55 Amalam Sunnah Rasulullah

Friday, May 20, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....



Read More

Nak Jadi Jutawan Tak??

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat buat semua... Semoga hari ni akan lebih bermakna nak bermanfaat buat korang dan aku juga.. Mencari keberkatan hari jumaat.. Jom pakat-pakat baca Yaasin kejap agik... Kat tempat aku ni macam biasa la hari jumaat belah pagi ada bacaan Yaasin dan mesyuarat pagi.. Hehe.. mencari keberkataan hari Jumaat... Disamping dapat menyedekahkan Yaasin kepada sesiapa yang kita niatkan.. 

Okeh pagi Jumaat ni, aku nak share sikit macam mana nak jadi JUTAWAN.. Semoga menjadi amalan kite sepanjang masa agar apa pon bisnes yg kite ceburi sentiasa diberkati Allah.. Amiin..


Maksud REZEKI adalah :-
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

Nak dapat income RM50,000 sebulan, wajib SEDEKAH 10% dalam RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000....

Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengan apa yg kita buat..

Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak la tabung-tabung berikut :-
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)



AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT :-

1. Solat di awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2. Solat Dhuha
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain

Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)

Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat   kena bagi salam..

*** Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten..

Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia.. kalau orang tak nak, kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah.. kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dalam hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan.. doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..

Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yang besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah dan ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
Beri sedekah dengan perasaan.. 
Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

5. Buat TABUNG SUBUH

Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan dan doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan dan sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

6. Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

7. Baca Al-Quran
Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!

Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

8. Istighfar setiap hari
Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

9. Jaga Wuduk setiap hari
Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

10. Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

11. Ada satu lagi kaedah untuk menjemput Rezeki dengan Zikir Asmaulhusna

Semoga bermanfaat untuk semua..



Read More

Sentap ohhh - Mesti Baca!!

Thursday, May 19, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Korang mesti baca ni..!! 




SELOKA SUKA SUKA TAPI BISA 

Ngumpat banyak-banyak... Rancak.. 
Dakwah banyak-banyak... Muak! 

Hal mengarut... di respond.. 
Hal islamik... di postponed! 

SALE dunia... hiruk pikuk!.. 
SALE akhirat... owh sibuk!

Majlis hu-ha... eh mestilah.. 
Majlis ilmu... ermm tengoklah!

Novel... hari-hari khatam.. 
Buku agama... arghh susah nak paham!

Ubatan Barat... a must buy.. 
Ubatan Sunnah... err tak sesuai!

Jurnal Oxford... terima melulu... 
Quran & Hadis... kena kaji dulu!

Jualan murah... beli cepat kang tarikh tamat.. 
Sedekah amal jariah... esok-esok pun sempat!

Shopping... biar mahal asal kualiti... 
Sedekah... biar sikit asal ikhlas hati!

Masa lapang... tengok TV... 
Serabut pikiran... baru nak ngaji?

Hidup... hanya sekali... 
Abih mati... ada banyak kali ke?

Tak sedar-sedar jugak!! ðŸ˜ž

Adehh..!! 



Disamping tu... Jangan lupa belajar ABC - Z balik ye...


A - Allah
B - Beri kita hidup
C - Cuma seketika
D - Di dunia ini...
E - Elok kita muhasabah
F - Fikir akan akhir hayat
G - Gerbang akhirat pun
H - Hampir tiba
I - Inilah hakikat hidup
J - Janji Allah itu pasti
K - Kalimah syahadah
L - Lailaha Illallah
M - MuhammadurRasulullah
N - Nak di ucap tak pasti
O - Orang muda atau tua
P - Pasti merasai mati
Q - Qualiti Iman jaminan syurga
R - Rasulullah s.a.w sabda :
S - Siapa ucap jaminannya syurga
T - Tapi..jika gagal...
U - Untuk mereka adalah neraka
V - Visi kita adalah akhirat
W - Walaupun dunia dpn kita
Y - Yang pasti semua akan tinggal...
Z - Zalimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Peace..!!
Read More

Pengorbanan Seorang Adik Buat Seorang Kakak

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Uh.. Mata masuk habuk pagi ni... Cerita  ni lama dah sebenarnya aku simpan dalam hp aku... Tapi baru pagi ni aku baca... Perghhh... Memang mata masuk habuk la... Sebelum ni tak berkesempanan nak baca... Sungguh tersentuh jalan cerita nya.. Boleh dijadikan pengajaran buat kita... Kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya... Kasih sayang yang tak boleh didapati dimana-mana... Sebab kisah ni sangat memberi inspirasi, aku nak abdikan kisah ni dalam blog aku... Boleh la korang juga memasukkan habuk ke dalam mata korang... haha!!...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai..

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut;

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa dengan kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa, "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... Aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.. 

Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Pengorbanan sekecil mana pun, pasti diingati.. dikenang.. Janganlah berharap balasan semahal mana, kerana yang sikit itu sebenarnya itulah yg bernilai besar..

Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..

❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....
Read More

Segmen blogwalking hujung minggu by Ann

Wednesday, May 18, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Nampak takkkk!! LA join segmen yang berunsurkan bloglist dan blogwalking lagik.. Haha.. Memang sah la buang tabiat yek..!! Jadi seronok pulak join segmen yang macam ni.. Yelah mane tak seronoknya, para pemenang dapat jadi bloglist untuk blog penganjur haaaa... Ahakzz.. 


LINK SINI
Klik banner untuk join sama..  Jangan memalu nak klik yekk hehe..!!


Kalau korang pun dah tersampuk macam aku jugak, jom la sama-sama join segmen by Ann ni disamping support kawan blogger kite ni.. 

Hadiah yang ditawarkan.. :-

** 3 Pemenang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Ann..
** Blogger Ann akan blogwalking ke blog para peserta seperti mana tajuk segmen ini..



Tarikh Segmen
16/5/2016 - 20/5/2016


Read More

Jom Blogwalking

No comments

Assalamualaikum wbt..

Hari ni memang membizi join Kursus Pengacaraan Majlis.. Tak punyai masa yang panjang untuk berehat-rehat di mana-mana blog kawan-kawan.. Ini pown sempat la jengok sekejap blog sendiri di waktu rehat... hehe.. Panjang lak membebel yek...

Okeh.. Macam yang semua tahu, 05hb haritu aku ada buat GA - First Giveaway Prelove by Lea Azleeya yang akan tamat akhir bulan ni 31 Mei 2016 untuk mencari 4 orang pemenang... Senarai pemenang pown aku dah senaraikan... Alhamdulillah, setakat ni aku dah blogwalking ke semua blog peserta GA aku dan aku follow juga... Terima kasih yang tak terhingga kepada para peserta yang sudi menyertai first GA aku yang tak seberapa ni..

Bagi korang yang belum menyertai dan sudi menyertainya boleh la klik kat Banner kat bawah ni ye.. Penyertaan korang semua sangat-sangat dialukan dan sangat-sangatlah aku hargai... Disamping kita dapat kenal antara satu sama lain..


Jom la join korang-korang semua.. Klik banner yek.. 


Korang juga boleh blogwalking ke blog-blog para peserta... Yang tak join pown boleh kalau nak blogwalking.... Tak salah.. Leh la kenal-kenal... tambah-tambah kenalan... Tak gitu..?? Kalau nak kenal @ blogwalking ke blog mereka leh klik gamboooo0o0oo kat bawah ni yek..



Klik pica untuk ke senarai peserta


Sebelum join tu mesti korang nak tahu apa hadiah yang disediakan atau lebih tepat lagik ditawarkan ye dak??.. Haa kalau nak tau korang leh laaa klik pulak gambar kat bawah ni ye.. Senarai hadiah akan tertera selepas korang buat klik-kan.. haha.. Rosak perkataan dapat kat aku.. haiss... Maafkan sayyeeee..!!



Klik pica yek untuk tau hadiah-hadiah nyeee...


Okeh.. hadiah pown dah tahu... so, apa lagik.. jom la join GA aku ni bagi yang belum join.. hikss.. Hadiah tak seberapa pown, harapnya korang sudila join yek... Terima kasih korang... Sayang korang semua.. :)


Read More