DJ, Mana Lagu Rayanyeee...??

Tuesday, June 14, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt...




DJ, Mana Lagu Rayanyeee...??  |  Haha awalnya request lagu raya.. Tapi terasa nak dengar lagu raya dah la.. Walapown kita baru berpuasa 9 hari... Dengar cd tak rasa feel.. Dengar radio baru feel.. haha.. So, nak mintak lagu ni dengan DJ-DJ radio ni...  Nak jerit kuat-kuat....!! satu... dua... tigaa.......

DJ, nak lagu rayeeeeeeee...!!

Haha.. gile aku rini.. Dok kecoh-kecoh nak dengoo lagu raya dalam opiz.. Sampaikan kengkawan opiz yang depan, tepi, belakang.. eh eh belakang tak de...Belakang ada dinding aje... hehe.. Dorang tolong pasangkan untuk aku lagu raya.. haha.. Meroyan tol laa..



Read More

Bonus Raya Bakal Menjadi Roadtax Kereta

3 comments

Assalamualaikum wbt


Bonus Raya Bakal Menjadi Roadtax Kereta  |  Korang-korang yang dah terima bonus raya baru-baru ni, dah plan ke nak buat apa dengan duit bonus tu.. Atau dah habis buat shopping raya.. hehe.. Macam aku lak, memang tak dapat le nak bershopping raya mana.. Duit bonus raya aku tu akan bakal menjadi rdtax kereta ye.. huhu.. Nasib lee nak buat camne rdtax kereta expired bulan raya... 

Kebiasaannya memang aku pergi sendiri buat rdtax kereta aku.. Tak pakai runner.. hehe.. Pergi syarikat insurans beli insurans pastu pergi JPJ buat rdtax.. Settle.. Setiap tahun pown camtu la aku..



Tadi siap-siap aku call syarikat insurans untuk confirmkan jumlah yang perlu aku bayar.. Oh untuk kereta aku tu aku pakai Etiqa Insurans..  Untuk tahun ni aku kene bayar insurans sebanyak RM 379.55 cover untuk RM 22K.. Hadoiii.. Itu belum Rdtax lagik ye.. haha.. Masakk mak nakkkk...!!

Untuk rdtax kereta lak memang aku biasa hidupkan untuk setahun terus... Sejak d0lu-d0lu lagik cenggitu  la gayanyee.. Seperti biasa, setiap tahun pasti aku lupa berapa harga rdtax untuk setahun.. haha.. Siapa lagik yang aku carik kat opiz ni kalau bukan kawan depan aku ni.. Haha.. Dia cakap rdtax Myvi 1.3 untuk setahun adalah sebanyak RM 70... hoho... Dah bertanda-tanda $$$$$ dekat mata aku.. haha..

Bila dah ditolak ditambah dibahagi didarab.. Total semuanya adalah RM 449.55... Hoh.. alamak RM 450 duit bonus raya aku akan pergi meninggalkan aku nanti.. Huwaaa.. Tinggallah RM 50 lagik untuk aku dan masa depan.. uhuk.. uhuk.. Seb laa masih berbaki ye dakk..?? Alhamdulillah...

Nak dijadikan cerita time mai kije pagi tadi.. Hoh kereta aku otw nak buat hal tadi kauu...!! Tersengguk-sengguk.. Terbatuk-batuk.. Hoh terus cuak aku.. Adakah duit lagik kali ni.. Huwaaa... tolong la mak nakkk....!!! Mak dah tak sanggup nak hadapppp ohhhh!!!




Dah ada bunyik cam shot karen aje la wehh.. ( eh betul ke aku eja tu.. hentam aje la labu..) Risau toksah cakap leee time tu.. Dah terbayang pulak time tu berita-berita dekat tv pasal kete terbako.. hoho.. Mintak dijauhkan la ohh tragedi seperti itu.... Tapi aku rasakan, plug kowt ada yang dah kiokk tu.. Dah lama tak bertuko.. huhu.. Tak pe la.. Nanti kasi check lebih detail.. Itu lah nyawa itu lah jantung aku oh... Tiada dia maka 'patahlah' kakiku ini.. ahakz..

Oke la.. Malas nak cite banyak-banyak kang jemu lak korang baca story aku yang entah pape ni.. haha... 

kbai nak td0....


Read More

First Giveaway by Anis Khalilah

Monday, June 13, 2016

6 comments

Assalamualaikum wbt..



First Giveaway by Anis Khalilah |  Hola.... Lea Azleeya join GA lagi... GA kali ni agak berbeza sikit.. Peserta dikehendaki buat karangan atau lebih tepat seperti yang disyaratkan, meminta kita ceritakan serba sedikit tentang ibu kita... Hiks.. Oh lupe.. GA ni dianjurkan oleh Blogger Anis Khalilah.. 

Okeh jom dengar cerita aku tentang Ibu kesayangan aku... Ahakz.. 

Adehh tak de gambar pulak yek.... !! Tak pe la, sebab wajah Ibu aku sentiasa ada dalam hati aku.. cewahhh...!!

Okeh.. Aku mulakan ye.. 

Aku perkenalkan nama Ibu aku dulu.. Nama Ibu aku Mariam.. Aku panggil Ibu aku dengan gelaran Emak.. Ye Emak.. Adik beradik semua panggil Emak.. Bukan adik beradik sahaja yang panggil 'Emak' tetapi ada sebilangan besar cucunya pown panggil dia 'Emak'... Jadinya dia akan sentiasa muda haha...!! 

Emak aku seorang yang kuat bekerja.. Aku ibaratkan emak aku ni sebagai Iron Women.. Dia seorang yang setia kepada ayah aku... Walaupown kadang-kadang berselisih faham.. Biasalahkan suami isteri.. Bak bait-bait lagu P.Ramlee - Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula suami isteri... Haha.. Nyanyi pulak dahh... Okeh aku teruskan lagik.. Apa sahaja kerja yang ayah aku buat pasti dibantu oleh emak aku.. Kerja terdahulunya, Menoreh getah.. Dia turut serta membantu.. Tak kira hujan panas.. Bahaya berhadapan dengan binatang buas.. Nyamuk.. Unggas.. Semua dia harungi bersama-sama ayah untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga...

Setelah tinggal di kawasan Felda.. Ayah sebagai Peneroka dan dia juga turut serta membantu ayah di ladang kelapa sawit.. Mengangkat buah kelapa sawit dengan kudrat yang dia ada.. Bayangkan betapa beratnya kelapa sawit untuk diangkat oleh seorang wanita.. Buka setandan tetapi bertandan-tandan didalam kereta sorong ke jalan utama... Dalam pada bekerja tu, macam-macam bende dah jadi pada dia.. Di sengat tebuan.. Nyaris-nyaris dipatuk ular... Terpijak paku... Macam-macam lagi la.. Tapi dia tetap kental untuk terus membantu ayah dalam mencari rezeki untuk kami.. 

Bila sampai musim membaja.. Dialah yang paling kuat membantu... Bila musim menanam anak pokok baru.. Dia juga lah yang berusaha membantu ape yang patut.. Apa sahaja kerja diladang dia akan turut serta membantu seolah-olah dia seorang lelaki... Pendek kata, kudrat dia sama saja dengan kudrat ayah aku... 

Itu baru sahaja kerja di luar.. Tak termasuk kerja di rumah... Segala urusan dia uruskan sendiri.. Memasak.. Mengemas.. Membasuh... Apa sahaja urusan rumah dilakukannya sendiri.. Waktu rehatnya adalah waktu tidurnya.. Tidurnya hanya sekejap... Pukul 10 malam atau 11 malam tidur.. Pukul 3 pagi dah bangun untuk urusan esoknya pula.. 

Itu lah wanita kebanggaan kami sekeluarga... Emak kami yang sangat-sangat kami sayang dan kami kagumi.. Rasanya kami adik beradik tidak dapat menandingi kehebatan dia... Dialah wanita paling anggun dan SASA dihati kami.. haha.. 

Catatan untuk Mak...
Mak kami sayang Mak sangat-sangat.. Tiada ganti dah Mak kat dunia ni.. Mak lah satu-satunya Mak kami... Kami doakan Mak sentiasa dibawah lindunganNYA dan diberi kesihatan yang baik serta mendapat kebahagian didunia dan akhirat... Luv U Mak.. X0X0... 

Fuhhh panjang jugak karangan aku.. Okeh settle.. 

Dengan Lafaz Bismillah aku join GA ni... :)


Read More

Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica from Tarbiah Sentap


Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah |  Semalam aku dok baca buku Tarbiah Sentap 3... Pagi ni rasa terpanggil untuk aku share kat sini satu artikel dalam buku tersebut yang aku sendiri rasa menarik dan terbaik... Semalam aku dah share artikel ni kat facebook aku sebenarnya.. Hari ni nak share kat sini lak.. Jom baca...

JANGAN SISIHKAN ORANG YANG NAK BERUBAH

Bila orang nak berubah, mengapa perlu kau pandang rendah, UNGKIT KISAH SILAMNYA dan patahkan semangat serta pertikaikan niat baiknya?

Mengapa perlu begitu??

Umar Al-Khattab yang pernah berniat nak bunuh nabi, bila dia masuk islam, nabi sambut dengan kegembiraan!!

Khalid Al-Walid yang telah menjadi dalang utntuk kemenangan kafir quraisyh ke atas umat islam tika perang uhud, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Amru Al-Asr, yg menjadi wakil kaum musyrikin untuk menghalang umat islam tika mereka berhijrah ke habsyah, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Persoalannya :-

"Mengapa perlu kau sisihkan dan pulau mereka-mereka yang mahu berubah??"

Adakah dikau DENGKI?
Adakah dikau BENCI perubahannya?

Atau....

Adakah dikau bencikan kebaikan, dan dikau membenci orang yang ingin melakukan kebaikan?

Muhasabahlah bersama wahai temanku..

Berilah harapan dan bimbinglah mereka-mereka yg MAHU berubah..


sumber : Team Tarbiah Sentap
#tarbiahsentap3


Read More

Hari Ke-8 Puasa

2 comments


Hari Ke-8 Puasa | Tup tap tup tap dah hari ke-8 puasa yek.. Sekejap je masa berlalu.... Kang tetiba dah raya... huhu.. Cam biasa sabtu ahad aku memang bercuti berblog... Insyaallah sikit masa lagi bolehla berblog di hari cuti dengan lebih selesa.. 

Korang camne?? Puasa penuh atau dah terbabas tinggal puasa... hehe.. 

Aku dua tiga hari ni alhamdulillah rezeki banyak sangat.. Melimpah ruah.. Ada aje undangan untuk berbuka puasa... Syukur sangat... Macam-macam menu dah masuk kedalam perut ni time berbuka.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga... hiks..

Hari ni tataw lagik plan masak ape.. Semalam sebenarnya dah siap-siap masak.. Then ada pulak call masuk jemput berbuka puasa di rumahnya.. Huhu.. Untuk tak menghampakan orang, aku terima undangan tu.. Lauk yang aku dah masak tu, buat bersahur aje la.. 

Puasa tahun ni meriah sikit.. Meriah dengan undangan berbuka.... hehe.. 


Read More

Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

6 comments

Assalamualaikum wbt..


Giveaway Ramadhan 2016 oleh NurAlia adalah satu cara untuk mengenali blogger lain disamping merapatkan ukhwah terutama pada blogger baru.. Jom meriahkan lagi Giveaway ini yang berlangsung dari 10 - 13 Jun 2016 Sahaja...


Pendapat aku tentang Blog NurAlia :-

1.  Dari segi template, bagi aku sangat menarik dan chomel.. Dari segi pemilihan warna.. Biru pink... Ohsem.. Susun atur yang kemas..

2.  Dari segi penyampaian atau entry blog pula, sangat best sebabnya banyak buat review... Tips2 yang berguna.. Tak membosankan bila baca setiap entry yang di upkan..

Wahh pendapat dah cam juri lak aku ni.. haha..!!


Tarikh Giveaway
10 - 13 Jun 2016


Read More