Giveaway Sambal Bilis Pedas - d' SAMBAL licious

Friday, June 4, 2021

3 comments
Giveaway Sambal Bilis Pedas - d' SAMBAL licious  |  Lama gile tak join giveaway.. Bila tengok giveaway ni hadiah dia sambal bilis pedas, terus je kecur air liur.. Jadi kite join la, mane tau kot dapat menang sambil bilis pedas dari d'SAMBAL licious ni kan.. Aku memang suka sangat sambal bilis ni.. Nak lagi kalau yang pedas.. Memang bertambah makan nasi..
Read More

Mee Goreng Basah Sedap

Wednesday, June 2, 2021

10 comments
Mee Goreng Basah Sedap  |  Nampak tajuk! Hehe lama dah tak up entry pasal makanan.. Yang hado semua tentang beauty.. Eh! Dah nama lagi niche pun Lifestyle and Beauty kan... Hiks.. Hari ni aku lari  tajuk sikit... Aku nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Sedap.. Memang sodap weh.. Biasa buat mee goreng biasa jerk.. Baru ni teringin nak makan mee goreng basah.. So, kita buat sampai jadi.. Moh tengok resepinya.. Simple tapi sedap meletop.. Hehe..
Read More

Review Novel | The Unsung Hero By Melur Jelita

Tuesday, June 1, 2021

12 comments
Review Novel | The Unsung Hero By Melur Jelita | Hadiah dari seorang sahabat blogger untuk aku... Apakah?? Novel ni la.. Hadiah dari Blogger Siqah.. Katanya novel ni tebal sangat dan tak larat nak habiskannya.. Jadi, aku dipertanggungjawabkan untuk habiskan novel ni.. Hehe.. Agak lama jugak aku ambil masa untuk selesaikan baca novel ni.. Setanding dengan ketebalannya.. 

Read More

Tunangku Tidak Tampan (3T)

Monday, May 31, 2021

9 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama betul rasanya tak berkongsi hobi aku yang satu ni.. MEMBACA ... Tapi kali ni buku yang aku baca ni adalah pinjaman semata-mata.. haha.. Aku pinjam ngan member opiz aku.. Dia beli buku ni melalui online.. Sampai aje parcel kat opiz terus dia bukak.. aku tengok buku, ape agik terus tanye buku ape... Aku kan hantu buku.. hehe..
Read More

Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia

Saturday, May 29, 2021

5 comments
Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia  |  Baru-baru ni aku cuci mata dekat website Lazada Malasyia.. Mencari-cari speaker yang sesuai untuk PC kat rumah aku ni.. Almaklumlah PC aku tu tak berspeaker... Nak tengok youtube pun tak boleh... Takan nak tengok tanpa suara kan... So, dah puas mencari, aku berkenanlah dekat satu brand speaker ni.. Fantech Speaker... Harga pun ok.. Mampu milik.. Dan paling penting bila beli barang dekat Lazada Malaysia ni, aku akan tengok dulu review dari pembeli.. Tengok pada feedback customer, semuanya kata ok.. So, aku on aje la beli Fantech Speaker  ni..

Read More

Kisah Inspirasi Cikgu Hajah Nor Aini binti Ahmad Guru Yang Kreatif dan Inovatif Berjaya Memberi Nafas Baru Kepada Imej Sekolah

Sunday, May 23, 2021

7 comments
Kisah Inspirasi Cikgu Hajah Nor Aini Binti Ahmad Guru Yang Kreatif dan Inovatif Berjaya Memberi Nafas Baru Kepada Imej Sekolah  |  Hari Guru telah pun disambut pada 16 Mei 2021 baru-baru ini.. Ada juga dikalangan kawan-kawan aku yang menjawat jawatan sebagai guru... Seronok bila baca ucapan hari guru dari pelajar-pelajarnya yang dikongsikan dengan aku.. Alhamdulillah semuanya menghargai pengorbanan guru mereka dan memberi kata-kata penghargaan yang menyentuh perasaan.. Sesungguhnya pengorbanan seorang guru tidak terbalas oleh kita.. Terlalu besar pengorbanan mereka dalam mendidik kita sehingga kita berjaya pada hari ini.. Mereka tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang guru.. 


Tambahan pula di zaman yang moden serba canggih ini, mereka sebagai seorang guru perlu selangkah lebih ke hadapan untuk menjadi guru yang lebih kreatif dan inovatif seiring dengan kemajuan dunia pada hari ini.. Begitulah juga kisah inspirasi seorang guru dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar ini yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam kerjayanya sehingga berjaya memberikan nafas baru kepada imej sekolah.. Beliau, Cikgu Hajah Nor Aini binti Ahmad, seorang guru yang prihatin, penyayang dan pemurah terhadap anak didiknya..

Cikgu Hajah Nor Aini binti Ahmad Guru Yang Kreatif dan Inovatif Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021


Kali ni aku nak kongsikan pula kisah inspirasi seorang guru hebat yang berjaya memberi nafas baru kepada imej sekolah SM Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) iaitu Cikgu Hajah Nor Aini binti Ahmad.. Cikgu Nor Aini juga telah tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021.. Beliau telah dicalonkan oleh bekas anak didiknya, Muhammad Ariff Mursyidi bin Noramali yang menganggap Cikgu Nor Aini bukan sahaja sebagai guru tetapi umpama seorang ibu yang sentiasa mengambil berat dan memberi kata semangat kepadanya untuk menjadi orang yang berjaya.. Muhammad Ariff Musyidi telah menjalani pembedahan jantunmg berlubang dan sehingga kini masih menjalani rawatan intensif.. "Segala yang berlaku ada hikmahnya".. Itulah kata-kata yang sentiasa dititipkan oleh Cikgu Nor Aini ketika dirinya diuji dalam hidup.. 

Cikgu yang berusia 53 tahun ni berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan seorang yang tidak pernah lekang dalam memberi motivasi dan inspirasi kepada anak didiknya.. Kata Muhammad Ariff Mursyidi, beliau seorang guru yang sangat dihormati dan dikasihi.. Walaupun usianya telah melebihi separuh abad tetapi beliau kekal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.. Beliau menzahirkan perwatakan guru kesayangannya ini sebagai seorang yang cekap, tegas dan amanah. Begitulah kata bekas pelajar Cikgu Nor Aini..Hebatnya seorang guru ini dimata pelajarnya.. 


Cikgu Nor Aini mendapat pendidikan awal di SK (Pusat) Juasseh, Kuala Pilah.. Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah tempat beliau mencurahkan baktinya sebagai seorang guru semenjak tahun 2009 sehingga kini.. Selepas tamat pelajarannya diperingkat menengah, beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia dan memegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu.. Minatnya dalam bidang pendidikan tidak terhenti di situ sahaja, malah beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Master Bahasa Melayu menerusi Hadiah Latihan Persekutuan dengan Cuti Bergaji Penuh selama 2 tahun dengan Biasiswa Kerajaan Malaysia.. Bukan calang-calang guru yang dianugerahi biasiswa ini.

Cikgu Nor Aini dan Kerjaya Sebagai Seorang Guru


Ramai juga kenalan aku yang kini menjadi seorang guru.. Apa yang menariknya, mereka sama sekali tidak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru tetapi akhirnya title guru jugalah yang disandangnya.. Samalah juga dengan kisah Cikgu Nor Aini ini.. Cita-cita asalnya ingin menjadi seorang akauntan namun beliau memenuhi hasrat murni hati seorang ayah yang inginkan salah seorang anaknya mewarisi kerjayanya sebagai seorang guru.. Tambahan pula, Cikgu Nor Aini merupakan anak bongsu dan paling rapat dengan ayahnya, maka beliau meraikan keinginan/merealisasikan impian bapa yang dikasihinya itu..  

Impian seorang ayah bukan hanya setakat itu sahaja, malah beliau sendiri yang mengisi borang permohonan ke UPM dan melunaskan semua urusan pendaftaran.. Menurut Cikgu Nor Aini, pada saat itu beliau redha dengan ayahnya dan yakin bahawa redha Allah Ta'ala bersama redha kedua ibu bapanya..  Sejak dari itu, beliau bertekad bahawa 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Beliau juga berazam untuk menggalas amanah sebagai seorang guru sebaik mungkin kerana kerjaya inilah yang bakal menjadi 'ladang pahala' buatnya kelak berkat doa restu kedua ibu bapanya..

Cikgu Nor Aini Terus Teguh Walau Hadapi Pelbagai Cabaran

Walau apa pun kerjaya kita, cabarannya tetap ada.. Apatah lagi menjadi seorang guru, cabaran yang dihadapi lebih terkesan.. Bukan kecil tanggungjawab mereka malah menjadi seorang pendidik ini, pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi dalam membentuk anak bangsa yang berjaya.. Pelbagai kerenah dan ragam anak murid harus dihadapi.. Cabaran dalam merentasi kemajuan pendidikan pada hari ini juga satu cabaran yang besar buat mereka.. Mereka juga harus selangkah lebih kehadapan agar dapat menjadi guru yang cemerlang dan terbilang..


Tahun 2021, merupakan tahun ke-30 Cikgu Nor Aini berkhidmat sebagai seorang guru..Terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang boleh dicoretkan sepanjang tempoh tersebut. Sepanjang menjadi guru, beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah termasuklah di kawasan Felda, kawasan bandar, sekolah berasrama penuh integrasi dan sekolah menengah sains.. Cabaran yang dihadapinya berbeza-beza.. Salah satunya, apabila kehendak ibu bapa tidak selari dengan cita-cita serta pilihan anak mereka terutamanya di sekolah berasrama penuh. Hal ini menyebabkan anak mula 'mencipta' pelbagai masalah untuk menarik perhatian pihak ibu bapa pihak sekolah.. Sebagai PKHEM , beliau perlu kreatif dalam mendepani masalah ini.. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan pemikiran kreatif beliau, banyak kes yang dapat diselesaikan dengan baik dan sekaligus memberi kesedaran kepada ibu bapa di uar sana bahawa keinginan untuk belajar adalah perkara yang paling penting dalam diri seorang pelajar untuk berjaya berbanding pilihan sekolah semata-mata



Manakala di kawasan Felda pula, beliau berhadapan dengan mentaliti pelajar-pelajar yang hanya melihat dunia berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling sahaja.. Mereka kurang bermotivasi untuk belajar dalam mengubah masa depan keluarga.. Maka, dalam hal yang sebegini, beliau harus bertindak sebagai seorang 'pakar motivasi' dalam menyediakan 'acuan' untuk masa depan mereka yang lebih cemerlang buat para pelajarnya.. Berkat daripada usahanya itu, ramai yang telah terkesan dan mengorak langkah mencipta kejayaan masing—masing. Malah beliau boleh berbangga dengan anak Felda yang pernah menjadi anak didiknya dan sudah berjaya memiliki kerjaya yang hebat..

Cikgu Nor Aini Berkorban Masa, Tenaga dan Wang Ringgit Tanpa Jemu Demi Melihat Anak Didik Berjaya


Seorang guru, tidak pernah lekang dari erti sebuah pengorbanan.. Begitulah juga dengan Cikgu Nor Aini yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa jemu demi melihat anak didiknya berjaya dan menjadi orang yang berguna.. 

Dalam meniti hari-hari sebagai seorang guru, Cikgu Nor Aini acap kali berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.. Sungguhpun begitu, beliau tidak pernah menyerah kalah malah sentiasa melakukan yang terbaik.. Katanya, sebagai seorang guru beliau perlu berada beberapa langkah di hadapan muridnya dengan berusaha mencari ilmu baru tidak kiralah sama ada dalam dunia akademik, kekeluargaan, keagamaan atau psikologi.. Menurutnya lagi, jika kita tidak mampu membawa anak didik kita menjelajah ke seluruh dunia, kita ‘bawa’ dunia kepada mereka.

Cikgu Nor Aini sentiasa berpegang kepada Fasa Pendidikan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anaknya sendiri mahupun para pelajarnya berkaitan peranan sebagai seorang ibu bapa atau guru iaitu :-

Fasa I  :  Umur 0 - 6 tahun - bermain dengan anak
Fasa II  :  Umur 7 - 12 tahun - pembentukan disiplin anak
Fasa III  :  Umur 13 - 21 tahun - berkawan/bersahabat dengan anak
Fasa IV  :  Umur 22 tahun ke atas - menjadi penasihat kepada anak

Aku sendiri kagum dengan pendekatan yang dibawa oleh Cikgu Nor Aini.. Semasa aku menaip ni, aku baru sedar akan perkara ini dan Insya-Allah aku juga akan berpegang kepada Fasa Pendidik Rasulullah S.a.W ini dalam mendidik anak-anak aku.. Terima kasih cikgu..

Selain itu, Cikgu Nor Aini juga seringkali menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak sama ada secara bersemuka mahupun atas talian. Beliau juga tidak pernah jerih untuk menjadi seorang guru yang up to date dalam pembelajaran di kelas dengan menyertai kursus pedagogi terkini dalam dunia digital .. Bukan itu sahaja, malah beliau juga bergiat aktif dalam NGO yang berkaitan dengan remaja seperti Pergerakan Puteri Islam Malaysia agar lebih memahami corak pemikiran remaja supaya dapat membantu mereka di luar sana serta anak-anak remaja di sekolah yang sangat rencam kehidupannya..


Untuk lebih ke hadapan, beliau suka membeli pelbagai genre  buku dan bahan bacaan yang terkini untuk tatapan para pelajarnya sebagai bahan bacaan alternatif di asrama.. Cikgu Nor Aini juga menjadi rakan facebook kepada beberapa orang pakar motivator hebat di Malaysia demi meraih pelbagai ilmu, pengalaman dan tips berguna dalam kerjaya sebagai seorang guru dan juga Ketua Warden..Hasilnya, beliau dapat membantu para pelajar yang  berkongsi pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka, selain merujuk kepada kaunselor. Itulah pengorbanan seorang guru untuk memastikan anak didiknya sentiasa mendapat yang segar dan terbaik darinya...




Selain itu, Cikgu Nor Aini mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang Bahas Bahasa Melayu semenjak di bangku sekolah lagi dan Bahas Ala-Parlimen merupakan pentas yang sentiasa membakar semangatnya untuk melahirkan lebih ramai pendebat muda yang hebat.. Setiap tahun beliau mengasah bakat pelajar dan melatih pasukan debat di sekolahnya selain memberi galakan kepada para pelajar menceburi seni perdebatan. Hal ini kerana debat memerlukan pemikiran yang pantas dan setiap pendebat perlu sentiasa hands on dengan ilmu yang pelbagai. Natijahnya, ramai pendedat didikannya telah berjaya menjadi communicator yang hebat di peringkat university dalam dan luar negara. Sehingga kini nama Cikgu Nor Aini tidak asing dalam arena bahas Bahasa Melayu dan beliau sering dijemput sebagai hakim pertandingan bahas di peringkat sekolah berasrama penuh, negeri  mahupun kebangsaan. #KnowledgeIsPower

Sekuntum Senyuman Di Bibir Seorang Ibu Atau Ayah Saat Anak Berjaya Merupakan Satu Kejayaan Hakiki Buat Cikgu Nor Aini

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi guru yang berjaya.. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk menempa kejayaan dan sudah pastinya ianya akan disulami dengan 1001 pengorbanan.. Mungkin jika dilihat dengan mata kasar, ia nampak seperti sesuatu yang mudah hakikatnya hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang tahu perit jerih perjalanan menjadi seorang guru.. Berkat usaha yang berterusan, sudah pastinya mereka akan berjaya meraih kejayaan demi kejayaan selari dengan pengorbanan mereka demi melihat anak bangsa berjaya..


Sepanjang kerjaya sebagai seorang guru, pelbagai pencapaian dan kejayaan telah Cikgu Nor Aini kecapi sama ada secara individu mahupun kolektif.. Antara pencapaian yang telah dikecapi oleh Cikgu Nor Aini adalah :-

1.  Kejayaan secara individu
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017
  • Anugerah Platinum Pencapaian BM SPM 2012
  • Anugerah Emas Pencapaian BM SPM 2013
  • Anugerah Jauhari Pencapaian BM SPM 2014
  • Anugerah Emas Pencapaian BM SPM 2015
  • Anugerah Jauhari Pencapaian BM SPM 2016
  • Anugerah Platinum Pencapaian BM SPM 2017
  • Anugerah Jauhari Pencapaian BM SPM 2018
  • Anugerah Platinum Pencapaian BM SPM 2019

2.  Pencapaian secara kolektif
  • Anugerah Platinum Pengurusan  Asrama Terbilang Sekolah Berasrama Penuh 2017
  • Anugerah Emas Pengurusan BADAR SBP Terbilang 2017
  • Anugerah Emas Pengurusan Sistem Rumah SBP Terbilang 2017
  • Naib Johan Anugerah Imarah Surau Sekolah Menengah Negeri Sembilan 2017 dan 2018
  • Anugerah Pengurusan Dewan Makan Terbilang Sekolah Menengah Negeri Sembilan 2018
  • Anugerah Pengurusan Unit HEM Terbilang Sekolah Menengah Negeri Sembilan 2019

Sesungguhnya, kejayaan hakiki sebagai seorang guru bagi Cikgu Nor Aini adalah tatkala melihat sekuntum senyuman di bibir seorang ibu atau ayah apabila anaknya mengecapi kejayaan meskipun beliaulah orang yang menyimpan 1001 kisah suka duka dan pahit manis anak mereka dalam menuju kejayaan.

Pengalaman Menjaga Seorang Pelajar SPM Demam Campak Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan

Antara kisah menarik yang dikongsikan oleh Cikgu Nor Aini adalah tentang kenangan yang beliau tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar guru.. Kisahnya agak menarik bagi aku.. Katanya, tidak dinafikan sepanjang menjadi seorang pendidik terlalu banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan dan di sini aku kongsikan 2 kisah yang sempat beliau ceritakan pada aku.. Aku yakin ini adalah kisah yang agak istimewa disisi kehidupannya sebagai sebagai seorang guru.. Jom ikuti kisah ini..


Kenangan pertama yang dikongsikan oleh Cikgu Nor Aini adalah kejayaan manis semasa beliau menjadi seorang Guru Bahasa Melayu iaitu tatkala Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar telah mencapai  Lonjakan Kangaro bagi subjek Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Tahun 2012.. Seramai 122 daripada 165 orang pelajar telah mendapat A+ dan beliau merupakan salah seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan 5 pada ketika itu. Seramai 45/50 orang daripada 2 kelas yang diajar telah memperoleh A+.  SM Sains Tuanku Jaafar juga telah dinobatkan  antara sekolah  terbaik di Malaysia dalam subjek Bahasa Melayu SPM Tahun 2012... 

Satu lagi kenangan yang tak mungkin dilupakan oleh Cikgu Nor Aini sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah beliau pernah menjaga seorang calon SPM 2019 yang menghidap demam campak sepanjang menduduki peperiksaan SPM.. Demi menjaga kebajikannya, Cikgu Nor Aini telah mengasingkan pelajarnya itu di Bilik Kuarantin sepanjang 3 minggu dan menyediakan makanan khusus buatnya termasuk membeli bertandan kelapa muda untuk merawat sakit tersebut..  

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keprihatinan Cikgu Nor Aini serta semangat juang anak didiknya, Aisyah Aqilah binti Noramali telah berjaya mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan SPM tahun 2019.. Usaha beliau ternyata membuahkan hasil kerana bukan mudah mengimbangi tugas dan tanggungjawab di antara guru subjek Bahasa Melayu SPM dan dalam masa yang sama sebagai PKHEM. Lebih membanggakan, sekarang anak didiknya itu sedang mengikuti kelas persediaan di Kolej MARA Banting sebelum melanjutkan pelajaran ke England dalam jurusan perakaunan dengan tajaan MARA, Insya-Allah.. Beliau menitipkan rasa syukur kerana dapat menjaga Aisyah sepanjang SPM kerana Aisyah merupakan seorang anak yatim sejak di Tingkatan 3. Aisyah juga merupakan kakak kepada Muhammad Ariff Morsyidi yang telah mencalonkan Cikgu Nor Aini dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini.

Mewujudkan Pelbagai Inovasi Demi Mendepani Kepelbagaian Tugas Sebagai Guru


Berbekalkan doa tulus seorang ibu dan ayah tercinta, sehingga ke hari ini Cikgu Nor Aini mampu berdiri teguh sebagai seorang pendidik dan terus cekal dalam mendidik anak bangsa tanpa berkira setiap apa yang dilakukan walaupun melebihi dari yang sepatutnya seorang guru lakukan.. Pelbagai kajian tindakan  serta penambahbaikan telah dilakukan  dalam mendepani kerjayanya yang serba mencabar..

Bermula dengan penggunaan mesin cetak yang perlu digelek menggunakan tangan  dalam menyediakan bahan pembelajaran pelajar sehinggalah ke zaman serba canggih ini dengan penggunaan komputer yang pencetaknya bermula dengan printer dot matriks sehingga ke mesin fotostat serta printer berwarna.. Begitulah juga dengan penggunaan alatan untuk mengajar.. Pada awal dulu, hanya papan hijau dan kapur tulis sahaja yang digunakan untuk mengajar sehinggalah whiteboard dan marker diperkenalkan untuk lebih sempurna cara pembelajaran.. Kini, peralatan mengajar semakin canggih dengan hanya menggunakan telefon pintar yang terus link  ke televisyen di kelas untuk tatapan pelajar menggunakan device screenbeam...Ternyata sesi pengajaran dan pembelajaran sebegini lebih menarik apabila audio dan visual digabungkan dalam satu medium digital.

Seiring dengan kemajuan zaman sekarang, bagi Cikgu Nor Aini, beliau perlu berlari sederap dengan guru-guru muda yang lebih kreatif dan inovatif.. Malah sepanjang menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) sejak tahun 2017, pelbagai inovasi digital telah beliau wujudkan demi mendepani kepelbagaian tugas rakan-rakan di sekolah yang semakin hari semakin rencam sehinggakan secara tidak langsung dapat membantu ramai rakan PKHEM di sekolah berasrama penuh di Malaysia, PKHEM sekolah harian serta terbaru beliau dapat berkongsi inovasi ini dengan salah sebuah sekolah menengah atas di Medan, Indonesia.. Tahniah cikgu!!


Katanya, kebanyakan inovasi ini jugalah yang telah menjadi penyumbang kepada pelbagai anugerah yang diraih olehnya sepanjang menjadi guru.. Banyak inovasi yang telah berjaya dilaksanakan dalam memudahkan lagi pengurusan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di SM Sains Tuanku Jaafar ini.. Selaku PKHEM, beliau sentiasa memberi idea dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.. Idea dan inovasi digital ini telah dilaksanakan bersama Guru ICT sekolahnya iaitu Encik Kamarulzamri bin Bakar sebagai pembina sistem-sistem yang melibatkan pengurusan Unit HEM..  

Hasil inovasi ini, semua maklumat dan data-data Unit HEM dapat diuruskan dengan mudah serta dapat diakses dengan cepat dan pantas. Kalau korang nak tahu, berikut adalah inovasi-inovasi yang telah Cikgu Nor Aini laksanakan :-

1.  Pengurusan Asrama
  • e-Laporan Warden Bertugas
  • e-Laporan Dewan Makan
  • e-Laporan Keluarga SBP
  • e-Penempatan Asrama
  • e-Puasa Sunat Isnin/Khamis
  • e-Laporan Kerosakan
2.  Pengurusan Disiplin
  • e-Saman
  • e-Rampasan
  • e-Amalan Baik Pelajar
3.  Pengurusan Sistem Rumah
  • e-Rumah Tunku Kurshiah
  • e-Rumah Tunku Burhanuddin
  • e-Rumah Raja Melewar
  • e-Rumah Raja Hitam
4.  Pengurusan Pasca COVID-19
  • e-SOP Pulang Bermalam
  • e-Data Pelajar
  • e-Saringan Kesihatan Pelajar/Guru/Staff
  • e-Laporan Sanitasi Kelas/Kamar Asrama
  • e-Laporan Kebersihan Kelas/Kamar Asrama
Wahh banyak betul inovasi  yang telah diwujudkan oleh Cikgu Nor Aini ye.. Satu pencapaian yang amat membanggakan.. Menurut Cikgu Nor Aini lagi, melalui inovasi-inovasi ini, SMSTJ telah mengumpulkan semua inovasi ini dan telah diuruskan dalam satu system pengurusan digital melalui penjenamaan semula maklumat secara digital menerusi Program MySTJ@DigiTech yang merangkumi semua bidang pengurusan di sekolah..


Bagi aku Cikgu Nor Aini merupakan cikgu yang hebat.. Terlalu banyak pencapaian yang telah diraihnya sepanjang bergelar guru.. Sesungguhnya, aku yakin usahanya pasti tidak akan berhenti setakat itu sahaja kerana harapan beliau sebagai seorang guru, selagi hayat dikandung badan, pastinya beliau akan memberi khidmat dan sumbangan yang terbaik dalam merealisasikan kariernya sebagai seorang pendidik dengan berpegang dengan prinsip hidup "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" kerana beliau yakin di antara jarak langit dan bumi itulah Allah Ta’ala telah menyediakan ladang pahala untuk setiap hambaNYA , Insya-Allah. Beliau berharap agar lebih ramai generasi muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya sebagai seorang guru. Jadilah guru dengan rasa penuh keikhlasan yang lahir dari hati nurani mereka untuk menjadi seorang 'Jurutera Kehidupan Manusia' agar dapat melahirkan warisan muda Malaysia yang lebih terbilang dan gemilang pada masa hadapan..














Ok, untuk ikuti kisah inspirasi Cikgu Nor Aini yang dicalonkan oleh Muhammad Ariff Mursyidi bin Noramali ini, korang boleh layari link ini.. 👇



Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021


Bagi aku, selayaknya Cikgu Nor Aini dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini.. Perjalanan dan pencapaian dalam kerjayanya ini amat membanggakan.. Semoga kisah inspirasi Cikgu Nor Aini ini terpilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan terus menjadi guru yang terbaik dari yang terbaik..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini merupakan  anugerah tahunan yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah melebihi tugasnya dalam mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik.. Ini merupakan tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini.. Dari ribuan pencalonan, hanya 25 orang guru sahaja yang akan dipilih sebagai penerima anugerah ini..

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran inovatif dan luar kotak, melampaui keperluan tugas untuk membantu pelajar, dan mewujudkan kesan positif terhadap diri pelajar.

Owh ya, McDonald's Malaysia akan mengumumkan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada akhir Mei ini... So, jangan ketinggalan guys! Guru yang memenangi anugerah ini, akan menerima wang tunai RM5000, trofi dan sijil pengiktirafan pada majlis yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing sempena Hari Guru ini.. Bagi yang mencalonkan pula akan menerima baucar hadiah McDonald's bernilai RM200.  

Untuk info lanjut, korang boleh layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi



Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia mahupun di dunia terutamanya buat Cikgu Nor Aini.. Semoga terus menjadi guru yang berjaya dalam mendidik anak bangsa.. Perjuangan dan pengorbanan cikgu akan kami kenang sampai bila-bila.. Marilah kita sama-sama menghargai setiap penat lelah dan jasa guru yang telah mengajar kita sehingga kita berjaya.. Terima kasih cikgu!



Read More