Jemputan Berbuka Puasa Di Hotel

Monday, June 20, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Jemputan Berbuka Puasa Di Hotel  |  Tajuk tak nak kalah ye.. Harap maklum.. haha.. Korang dah berbuka kat hotel ke tahun ni..?? Aku tahun ni tiada jemputan berbuka kat hotel nampaknya.. Tiada jemputan dari kengkawan.. Dari adik.. abg.. kakak... Tiada dari sesiapa.. Ceeee sedih jerk bunyik nye kan..

Tapi bukan itu yang aku nak cite sebenarnya.. Yang aku nak cite ni time dolu-dolu.. Di mana setiap tahun mesti ada peluang untuk berbuka kat hotel... Kebiasaannya, kakak aku la yang dok ajak aku berbuka sekali dengan dia dekat hotel.. Sebabnya suami dia kerja kat salah sebuah hotel dekat KL nunn.. So, banyak jemputan berbuka yang dia dapat.. Dulu time bujang boleh la aku naik KL sokmo.. Sekarang, memang tak la nak pegi KL semata-mata nak berbuka kat hotel di KL nunn.. Haha..

Kalau tak dari kakak pown, dulu mesti ada plan dengan kengkawan atau kekasih hatiii untuk berbuka puasa kat mana-mana hotel.. Hoh Kekasih hatiii tu.. menyampah lak rasenya.. haha..!! Bila dah berkeluarga ni.. Dah ada anak susah sikit la kan.. Nak makan kat luar pown fikir banyak kali.. Takut tak terkawal budak kecik tu.. Pulak tu dah mendapat kaki sendiri.. Lagik la susah nak kawal.. huhu..

Last berbuka puasa kat otel ni, tahun 2014 kalau tak silap.. Adik aku dapat jemputan berbuka di Zenith Hotel, kuantan.... Dia ajak aku teman.. Aku ape agik.. I followwwwwwww....!! Sangat la mewah makanan dekat zenith waktu tu.. Aku ni pulak jenis makan tak banyak.. So, kalau bayar sendirik memang rugi la kan.. Makan sikit.. bayarannya agak mahal.. Seb baiklah atas jemputan semata-mata.. hiks..

Seronok kalau dapat ulang semua tu lagik.. Tapi nan hado0oo la sekarang.. Keadaan tak mengizinkan.. Tunggu anak besar dulu la.. Baru leh ulang balik semua tu.. 


Read More

Sembang Pagi 15 Ramadhan

8 comments

Assalamualaikum wbt..


Sembang Pagi 15 Ramadhan  |  Setelah 2 hari tak  berblog.. Aku rindu blog aku.. Huhu.. Pagi ni tak sabar-sabar nk up entry.. Wahh hari ni dah masuk 15 hari yerk kita menjalankan ibadah puasa.. Tak sangka, cepat betul masa berlalu dari hari ke hari.. Sampaikan tak terasa yang kita ni berpuasa... 

Pagi ni bukak radio dah ada lagu raya... yey..!! Baru rasa suasana nak raya tu.. haha.. 

Hari sabtu aku balik umah mak aku berbuka kat sana dan juga bermalam kat sana.. Yang paling bestnye, tercapai hasrat nak makan bubur lambuk.. Kebetulan aku balik tu, menu berbuka untuk hari tu tersenarai jugak bubur lambuk.. Best...!! Mak aku buat bubur lambuk memang ohsem.. Sedap.. Super duper sedap.. Hoho..!!

Rasa seronok bila berbuka bersama mak, ayah dan adik beradik.. Berbuka ramai-ramai dengan member-member berbeza rasanya bila berbuka ramai-ramai dengan ahli keluarga... Seronok dia tu lain macam.. Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan untuk berbuka bersama-sama keluarga.. Syukur sangat.. Terima kasih ALLAH... 

Hari ni kembali seperti asal.. Kembali bekerja.. Kembali berbuka sendiri.. huhu.. Sedihnya... 


Read More

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

Friday, June 17, 2016

8 comments

Assalamualaikum wbt..

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016  |  Hai korang.. Dah join ke Giveaway by Blogger Ema Veto ni... Aku baru jerk berkesempatan  nak menjoinkan diri ni haa... Selalu terlupa.. huhu.. 

Klik banner kalau nak join k..!!

Jom kite tengok ape kata penganjurnya, Ema Veto untuk giveawaynya kali ni..


Hye hye salam perkenalan..
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY 




Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!


Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... 
(pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :-
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58

........ dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :-
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
boleh pilih design kegemaran )

Tarikh Mula :15.06.16 *Rabu 
Tamat : 30.06.16 11.59 mlm *Khamis 
Tarikh keputusan diumumkan pada : 02.07.16 *Sabtu 

Terima kasih kerana sudi menyertai Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 . 
Semoga anda bertuah dan berjaya...

Senarai peserta di SINI [tekan sini]


Read More

2 Dalam 1

2 comments

Assalamualaikum wbt..

2 Dalam 1  |  Alhamdulillah... Settle 2 urusan hari ini.. Urusan yang tergendala.. hiks... 

Firstnya, urusan menghidupkan lesen yang dah expired pada 12 Jun 2016 hari tu.. Dah terlewat 5 hari kowt.. Hidup tanpa lesen selama 5 hari... Dah kene buat 2 tahun terus sebagai denda lewat.. Tapi kalau tak lewat pown memang nak renew selama 2 tahun jugak.. huhu... Aku renew lesen aku tu dekat pejabat pos aje.. Malas la aku nak panjat JPJ bagai.. Leceh..!!


2nd urusannya, aku dah pos hadiah-hadiah untuk para pemenang giveaway aku... Alhamdulillah terasa lega sangat-sangat.. Bila urusan dah settle terasa macam segala hutang dah terbayar.. hoh.. Gitu sekali kan rasanya.. ahakz.. Kepada para pemenang giveaway aku tu, aku nak mintak  maaf ye sebab lambat pos hadiah.. Moga korang sume suka adiah yang korang dapat tu.. hiks... Len kali aku bikin lagik yek giveaway.. Join tau.. Haha..!!

Terasa kebizian yang melampau pulak hari ini... huhu...



Read More

Giveaway by Syazwani Mazlan 2016

Thursday, June 16, 2016

9 comments

Assalamualaikum wbt..


Giveaway by Syazwani Mazlan 2016  |  Bulan Ramadhan ni ramai betul blogger buat giveaway yek.. Tak menang tangan nak menjoinkan diri... hehe.. Untuk GA by Shazwani ni aku join sebab banner nye... Banner dia cantik sangat.. Aku sukaaaaa... haha.. 

Semua syarat dah settle dilaksanakan.. So, dengan lafaz bismillah aku join GA ni..



Pemenang bertuah akan menerima tudung/selendang beserta mask sheet setiap seorang!! Jadi.... tunggu apa lagi, jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je...

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Buat satu entri bertajuk  GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 (letak gambar di atas tu beserta syarat-syarat penyertaan.
2. Follow Blog Wani
3. Like Page Wani
4. Selesai buat entri, komen entri ini dan beri link entri tersebut
5. Terbuka untuk Bloggers seluruh Malaysia
6. Tarikh Tutup Penyertaan 13 Julai 2016

Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang.


Jom la join ramai-ramai.. Nanti tak cukup 30 peserta dah terbatal GA ni.. Rugi tau...

Read More

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk maklumat lanjut

Raya Giveaway  :  Jualan Raya Meletop 2016  |  OMG...!! Nile.com.my buat SALE laaa sempena raya ni....!! Seronoknya.. Setiap pembelian paling minimum RM 48 akan dapat free delivery lagi tu.. Inilah peluang untuk bershopping sakan dekat nile.com.my...Aku rasa semua dah maklumkan harga dekat nile.com.my sememangnya rendah dari tempat lain... Kualiti barang pown not bad... Bila ada sale ni lagik berganda la kemurahan harga barang yang ditawarkan.. ye dak?? Seronok ohhh raya tahun ni dapat shopping sakan dekat nile.com.my... 

Sempena raya ni jugak, nile.com.my ada buat satu giveaway untuk para blogger... Diorang nak kasi korang dan kitorang jugak duit raya wehh...!! Tak nak keeee...!! Hadiahnya adalah wang tunai SEHINGGA RM1000 tuuu...!! OMG..!! Bestnyeee...



SENARAI HADIAH UNTUK 6 ORANG PEMENANG

RM 300 Duit Raya x 1 Pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 Pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 Pemenang

Nile.com.my adalah salah satu Online Shopping Malaysia yang agak terkenal di Malaysia ni yang menjual pelbagai barangan wanita, lelaki dan pelbagai lagi la barangan yang ada... Harga yang ditawarkan juga agak murah berbanding Online Shopping yang lain.. Kualiti barang juga sangat bagus dan memuaskan.. Selalunya bila dah harganya murah mesti kualiti pown tak bagus kan.. Tapi di nile kualiti memang memuaskan dan tak mengecewakan..

Okeh, jika aku diberi peluang untuk bershopping sakan di nile, ada 5 barang yang akan aku pilih... Jom tengok apakah barang tersebut... hehe..



Product: Bow Design Princess Flats
JLM2016 Sales price: RM12.50
Date: 23/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only


ProductMixed Color Purse/ Wallet
JLM2016 Sales price: RM10.50
Date: 21/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 290 units only


ProductWaterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only


ProductTraveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


ProductPortable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Itulah 5 barang yang akan aku pilih sempena jualan raya meletop di Nile.. Kenapa aku pilih barangan tersebut?? Nak tahu ke.. Meh aku kasi tau... Yang kasut atas sekali tu, terlalu kiut sebab tu aku suka dan aku adalah seorang peminat kasut yang agak kronik.. hehe.. Purse tu sebab purse aku dah rosak, memang nak tukar baru.. Beg sandang tu, memang dalam wishlist aku untuk dibeli.. Ari tu dah berpakat dengan member nak beli sama.. haha.. Beg Travel tu pulak memang dah lama mengidam untuk memilikinya agar mudah untuk aku kemana-mana.. Last sekali Portable Car Vacum, yang ni pown dah lama nak beli tapi tak terbeli jugak.. Untuk memudahkan aku vacum kereta aku bila-bila masa yang aku nak.. hoho..

Kalau korang nak bershopping aku sarankan sangat korang bershopping lah sesakan-sakannya di Nile.com.my kerana harganya murah dan kualiti barangnya memuaskan... Terbaikkk toqqq wa cakap lu.. !!! hoho...

Sekian....

Tarikh Tamat Giveaway 
30 Jun 2016 - 11.59 PM

Keputusan akan diumumkan pada
04 Julai 2016 - 4.30 PM

Result DISINI



Read More