Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

Friday, May 21, 2021

No comments
Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik |  Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.

Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.


Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.

TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.

“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.


“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.


“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”

“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo 

 “Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”

“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.


Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.

“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.

Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.


“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.


Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.



Read More

Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia

Thursday, May 20, 2021

No comments

Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia |  Systema, KKM dan MDA Perkenal Kempen CSR, Tawar Sokongan Penjagaan Oral kepada Orang Awam dan Petugas Barisan Hadapan. Anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010 .

Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.

Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung, strok, diabetes, artritis reumatoid dan yang terbaharu, Alzheimer. 

Langkah pencegahan dalam kesihatan oral seperti pengesanan awal dan rawatan penyakit gusi boleh mengubah keselanjaran penyakit oral, satu cara untuk menangani beban kumulatif ke atas kesihatan awam.

Systema, pakar kesihatan gusi dari Jepun, kini berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dalam kempen Tanggungjawab Sosial Korporat untuk membantu orang awam ‘Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth’, dalam usahanya untuk meneruskan dan meningkatkan lagi kerjasama yang terjalin pada tahun-tahun sebelumnya.

Kempen tersebut bertujuan mendidik rakyat Malaysia dan meningkatkan amalan penjagaan oral mereka untuk kesihatan gusi yang lebih baik dengan mengedar maklumat kesihatan oral berasaskan fakta dan disokong oleh kajian kepada 2 juta orang Malaysian. Pemeriksaan gigi percuma bagi mengurangkan kadar penyakit gusi secara beransur-ansur dalam kalangan orang dewasa juga disediakan untuk menolong rakyat Malaysia mengenal pasti dan mencegah masalah kesihatan oral seperti penyakit gusi sebelum menjadi lebih serius.

Kempen CSR yang holistik ini turut melibatkan pengagihan 10,000 unit ubat gigi Systema saiz percubaan kepada orang awam, 9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh kepada petugas barisan hadapan kesihatan oral, laman web interaktif www.gumhealthcheck.com yang memberi pendidikan mengenai tanda dan simptom penyakit gusi dan aplikasi penilaian kesihatan gusi percuma, pemeriksaan gigi percuma oleh klinik MDA yang mengambil bahagian, aktiviti pendidikan serta meningkatkan kesedaran di media sosial dan diskaun hebat produk Systema bagi memastikan produk kesihatan oral berkualiti mampu diperolehi oleh semua.

Satu kempen media sosial akan diadakan dengan menampilkan influencers dan pengguna untuk mendorong orang ramai supaya Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth serta menyokong kempen ini dari 1 April hingga 30 April 2021.

Penyakit gusi kini berleluasa namun boleh dicegah. Tahap kesedaran mengenai penyakit gusi, kesannya terhadap kualiti hidup dan kaitannya dengan penyakit serius lain adalah rendah. Kita perlu sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan gusi untuk mengurangkan beban kumulatif terhadap kesihatan umum. Kajian menunjukkan terdapat korelasi antara penyakit gusi dan penyakit jantung serta diabetes . Jika pengesanan dan rawatan awal mampu mengurangkan korelasi antara penyakit berbahaya ini, kita perlu meneroka dengan teliti. Diabetes dan penyakit jantung juga telah dikenal pasti sebagai komorbiditi bagi COVID-19 . Rakyat Malaysia perlu belajar mengenal pasti tanda dan simptom penyakit gusi supaya mereka boleh mengenalpasti masalah dan segera mendapatkan rawatan.”

Systema dan MDA sedang giat berusaha menyediakan sumbangan dalam bentuk produk, bahan pendidikan, pemeriksaan gigi dalam talian dan di klinik, sokongan dan khidmat media sosial bagi membantu orang awam di kala klinik pergigian kerajaan sedang terbeban. Kempen ini boleh membantu Program Kesihatan Pergigian, KKM dalam mendidik orang awam mengenai keperluan penjagaan gusi dan kesihatan oral yang lebih baik, melengkapkan mereka dengan produk dan menggalakkan mereka kepada pemeriksaan gigi percuma untuk penilaian.

Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, berkongsi matlamat sosial Systema untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral untuk gusi sihat dan gigi yang sihat untuk sepanjang hayat di kala dunia bergelut dengan wabak COVID-19.

“Sudah setahun pandemik ini meletakkan kita dalam situasi berjuang untuk hidup. Kini tiba masa untuk kembali fokus kepada isu penting seperti kesihatan gusi. Gusi dan gigi yang sihat adalah penting untuk kualiti hidup yang lebih baik, oleh itu marilah kita semua ‘Gumbatte’! Systema boleh membantu dengan mengajak lebih ramai orang prihatin mengenai tanda dan simptom penyakit gusi serta menyedari ia boleh sembuh pada peringkat awal dengan hanya memberus gigi dan gusi dua kali sehari,” kata Cik Foo.

“Kempen CSR ini mempunyai matlamat untuk menilai keberkesanannya dalam kalangan orang awam dan petugas barisan hadapan. Ia menyediakan data mengenai apa yang berkesan supaya kita boleh menyediakan sokongan yang lebih terperinci di masa hadapan bagi menambah baik kesihatan mulut. Orang ramai boleh membuat penilaian kesihatan gusi secara dalam talian, manakala mereka yang memerlukan boleh mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di klinik-klinik ahli MDA. Kempen Systema Gumbatte pada 2019 telah membolehkan hampir 50,000 orang mendapat pemeriksaan kesihatan gusi dalam talian secara percuma dan lebih 10,000 orang berkunjung ke klinik ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma,” terang Cik Foo. 

Setiausaha Kehormat Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Chong Zhen Feng, berkongsi  sejak bermulanya wabak COVID-19, ramai orang menangguhkan rutin pemeriksaan gigi dan para profesional pergigian melihat penurunan kadar kehadiran ke klinik. Ini secara tidak sengaja melambatkan pengurusan dan boleh membawa kepada situasi penyakit oral yang bertambah buruk.  

“Pihak MDA telah berganding bahu dengan Systema dalam kempen kesihatan oral saban tahun. Di Malaysia, penyakit gusi berleluasa disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan oral yang baik. Menerusi kempen Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth, kami ingin menawarkan pendidikan penjagaan kesihatan oral di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan kesihatan gusi dan kesihatan rakyat Malaysia secara umumnya. Bilangan orang yang bakal menerima kesan positif inisiatif ini adalah amat menggalakkan.

“Pelihara kesihatan oral anda dengan melayari laman web www.gumhealthcheck.com untuk menilai status gusi anda dan jika perlu, hadir ke klinik gigi ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma.”

Ujar beliau, ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan gigi percuma bagi menyokong kempen ini. Semua orang digalakkan untuk berkunjung ke klinik gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.

Kempen “Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth” mengambil nama sempena teriakan motivasi Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’ sebagai kata-kata semangat supaya rakyat Malaysia mengawal kesihatan oral, termasuk ketika pandemik. Layari www.gumhealthcheck.com untuk mendapatkan pemeriksaan gusi dalam talian anda hari ini.



Read More

Jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kain Kayangan Norwex Malaysia

7 comments

Jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kain Kayangan Norwex Malaysia  |  Haisss akhirnya aku pun terjebak sama dengan kain kayangan dari Norwex Malaysia ni... Dok tengok kengkawan post pasal kain ni kemain rancak sekarang ni dekat socmed masing-masing.. Setiap hari pulak tu.. Mengganggu gugat bijik mata aku ni melihatnya.. Haha!! Nak-nak lagi sekarang ni macam-macam pulak produk keluaran Norwex Malaysia ni.. Saja je dorang ni buat panas line.. Bagus sangat ke kain kayangan Norwex ni? Banyak jugak la aku tengok review kain norwex ni.. Katanya sangat bagus.. Pendapat aku camne pulak? Nak tahu, kenalah baca sampai habis ye.. Hehe..

Apakah itu Norwex?

Sebelum aku membebel lebih lagi tentang produk Norwex ni, marilah aku story dulu apakah itu Norwex?

Seperti mana yang telah ramai tahu (ada ke yang belum tahu hehe), Norwex adalah jenama kain pengelap multifunction dimana kini ianya menjadi sebut-sebutan dan telahpun mendapat tempat dikalangan pengguna di Malaysia.. Pelbagai jenis kain pengelap dikeluarkan oleh mereka seperti Enviro Cloth, Window Cloth, Face & Body Cloth, Kitchen Cloth dan banyak lagi.. Bukan takat kain lap je ada tetapi tuala, mop, EnciroWand, Microfibre Cleaner Laundry Booster, Cutting Board pun ada dan banyak lagi.. Pendek kata, untuk kegunaan satu rumah la.. Lengkap!!

Keistimewaan Kain Norwex

Ada keistimewaan ke kain Norwex ni? Haa ni nak story dengan korang ni.. Mane mahunya kain kayangan ni tak punya keistimewaan.. Mesti la banyak keistimewaannya.. Nama lagi kain kayangan kan.. Salah satu keistimewaannya adalah dengan Sistem Microfibre Norwex ni korang tidak akan bernafas, menyentuh atau menelan bahan kimia tau.. Sebaliknya korang mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih bersih dan sihat.. Hah gitchew!!

Antara kelebihan lain yang ada pada jenama Norwex ni adalah :-

  • Menghilangkan 99% bakteria from a surface jika menggunakannya dengan proper
  • Mengandungi BacLock sebagai agen antibakteria untuk tujuan self-cleansing sahaja
  • Helps eliminate the need for paper towels and chemical laden cleaners.
  • Mengurangkan penggunaan produk pembersih yang mahal
  • Sangat tebal dan absorbent to pick-up and menahan lebih banyak habuk, kotoran dan serpihan than ither cleaning cloths.
  • Holds several times it's weight in water
  • Diperbuat daripada lebih dari 10 million feet of microfiber untuk daya pembersihan yang lebih berkesan

Kain lap Norwex ni bukan kain lap biasa-biasa tau tetapi luar biasa..  Dengan sehelai kain, korang boleh guna untuk two ways to clean.. Macam mana tu?

1.  Dry to Dust

Jika korang guna kain norwex ni dalam keadaan kering, Norwex Microfibre ni adalah superior duster, yang boleh memerangkap sekecil-kecil zarah diserapnya untuk membuat permukaan lebih bersih dan tahan lebih lama tanpa sisa kimia berbahaya untuk mengumpul lebih banyak habuk.

2.  Wet to Clean

Jika korang guna dalam keadaan yang basah pula, Norwex Microfibre ini akan melonggarkan dan mengangkat kotoran serta serpihan yang paling degil ke atas kain dan jauh dari permukaan. Wet thoroughly, wring well, fold flat, and wipe away grime from all washable surfaces.


Jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kain Kayangan Norwex Malaysia


Dengan kelebihan yang ada pada kain kayangan Norwex ni dan review positif dari pengguna awal, membuatkan aku teringin juga untuk memilikinya.. Now, aku dah pun menjadi ahli.. Haha!! Benda bagus kenalah join.. Hiks.. Sambil guna sambil buat duit.. Betul tak? Bukan pakai saja-saja tetapi kita jana pendapatan sampingan sekali.. Barulah berbaloi-baloi.. Hehe..

Ada tak yang nak jana pendapatan dari rumah dengan kain kayangan Norwex Malaysia ni? Kalau ada, meh aku tunjukkan jalan.. Cewahhh..

Cara-cara menjadi ahli Norwex Malaysia

Ok untuk join keahlian Norwex ni mudah aje.. First korang perlu beli Norwex Starter Kit dan terus didaftarkan sebagai ahli.. Mudahkan?

Ok untuk New Consultant Starter Kits, Norwex offer 2 pilihan iaitu :-
  • Norwex Basic Starter Kit
  • Norwex Upgraded Starter Kit
Untuk Norwex Basic Starter Kit, korang hanya perlu bayar RM95 sahaja dan akan dibekalkan product worth RM89 dan Literature RM30 iaitu :-
  • Microfibre Variety Pack (MVP) x 1 set (16cm x 16cm)
  • Product Catalogue
  • Success Builder
  • New Consultant Booklet
  • DSA Code of Conduct Handbook
  • Norwex Microfibre Brochure
  • Consultant Agreement (pack of 3)
  • Order form (pack of 3)
Manakala untuk Upgraded Starter kit pula, korang perlu bayar dengan harga RM368 dan akan dibekalkan product worth RM451 dan literature worth Rm30.. Starter kit ni memang mahal sikit tetapi berbaloi-baloi sebab korang akan dapat banyak produk seperti :-
  • Microfibre Variety Pack (MVP) x 1 set
  • Makeup Removal Cloth x 1 pc
  • Kitchen Cloth x 1 pc
  • Kitchen Towel x 1 pc
  • Window Cloth x 1 pc
  • Enviro Cloth x 1 pc
  • Body Cloth x 1 pc
  • Product Catalogue
  • Success Builder
  • New Consultant Booklet
  • DSA Code of Conduct Handbook
  • Norwex Microfibre Brochure
  • Consultant Agreement (pack of 3)
  • Order form (pack of 3)

Aku hanya pilih Basic Starter Kit sahaja.. Biasalah mengikut kemampuan.. Bab ni tak boleh ikut orang ye.. Kena tanye poket sendiri.. Haha.. Dengan membayar RM95 aku dapat 3 jenis kain iaitu :-

1.  Enviro Cloth

Kain untuk bersihkan semua permukaan yang juga dikenali sebagai kain for everything.. Sweet je nama kain ye.. Hehe.. 

 

2.  Window Cloth

Kain ini pula sesuai digunakan untuk lap cermin dan permukaan yang shining seperti cermin kereta, sliding door dan sebagainya.

 

3.  Face & Body Cloth

Yang ni paling best untuk aku sebabnya kain ni untuk cuci muka dari kotoran dan makeup tanpa menggunakan pencuci muka.. Fuhhh save aku punya pencuci muka lepas ni.. Haha. Nak lap peluh pun boleh guys.. Kot la pergi joging ke atau bersenam ke kan, bolehlah bawa sekali untuk lap peluh.. Terbaik! 

Kalau korang nak tahu, ketiga-tiga produk Norwex ni menggunakan teknologi BacLock yang dikenali sebagai 'Bacteria Lock'. BackLock membolehkan kain-kain microfibre yang dikeluarkan oleh Norwex ni mempunyai sebatian partikel perak halus bersaiz micro di seluruh permukaan kain tersebut yang bertujuan untuk membunuh kuman apabila kain itu dijemur.

Dengan adanya mikrofiber silver dimana perak merupakan agen anti-bakteria yang berkesan telah diketahui sekian lama dimana ia mampu membunuh bakteria, kulat serta sesetengah jenis virus. Beberapa kajian sainfik juga mendapati ion perak yang dihasilkan mampu mengakibatkan bakteria menjadi gila yang akhirnya akan bertindak memakan bakteria lain.. Perghhh bakteria pun boleh jadi gile guyssss... Hebat!!

Oklah, panjang berjela dah aku membebel pasal kain kayangan Norwex yang superb best ni.. Jomlah korang kita pakat jana pendapatan dari rumah dengan produk Norwex ini.. Yang mana dah ada kerja tetap tu boleh la buat pendapatan sampingan.. Yang masih mencari kerja, inilah peluang yang paling menarik alaf ini untuk korang cuba... Mana tau, berjaya.. Bak kata pepatah melayu, 'tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu kan'.. Nampak siap pepatah tu.. Punyalah semangat aku nak jana pendapatan sampingan lepas ni dengan Norwex..


Owh ya, lupa nak habaq kat hangpa... Semua produk Mikrofiber Norwex ni ada warranty tau sehingga 2 tahun dan keatas... Nampak tak betapa bagusnya produk ni.. Siap ada warranty lagi.. Berbaloi kalau beli tau! Bukan takan dapat buat duit sampingan tapi boleh juga guna barang yang bagus siap ada jaminan.. 

Oklah, setakat ni je la dulu bebelan aku.. Kalau korang tak puashati dengan penerangan aku yang maha hebat ni haha.. dan inginkan lebih banyak input lain yang lebih detail dan excited nak jana pendapatan bersama Norwex, korang boleh contact kakak cantik lagi friendly ni ye, Marsha.. Moh klik link kat bawah ni.. 


Jom jana pendapatan dengan Norwex bersama MARSHA
👇👇
IG Norwex Marsha

Whatsapp




Read More

Kisah Inspirasi Guru Hebat Cikgu Norhayati binti Riman Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Saturday, May 15, 2021

12 comments

Kisah Inspirasi Guru Hebat Cikgu Norhayati binti Riman Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021  |  Hi guys.. Assalamualaikum.. Esok Hari Guru dah.. Dalam kita beraya, rasa rindu pula pada guru-guru yang pernah mengajar aku dulu.. Rindu zaman sekolah yang dah lama aku tinggalkan.. Aku masih ingat lagi ada seorang guru ni mengajar subjek Sains.. Garang dia bukan main lagi.. Sampaikan ramai yang tak suka padanya termasuklah aku.. Haha.. Bila difikirkan balik, apabila guru bersikap begitu mesti ada sebabnya.. Semua itu untuk mengajar kita untuk lebih fokus dan serius dalam menimba ilmu.. Kalau tak, semuanya akan ambil sambil lewa sahaja apa yang cikgu ajar.. Silap hari bulan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Hehe..

Betullah kata pepatah melayu, Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri Bagi Menerangi Orang Lain... Mereka sanggup berkorban dan berusaha dalam mendidik demi melihat anak bangsa berjaya.. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya menjadi seorang guru ni.. Ianya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi dan sudah pastinya sifat sabar itu sangat perlu dalam diri setiap guru itu sendiri.. Yelah, pelajar bukan seorang, tetapi berpuluh-puluh malahan beratus-ratus orang dengan pelbagai ragam dan kerenah..

Namun percayalah, pengorbanan dan jasa guru itu tetap tidak akan dilupakan oleh seluruh masyarakat.. Tanpa guru, sudah pastinya kita tidak mampu melaksanakan pembangunan modal insan yang signifikan untuk negara.. Disebabkan ini jugalah Hari Guru diadakan bagi menghargai mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak bangsa berjaya dalam kehidupan.. Sempena Hari Guru ini juga, McDonald's Malaysia turut memberikan pengiktirafan kepada guru-guru yang telah berusaha dan tidak putus asa dalam mendidik pelajar serta memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya dengan mengadakan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's.

Kisah Inspirasi Guru Hebat Cikgu Norhayati binti Riman Yang Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, sebelum ni aku dah pun bercerita tentang satu kisah inspirasi seorang guru yang tercalon dalam anugerah ini.. Kalau korang belum baca, boleh baca di SINI ye.. Now, aku nak share satu lagi kisah inspirasi guru hebat iaitu Cikgu Norhayati binti Riman yang juga tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's bagi tahun ini.. Kalau korang nak tahu, Cikgu Norhayati telah dicalonkan oleh Encik Haszeman Aalaa bin Am Haszime, bekas pelajarnya dimana kini beliau telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Negeri Melaka.. Kata beliau, Cikgu Norhayati merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi, mudah didekati pelajar dan sangat kreatif dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.. 

Jom aku kenalkan serba sedikit tentang Cikgu Norhayati.. Sebelum aku terbitkan artikel ni, aku ada menemuramah Cikgu Norhayati dan bagi aku beliau adalah seorang yang sangat mudah didekati dan sangat friendly.. Walaupun baru bertegur sapa tanpa bersua muka, tetapi seolah-olah macam dah lama kenal.. TQ Cikgu diatas kerjasama yang diberikan..

Cikgu Norhayati binti Riman, berasal dari Teluk Intan, Perak ini merupakan guru yang mengajar subjek Sains dan Biologi di SMK Lanchang, Pahang. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Biologi dan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1998 - 2002) dan pernah menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Pahang serta Maktab Perguruan Ipoh, Perak..

Kata Cikgu Norhayati, kerjaya sebagai seorang guru ni bukanlah kerjaya pilihan hatinya tetapi dia memilih kerjaya ini demi memenuhi hasrat dan keinginan bapanya yang mahukan kesemua anak-anaknya menjadi seorang guru kerana baginya guru adalah satu bidang pekerjaan yang mulia walaupun tidak menjanjikan pulangan yang besar.. Namun setelah menceburi bidang ini, Cikgu Norhayati mula jatuh cinta dan gembira dengan kerjaya ini.. Baginya, menjadi guru bukanlah semudah yang disangka pada awalnya.. Ia penuh dengan getaran graf menurun dan menaik yang sukar dijangka..

Cikgu Norhayati telah menjadi sumber inspirasi kepada pelajarnya kerana cara penyampaian ilmunya yang kreatif dan berkesan.. Apa yang menariknya lagi tentang Cikgu Norhayati, beliau juga seorang yang suka mencabar semua pelajarnya untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran yang diajar olehnya.. Setiap tahun dalam peperiksaan SPM, beliau akan meletakkan target sendiri untuk memastikan pelajarnya mendapat A dan kebiasaanya target tercapai malahan adakalanya pencapaian pelajarnya lebih dari target yang ditetapkan olehnya.. Ini menunjukkan bahawa usaha dan komitmen beliau dalam mendidik pelajarnya membuahkan hasil.. Tahniah cikgu!

Selain, sentiasa memastikan para pelajar memahami apa yang diajar, Cikgu Norhayati juga sentiasa menitipkan nasihat kepada mereka supaya menjadi orang yang berjaya dan sering memberi kata-kata positif andai pelajarnya sedang menghadapi masalah agar pelajarnya bersemangat dan berjiwa kental.. 

Cabaran Yang Mengajar Cikgu Norhayati Erti 'Survival of Life'

Apa yang boleh aku katakan disini setelah membaca kisah Cikgu Norhayati ini, beliau adalah Cikgu Luar Biasa yang dapat memberikan inspirasi kepada pelajar malahan kepada masyarakat di luar sana.. Dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang guru, beliau telah melalui pelbagai cabaran yang bagi aku agak getir sepanjang beliau menggalas tanggungjawab sebagai guru.. Ada suka dan ada duka.. Cabaran hebat yang dilaluinya ini menjadikan beliau lebih matang dan kental dalam mendidik anak bangsa..

Cabaran yang mengajar Cikgu Norhayati erti 'Survival of Life' adalah semasa postingnya yang pertama sebagai guru dimana beliau ditempatkan di SK LKTP Tembangau Pahang.. Lokasinya jauh di pedalaman dengan tiada kemudahan air bersih dan tiada bekalan elektrik.. Untuk pergi dan pulang dari sekolah, beliau terpaksa melalui jalan tanah merah dan berbatu kerikil sejauh 2 kilometer.. Untuk mandi dan gosok gigi pula, hanya bekalan air telaga/kolam sahaja yang ada.. Apabila gaji dah masuk, beliau terpaksa mengambil masa 2 jam perjalanan dengan menaiki bas tanpa penghawa dingin untuk ke Bandar Bahau bagi tujuan mengambil gaji.. Inilah cabaran yang mengajarnya erta 'Survival of Life'..  Wahhh kental gila la Cikgu Norhayati ni pada aku.. Tabik pada cikgu.. 

Apabila mengajar di tempat yang serba kekurangan seperti ini, Cikgu Norhayati juga harus menjadi lebih kreatif dan beliau terpaksa menggunakan bahan atau alat pembelajaran yang serba sederhana dan agak kuno seadanya disamping memerah keupayaan minda untuk memastikan pelajar sentiasa belajar dalam keadaan yang menyeronokkan..

Bukan itu sahaja yang dilalui olehnya malah cabaran kali ini adalah kesukaran dalam penggunaan bahasa semasa mengajar.. Posting kedua, beliau ditempatkan di SMK Hwa Lian dimana sebahagian besarnya adalah pelajar berbangsa cina.. Kebanyakan pelajar kurang mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu.. Bagi melancarkan pembelajaran, Cikgu Norhayati belajar bahasa mereka bermula dari belajar satu hari satu ayat dalam bahasa cina sehinggalah beliau berjaya menarik perhatian pelajar walaupun mengalami sedikit kesukaran.. Begitulah kegigihan Cikgu Norhayati dalam mendidik pelajar-pelajarnya.. Bak kata pepatah, 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.. Cikgu hebat ini tidak pernah mengalah, malah terus berjuang untuk memastikan kejayaan para pelajarnya.. 

Cikgu Norhayati Tetap Gigih Mendidik Walaupun Diuji Dengan Masalah Kesihatan

Setiap manusia diuji dengan dugaan yang berbeza.. Begitulah dengan dugaan yang dihadapi oleh Cikgu Norhayati.. Pada tahun 2002, beliau telah disahkan mempunyai ketumbuhan pada ovari dan harus menjalani pembedahan segera kerana saiz ketumbuhan agak besar. Pada tahun itu juga, beliau dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar Tingkatan Tiga dalam subjek Sains..

Beliau telah menjalani pembedahan Laparotomy sepanjang 32 jahitan pada abdomen menyebabkan beliau tidak boleh bergerak atau berjalan seperti biasa.. Selama 2 bulan beliau tidak dapat hadir ke sekolah.. Baginya, pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dengan keadaan guru mereka yang tidak mampu hadir ke sekolah adalah petanda yang tidak baik kepada keputusan peperiksaan mereka.. Disebabkan itu juga, beliau nekad untuk tetap mengajar meskipun terpaksa meminta anak didiknya datang belajar di rumah pada waktu petang dan malam dalam keadaan beliau mengajar sambil duduk di atas katil dek kerana ketidakupayaannya untuk bergerak dan berjalan walaupun ia sebenarnya melangkaui kemampuan fizikalnya pada masa itu.. Dengan izinNya beliau mampu melakukannya dan akhirnya anak didik beliau berjaya mencapai keputusan yang sangat baik dalam peperiksaan mereka... Cikgu memang guru yang hebat!! 

Pencapaian Cikgu Norhayati Sepanjang Bergelar Seorang Guru

Seperti yang aku katakan di awal tadi, Cikgu Norhayati memang seorang guru yang hebat dan luar biasa.. Pelbagai dugaan dan cabaran telah dilaluinya sepanjang kerjayanya sebagai seorang guru tetapi beliau tetap berjuang tanpa berputus asa dalam mendidik.. Malahan pencapaiannya juga amat membanggakan.. Antara pencapaian yang pernah dikecapi olehnya :-

  • Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006
  • Penerima Anugerah PErkhidmatan Cemerlang Tahun 2016
  • Peratus lulus 100% subjek sains SPM SMKL Tahun 2016
  • GPS Terbaik Sains SPM SMK Hwa Lian Tahun 2012
  • Subjek Peratus Terbaik SPM 2007 SMK Tembangau
  • Subjek Terbaik SPM Bilangan Cemerlang 2016
Sepanjang bergelar guru, Cikgu Norhayati pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Alam & Manusia, Sains dan Biologi.. Kini beliau mengajar subjek Biologi dan Sains bagi pelajar SPM di SMK Lanchang, Pahang dari tahun 2013 sehinggalah sekarang.. Beliau pernah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk memegang beberapa jawatan seperti Ketua Panitia Sains (2012 - 2019), Guru Disiplin, SU Hem, SU Pentadbiran (2014 - 2017), Ketua Kor Kadet Bomba, Ahli JK Majlis Sekolah, Ahli Think-Tank Sekolah dan Mentor PdPc...


Bagi Cikgu Norhayati, kenangan paling indah yang tak mungkin dilupakan dalam hidupnya sebagai seorang guru adalah apabila melihat para pelajarnya memperolehi kejayaan.. Melihat mereka menangis gembira dengan kejayaan dan pencapaian mereka dalam keputusan SPM merupakan satu kepuasan bagi beliau kerana telah berusaha sehabis baik untuk membantu mereka mendapatkan apa yang mereka berhak memperolehnya.. Senyuman ibu bapa melihat kejayaan anak-anak mereka juga telah memberi satu suntikan semangat untuk beliau terus berbakti kepada anak bangsa..

Tugas Mendidik Tidak Pernah Berakhir


Sebagai seorang guru, Cikgu Norhayati sentiasa mengharapkan semua anak didiknya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi dengan baik. Beliau juga mengharapkan pelajarnya yang berjaya dapat memanjangkan ilmu dan kemahiran yang ada kepada komuniti sekeliling mereka pula.. Bagi beliau, tugas mendidik tidak pernah berakhir dan beliau akan terus berjuang sehingga ke akhirnya untuk melihat anak bangsanya berjaya..

Sempena Hari Ibu baru-baru ini, seorang anak didik Cikgu Norhayati, Amandeep Kaur - seorang pelajar Punjabi telah mencoretkan sesuatu buat cikgu kesayangannya ini.. 👇

Dear gorgeous mother of mine, I would love to wish you a very happy mother's day. One of the true gem of a person in and out you are the most kindest person i have known. Your smile is so beautiful teacher and keep smiling teacher. Thank you so much for imparting your knowledge to me. You had made me fall in love with science because of the way you teach. You had always given me a great lesson in life which is whatever happens in life we have to be happy and spread happiness. You never know how much i look upon your classes because you are so hilarious. I love the way you talk and everything that's pretending about you. You had always been a great supporter and a woman with full of positivity. You had always made my bad days to be the best days in my life. You may be a teacher for me but for me you are also a mother. I would never forget how much you took care of us buying for us food so we don't starve in hunger and we could study. Because to do that only a motherly gesture will do so and yes you never fail in them. You had always ensure us that we can do our very best. You never had down graded us but you polished us to be a true gem. I really hope I can make you really proud teacher. Please give me your blessings so I could be successful in my life. Please do forgive me teacher if I had hurt your heart. Take care teacher. I love youu sooo muchh my miss world 😘😘😘❤️❤️❤️

 

Dari coretan ini, jelas menunjukkan yang Cikgu Norhayati ini memang disenangi dan disayangi oleh para pelajarnya.. 

Hebatnya mereka yang bergelar guru ye.. Sesungguhnya guru adalah pendorong kepada kejayaan anak didik selepas ibu bapa mereka.. Seorang guru juga sanggup berkorban apa sahaja demi kemajuan anak didiknya.. Tiada keluhan yang didengari yang ada hanyalah senyuman manis yang terlakar dibibir mereka saat mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.. Penat lelah mereka hanya mereka sahaja yang tahu.. Jadi, kepada ibu bapa dan masyarakat awam di luar sana, fahamilah bahawa Guru mendidik dan menyayangi anak-anak didik mereka tanpa terma dan syarat.. Maafkanlah guru jika kadang kala ada kesilapannya kerana guru juga manusia biasa.. Maka, hormatilah dan doakanlah mereka kerana tanpa keberkatan mereka, kita tidak akan berjaya di dunia ini..

Dengan jasa dan pengorbanan Cikgu Norhayati yang tidak pernah jemu dalam mendidik pelajarnya, memang layaklah beliau dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini kerana semangat juangnya dalam mendidik anak bangsa tidak pernah pudar malah beliau memberi lebih daripada apa yang sepatutnya seorang guru berikan.. Terima kasih cikgu..

Ok, untuk ikuti kisah inspirasi Cikgu Norhayati yang dicalonkan oleh Haszeman Aalaa bin Am Haszime, korang boleh layari link ini 👇

https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/1198

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini merupakan  anugerah tahunan yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah melebihi tugasnya dalam mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik.. Ini merupakan tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini..

McDonald's Malaysia akan mengumumkan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada akhir Mei ini... So, jangan ketinggalan guys! Owh ya, Guru yang memenangi anugerah ini, akan menerima wang tunai RM5000, trofi dan sijil pengiktirafan pada majlis yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing sempena Hari Guru ini.. Bagi yang mencalonkan pula akan menerima baucar hadiah McDonald's bernilai RM200.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua pendidik.. Terima kasih kerana bersabar dalam mengajar kami.. Berjuang sehabis baik untuk kejayaan kami.. Tidak pernah berputus asa dengan kerenah kami.. Sentiasa menyayangi kami.. Jasamu akan dikenang sehingga hujung nyawa dan tidak mampu kami balas sampai bila-bila.. Dikaulah cahaya yang sentiasa menerangi hidup kami yang dalam kegelapan.. Terima kasih Cikgu!

Untuk info lanjut, korang boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi



Read More

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop

Saturday, May 8, 2021

5 comments

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop  |  Assalamualaikum.. Hi guys.. Tak lama lagi para pendidik di Malaysia akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2021 ini.. Sebut aje Hari Guru ni teringat zaman sekolah dulu.. Kadang tu terasa rindu untuk kembali ke zaman persekolahan.. Rindu kawan-kawan dan guru-guru.. Time sekolah dulu, ada la beberapa orang guru feberet aku.. Aku yakin, korang pun pasti ada guru yang korang suka dan senangi kan.. Sungguhpun begitu, kita patut hargai setiap guru yang mengajar kita tak kiralah kita suka ataupun tidak kerana tujuan  mereka hanyalah satu untuk mendidik kita menjadi orang yang berjaya dan berguna meskipun cara pembelajaran yang dibawanya berbeza..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kalau dulu, setiap kali Hari Guru, aku dan kawan-kawan pasti akan sediakan hadiah buat guru kami... Walaupun time tu aku hanya dapat sediakan hadiah yang tak seberapa (almaklumlah masih  bergelar pelajar kan.. hehe), tetapi aku rasa happy sangat kerana dapat sediakan sesuatu untuk cikgu sebagai membalas jasa mereka dalam mendidik aku.. Terima kasih cikgu..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Zatulakhtar binti Yakop

Dah alang-alang bercerita tentang Hari Guru ni, aku nak share la jugak dengan korang tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ni. Kalau korang nak tahu, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah memberikan komitmen sepenuh hati dalam mendidik para pelajar dan sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya dan menjadi yang lebih baik.

Seronok baca kisah inspirasi yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia tentang guru yang mereka calonkan untuk Anugerah Inspirasi McDonald's ini.. Setiap satu kisah, membawa inspirasi yang berbeza.. Nasib la pencalonan untuk anugerah ini telah tamat, kalau tak mahu aku pun calonkan juga guru-guru yang mengajar aku dulu.. hehe.. Apa-apa pun aku tabik la kepada mereka yang bergelar guru ni.. Jasa mereka sangat besar dan akan dikenang hingga akhir hayat.. TQ cikgu..!! 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, dalam banyak-banyak kisah inspirasi yang dikongsikan, aku tertarik dengan kisah inspirasi guru dari Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Pahang ini iaitu Cik Zatulakhtar binti Yakop atau lebih senang disapa oleh pelajarnya dengan panggilan Teacher Zatul.. Teacher Zatul kini berusia 44 tahun berasal dari Pekan, Pahang adalah seorang guru Bahasa Inggeris.. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru seawal usia 25 tahun iaitu pada tahun 2002 di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah dimana dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah.. Sekarang beliau telah dinaikkan pangkat dan memegang jawatan Ketua Jaminan Kualiti di kolej yang sama..

Apa yang menariknya tentang Teacher Zatul ini, pada awalnya beliau langsung tidak berminat untuk menjadi guru.. Cita-cita asalnya adalah untuk menjadi seorang Peguam kerana Teacher Zatul ni suka berdebat dan berhujah.. Beliau juga pernah bercita-cita untuk menjadi Penyampai Berita di TV kerana beliau sangat suka berhadapan dengan kamera.. Tapi apakan daya, kerana ingin memenuhi hasrat seorang ayah yang inginkan anaknya menjadi seorang guru, Teacher Zatul akur.. Dari situlah bermula perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Tugas pertama yang diberikan kepada beliau adalah menjadi Guru Kelas dimana kesemua pelajarnya adalah lelaki.. Beliau juga diberi tanggungjawab menjadi Guru Pengawas dan beliau berjaya membentuk imej Badan Pengawas Sekolah sebagai badan yang proaktif, berwibawa dan disegani.. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga merupakan Pengurus Pasukan dan Jurulatih bagi Pasukan Bahas Bahasa Inggeris di sekolah dan telah membawa pasukannya untuk bertanding dalam pertandingan 'Parliamentary Style Debate'.. Pasukan dibawah kendaliannya pernah menduduki Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Kehebatan Teacher Zatul tidak terhenti setakat itu sahaja.. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan dan Jurulatih Pasukan Bola Jaring Kolej. Dengan kegigihan beliau dalam menimba pengetahuan sebagai Jurulatih Bola Jaring, beliau telah berjaya menaikkan imej dan reputasi pasukan Bola Jaring Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah yang sebelum itu dikenali sebagai pasukan belasahan setiap kali menyertai pertandingan. Bukan itu sahaja, beliau berjaya membawa pasukan Bola Jaring memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Bola Jaring Karnival Vokasional Teknik Peringkat Negeri Pahang. 

Beliau juga seringkali diberikan tanggungjawab sebagai Pengacara Majlis di acara-acara utama sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dek kerana suaranya yang lunak sesuai sebagai Pengacara Majlis rentetan juga dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang Pembaca Berita suatu ketika dahulu.. 

Bukan setakat itu sahaja tugasnya sebagai seorang guru, beliau juga pernah menyelamatkan seorang pelajar yang hampir hanyut dalam hidup dan hampir berhenti sekolah kerana menghadapi masalah keluarga.. Beliau telah berusaha untuk membela nasib pelajar tersebut dan akhirnya pelajar itu berjaya menduduki peperiksaan SPM sehingga selesai.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Sebut tentang SPM, Teacher Zatul juga pernah mencipta sejarahnya yang tersendiri dimana semasa SPM pada tahun 2006, buat julung kalinya pelajar Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah mendapat 8A dan Teacher Zatul adalah guru kelas mereka.. Ini juga merupakan tahun pertama dimana paling ramai pelajar mendapat A bagi subjek Bahasa Inggeris. 

Teacher Zatul Guru Yang Dikagumi dan Disayangi Oleh Pelajarnya

Teacher Zatul yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa (Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor - tahun 2000) ini merupakan seorang guru yang sangat dikagumi dan disayangi oleh pelajarnya miskipun beliau seorang yang tegas.. Beliau mengajar subjek 'General English' dan sepanjang mengajar, beliau menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya membuatkan ada para pelajarnya yang tak keruan malahan membuatkan ada pelajar yang tidak berminat dengan subjek itu..

Namun begitu, Teacher Zatul berusaha untuk menarik minat dan mendapatkan minat pelajar supaya fokus terhadap subjek Bahasa Inggeris.. Ini juga merupakan satu cabaran yang dilalui oleh Teacher Zatul sepanjang bergelar guru.. Dengan kegigihan dan rasa tanggungjawab beliau dalam mendidik para pelajar akhirnya beliau berjaya melaluinya dengan menerapkan cara pembelajaran yang 'magis' iaitu mengajar dengan cara yang menyeronokkan dan mengembirakan pelajar contohnya beliau meminta para pelajar menyanyikan lagu kegemaran mereka dan menterjemahkan lirik lagunya.. Wahh aku pun berminat nak belajar Bahasa Inggeris kalau macam ni.. Haha.. Selain itu, beliau juga menganjurkan "English Drama Competition" semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Unit Bahasa di kolej tersebut bagi menggalakkan pelajar minat terhadap Bahasa Inggeris.. Dengan cara kreatif yang beliau terapkan ini, akhirnya beliau berjaya menarik minat pelajarnya dalam subjek Bahasa Inggeris yang diajarnya..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ok, antara pengorbanan Teacher Zatul sepanjang bergelar guru adalah semasa beliau menjadi Guru Kelas dimana beliau banyak korbankan sebahagian besar masa beliau untuk para pelajarnya kerana beliau tidak mahu mereka rasa terabai memandangkan mereka tinggal di asrama.. Pada hujung minggu pula beliau banyak menghabiskan masa menemani mereka untuk 'study hour' dan banyak juga masa dihabiskan dengan menghias kelas supaya kelas nampak menarik, selesa dan penuh motivasi supaya mereka lebih bersemangat dan bersungguh ketika belajar... Itulah komitmen sepenuh hari seorang guru terhadap pelajarnya..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Antara pencapaian Teacher Zatul, beliau pernah menerima Anugerah Pekhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2007, 2014 dan 2018.. Tahniah cikgu! Katanya, dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini juga merupakan sesuatu yang sangat beliau hargai dan tidak dapat dilupakan.

pencapaian beliau yang paling tidak dapat dilupakan dan paling terbaik yang pernah beliau capai.. 

Ok guys, untuk ikuti kisah penuh mengenai Teacher Zatul yang dicalonkan oleh Nashrul Lukman Haziq, korang boleh layari link ini  👇

https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/1914


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Ini merupakan tahun kelima McDonald's Malaysia menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini.. Ramai rakyat Malaysia yang telah menunjukkan penghargaannya dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 02 hingga 18 April 2021 yang lalu..

Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru sahaja yang akan dipilih untuk menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang akan dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Haru Guru nanti.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Oh ya, warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan mendapat baucar McDonald's yang bernilai RM200..

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih adalah termasuk peningkatan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pembelajaran yang inovatif dan diluar kotak, menjalankan tanggungjawab melampaui tuntutan tugas untuk membantu pelajar dan juga mewujudkan kesan positif pada diri pelajar.

Ok guys, tak lama lagi keputusan akan keluar.. So, nantikan pengumuman keputusan 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi MdDonald's 2021 - Cikgu Luar Biasa pada penghujung Mei ini.. Untuk info lanjut, korang boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi



Read More

Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih

Friday, May 7, 2021

7 comments
Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih  |  Hari ni agak keletihan.. Balik kerja agak lambat sikit hari ini siapkan kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.. Balik dah rasa keletihan yang amat bercampur dengan letih semalam yang masih belum hilang.. Huhu.. Sampai rumah cepat-cepat mandi dan terus ke dapur untuk siapkan menu berbuka.. Rasa tumpul dah idea nak memasak hari ini.. Untuk meringkaskan menu dan masa yang ada pun sangat terhad, jadinya aku masak sayur kacang panjang masak lemak dan goreng ikan jerk.. Untuk menyedapkan lagi mulut ni masa berbuka, aku buatkan sambal tumis ketagih.. Kenapa ketagih? Haaa memang ketagih bila makan sambal ni.. Haha.. Itu aku la.. Mesti nak ada sokmo.. Hiks..

Resepi Sambal Tumis Ketagih

Jom check resepi yang teramat mudah nak buat ni.. Tu belum isi ikan bilis lagi.. Kalau isi ikan bilis lagik sedap sambal tumis ni.. Next aku akan isi ikan bilis lak.. Hehe..

Resepi Sambal Tumis Ketagih 

Bahan-bahan :-
  • 6-8 biji Cili Padi
  • 1-2 biji Lada Besar
  • 2-3 biji Tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan
Cara-cara :-

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Goreng semua bahan-bahan tadi dengan minyak yang banyak sampai layu.

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Kemudian blend bersama garam, gula dan serbuk perasa..

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Siap blend, tumis seketika hingga naik minyak

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Nak rasa lebih meletop, sebelum makan perah limau sedikit..

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..


Read More