Palazzo Auriz by Aliya Safiyyah Couture

Monday, July 4, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Palazzo Auriz by Aliya Safiyyah Couture  |  Hi korang..!! Nampak tak gambar kat atas ni.. Haa ini yang aku nak cerita hari ni.. Palazzo Auriz by Aliya Safiyyah Couture.. Baru-baru ni aku ada memborong palazzo auriz ni.. Itu pown selepas diperkenalkan oleh rakan blogger aku Fara... Aku agak cerewet sikit bila memilih palazzo dan aku sememangnya peminat palazzo.. Yelaa.. Palazzokan besar tak ketat dan selesa untuk dipakai sesambil tu dapatlah menutup aurat kita.. Insyaallah.. 

Tapi dalam banyak-banyak palazzo yang ada dipasaran sekarang lebih banyak palazzo yang ketat mengikut bentuk kaki.. Yang besarnya hanya dibahagian bawah sahaja.. Sebab itu lah aku agak cerewet dalam memilih palazzo bagi memastikan keseluruhannya besar dan tidak mendedahkan aurat.. 

Dalam pada aku mencari untuk aku menambah koleksi palazzo yang aku ada, ternampak pulak cik puan fara pakai Palazzo Auriz ni.. Nampak sangat selesa.. Teruslah aku bertanyakan pendapat dia tentang palazzo ni.. Nampaknya feedback yang diberi sangatlah berpuas ati bagi aku.. Terus aje aku mengoder 2 helai palazzo daripada Aliya Safiyyah Couture ni.. 

Cik Puan Fara kita memilih warna hitam.. Cantikkan.. 
Kalau dah model pakai ape pown cantik kan.. hikhik..

Okeh, aku memilih warna hitam dan warna pink belacan... Kenapa aku pilih warna-warna tersebut?? Sebabnya ofcoz la mudah untuk match dengan mana-mana warna bajukan.. Tapi yang bestnya aku dapat gift raya dari owner Aliya Safiyyah Couture iaitu sehelai lagi palazzo auriz warna soft grey.. alhamdulillah.. Mungkin rezeki ramadhan dan syawal untuk aku.. Thankzz sngat-sangat buat owner Aliya Safiyyah Couture.. 

Dari percubaan pertama aku setelah aku terima parcel, Palazzo Auriz ni sangat-sangat selesa.. Aku memilih saiz M untuk aku... Alhamdulillah saiz yang tepat untuk aku.. Tidak ketat dan dapat menutup aurat bentuk kakiku ini.. hehe.. Kain dari material Como Crepe.. Tak nipis ye dan tak jarang... Tebal, berat, sejuk dan paling penting tak melekat.. Super duper selesa dipakai.. Jom tengok saiz ape yang ada...

Saiz yang ada S - XL


Pelbagai pilihan warna yang ada.. Pilih aje mana satu yang berkenan.. 
Semua cantik-cantik belaka..


Harga : RM 69.90
Free Postage
Material : Como Crepe
Saiz : S - XL

Kalau korang nak tahu, di Aliya Safiyyah Couture ada macam-macam lagik yang dijual.. Nak tahu apa yang ada.. Meh aku kasitau kat korang apa lagik yang ada kat sana.. Boleh meroyan wehh..!!


Harga : RM 75.00
Free Postage
Material : Dull Satin Cotton Jersey (Clay Gray)
Saiz : S - XL



Harga : RM 69.90
Free Postage
Material : Como Crepe
Saiz : Free Saiz



Harga : RM 30 
Beli 4 helai RM 100
Free Postage
Meterial : High Chiffon Bridgette Stractable
Measurement : 2m x 0.75m


Ada pelbagai lagi sebenarnya yang dijual di Aliya Safiyyah Couture... Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan ingin memiliki salah satu atau semua produk yang dijual oleh Aliya Safiyyah Couture bolehlah ke link yang aku sertakan dibawah ni ye..

Alamat
D-2-2, Alam Avenue, Jalan serai Wangi H 16/H,
Persiaran selangor, 40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp
+6018-2179804

IG

FB

Email
Aliyasafiyyah@yahoo.com

Aku tak sempat lagik nak menggayakan Auriz Palazzo.. Mungkin raya ni baru berkesempatan untuk memakainya.. Nanti aku akan buat post ootd lak.. hehe.. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua..


.

Read More

Giveaway Pertama Edisi Raya

No comments

Assalamualaikum wbt

Klik banner untuk join

Giveaway Pertama Edisi Raya  |  Hi korang.. Dah join belom GA yang dianjurkan oleh Blogger SYF.DEAN ni? Jom la join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi GA ni.. Saya juga ada sponsor hadiah untuk giveaway ni.. 

Syarat-syarat penyertaan yang harus dibereskan.. :-

1. Follow Blog
 - SYF.DEAN

2. Follow Instagram

3. Follow Facebook

4. Buat entry tentang segmen ini dan jangan lupa untuk tinggalkan link di komen ya.. DISINI


Senarai hadiah :-

1. Tambah nilai RM 5 untuk 4 orang pemenang
2. Tudung Bawal AJ untuk 2 orang pemenang
3. 5 pemenang akan dipilih untuk menghiasi bloglist bulan Ogos di blog SYF.DEAN


Tarikh GA
01 - 31 Julai 2016 
Sehingga tepat jam 12.00 tengah malam

p/s : Selamat bergiveaway.. Aku harap korang jujur dalam membereskan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan ye.. Pemenang nanti akan di-check sama ada dah membereskan segala syarat yang ditetapkan atau tidak.. ngeeee.. Sekian.. :)

Gut Luck uolls... !!




Read More

Ranking Alexa Sotskirt.blogspot.com

Friday, July 1, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..



Ranking Alexa Sotskirt.blogspot.com  |  Firstime aku up entry ranking alexa ni.. Itu pown ternampak posting by Blogger Azhafizah tentang ranking alexa.. Barulah terfikir nak up juga.. hehe.. Sebelum ni hanya dok usaha jerk ranking blog aku ni kat alexa.. Tak terfikir lak nak up entry kat blog ni.. Dah start up ni, mungkin akan terus up untuk akan-akan datang.. hiks..


Yang ni aku usha pada tarikh 13 Jun 2016 sehari selepas besday aku.. Ahakzz..


Yang ni lak baru kejap tadi aku usha.. Huh ada perubahan disitu ye.. Rank untuk malaysia dah naik jumlahnye.. huhu.. Itu bermakna berlakunya kemalasan untuk mengupdat blog.. Aduhai..


Nanti dimasa akan datang aku akan update by month pulak.. Untuk memudahkan rujukan aku.. Huhiii..!! Ranking ni aku tak pasti la ape tujuaannya tapi bagi diri aku sendiri ianya seolah-olah memberi semangat untuk aku terus mengapdet blog aku... 

Korang camne lak?? Dah check ke.. Kalau belom leh check kat SINI ye...




Read More

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 08 Julai 2016

Thursday, June 30, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 08 Julai 2016  |  Alhamdulillah.. Berita baik ni dah diumumkan di SINI... Tapi.. Haa ada TAPI yeee... Andai hari raya jatuh pada hari selasa iaitu 05 Julai 2016, maka dengan ini arahan tersebut adalah TIDAK TERPAKAI... hehe..  Moganya raya jatuhlah pada tarikh seperti di dalam kalender yek iaitu 06 Julai 2016 (Rabu).. Dapatla cuti panjang sikit tanpa memohon cuti.. Ahakz.. Jimat dah cuti kat situ.. hehe..

Kat sini aku upkan sekali statement tersebut untuk rujukan korang... Ehh tetiba rasa baik hati lak.. Haha..~!!





Read More

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...  |  Allahuakbar.. Masa terlalu pantas berlalu.. Ramadhan dah semakin berada di penghunjungnya... Sayu sangat rasa hati.. Masih adakah Ramadhan akan datang untuk aku kecapi?? InsyaALLAH.. Moga Allah s.w.t memberi peluang itu lagi kepada aku... 

Lebih kurang 5 hari lagi kita berpuasa dan pada 06 Julai 2016 kita akan menyambut Aidilfitri.. Tu pown kalau nampak anak bulan la.. Haha.. Kalau tak nampak anak bulan, agak-agaknya raya ditangguhkan kowt.. kiki.. Mesti ramai dah yang pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga masing-masingkan.. Aku masih bekerja dan mula bercuti pada hari selasa 5hb Julai.. 

Aku tengok ramai jugak blogger yang dah ucap selamat hari raya.. Maka-nya dengan ini dengan rasa dengkinya aku pown nak jugak wish aidilfitri seawal ini.. Haha.. Kang wish lambat-lambat kang tak de pulak yang nak baca.. Yela, sah-sah la korang sume dah balik beraya kat kampung kan.. Tak de nye nak mengadap blog lagik dah time-time raya.. Masing-masing mesti dah membizikan diri dengan beraya dan melayan tetamu-tetamu yang datang beraya... Ye dak??

Meh aku bagi serangkap pantun sebagai ucapan raya aku untuk  korang sume.. hehe.. Baca ekk..!!

Sumber : Google

Nampak tak tolesan tu?? Harapnye nampak laa.. Ahakzz.. Aku mintak maaf ye kat korang-korang semua andai aku ada buat salah dan terkasar bahasa sepanjang aku menjoinkan diri dalam dunia blog ni.. Mane la tau kan ada yang korang terasa dengan ayat-ayat aku yang tak berapa nak sopan ni.. ekeke.. Harap korang dapat maafkan aku yang serba kekurangan ni.. Sobb.. Sobb.. Sobbb...

Pada rakan-rakan yang kenal aku dan pernah kenal aku pown aku mintak maap  kat korang.. Andai sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa aku pada korang.. Aku mintak maaf yek.. Kosong-kosong ekk.. hiks..



Read More

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner


Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016 |  Giveaway again.. Join jangan tak join yee... Pagi ni nak join GA duit raya by blogger Reen... Syarat yang ditetapkan pown amat mudah.. Tak kan melengohkan jari jemari kita.. hehe.. Syarat dah dipenuhi dan dengan lafaz bismillah aku join GA ni.. Yey..!!

Jom la korang-korang join GA ni.. Mane tau ada rezeki untuk dapat duit raya.. Sesambil tu dapat kenal satu sama lain kan..




Read More