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sakan betul harini update blog... Almaklumla.. Jumaatkan rehatnya panjang... Kelmarin aku beli berus gigi baru untuk aku punye hero sorang tu... Mama dia ada cakap yang mulut adik berbau... Mungkin berus gigi silicon dia yang lama tu dah tak support untuk mulut dia yang dah makan macam-macam sekarang ni... 

Balik kerja lepas ambil Qhaliff dari rumah pengasuh, aku berhenti di pasaraya Tunas Manja, Taman Tas untuk beli berus gigi baru untuk Qhaliff... Pilih punya pilih aku decide untuk beli jenama Oral-B.. Berus dia agak kiut dan comel... Offcos la gambar katon kan.. Aku ambil yang stage 1... Sesuai untuk baby 1 tahun... Yang tercatat dekat berus gigi tu, untuk 4 - 24 month.. 4 bulan dah ada gigi ke?? Konfius sekejap di situ.. hehe.. Kalau dah nama lagi untuk baby, mesti la berus dia berbulu soft aje kan..


Ini dia hasilnya... Harga Rm5.99 sahaja.. Berus yang comel... Untuk Qhaliff... Sebenarnya aku beli sekali dengan ubat gigi tau... Aku ingat baby umur 1 tahun dah boleh guna ubat gigi... Tapi bila aku search berkenaan hal ini, rupanya kanak-kanak berumur 3 tahun baru boleh start guna ubat gigi...

Baca Sini... --->>>  Dental Care


Dah terbeli ubatnya, maka buat pekasam aje la.. 2 tahun lagi baru boleh guna.. Tu pown kalau tarikh belum expired.. ngeeee...!! Mulanya bajet beli yang pureen punye, baby 1 tahun boleh guna la.. sekali sama jerk kandungan dia dengan kodomo lion... Haha.. Teruk sungguh ummi mu ini adik... Tak pe la.. Belajar dari pengalaman kan kata orang... Ini lah pengalaman namanya...


Kena banyakkan lagi pembacaan berkenaan baby lepas ni.. Banyak lagik benda yang tataw... Cetek benarrr pengetahuan aku dalam bab-bab ni... 

Nak berus gigi si kecik ni agak mencabar.. Bukan senang dia nak buka mulut.. Kene kita yang 'selakkan' bibir dia... Haha.. sesuai ke idokkkk perkataan tersebuttt...!!!!! Tapi tak mengapa, usaha tangga kejayaan.. Moga gigi adik dapat dijaga dengan baik.. Gigi adik comel.. haha..!!

Jom layan video Qhaliff... Makin menceriakan hari-hari ummi...




Read More