10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

Tuesday, October 19, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!  |  Kemain lagik hengko yek Lea Azleeya, rini nak kasi tips tarik rezeki bagai yeee... Haha.. Oke, hari ni aku nak kongsi dengan korang tips pantas skill orang-orang berjaya tarik rezeki dengan mudah... Biasa-biasanya orang bisness la mengamalkan tips ni... Kalau korang dalam kalangan orang bisness, bisnessman.. bisness women.. Haa boleh la try tips ni... Jom tengok apa ada dalam senarai tips tersebut...


BAGAIMANA NAK TIRU SKILL ORANG BERJAYA!!

10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

1. Berkawan dengan orang yang betul.. 

2. Tidak bertangguh dalam segala kerja dan urusan

3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif

4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...!

5. Sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.

6. Membina networking yang bagus.

7. Konsisten dan tak mudah putus asa. 

8. Pantas membuat keputusan dan pantas juga membuat tindakan.

9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. 

10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.


Moga tips ni berguna untuk korang lebih maju kehadapan dalam lapangan perniagaan....



Read More

Dari Pagi ke Malam Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Sunday, October 10, 2021

3 comments
Dari Pagi ke Malam Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!  |  Bulan Organik adalah satu kempen selama sebulan yang bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap pelbagai manfaat makanan dan kelebihan pertanian organik termasuk makanan yang lebih bersih dan sihat serta kurang terdedah terhadap pestisid. Pengguna juga dapat mengetahui bahawa amalan pertanian yang lebih mampan ini turut membantu membanteras perubahan iklim serta memastikan biodiversiti terus terpelihara.


Alce Nero, jenama organik terkemuka di Itali, mencabar anda untuk Go Organic with Alce Nero selama sehari, seminggu atau sebulan untuk merasai pengalaman pemakanan organik dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. Bagi memudahkan penyesuaian diri dengan pengambilan makanan organik dalam diet seharian, Alce Nero telah membentuk satu siri resipi yang enak dan mudah disediakan bukan sahaja untuk sarapan, makan tengah hari, malah untuk snek dan juga pencuci mulut!


Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian jem, sapuan dan madu Alce Nero, termasuk yang baru diperkenalkan di pasaran - Alce Nero Organic Blueberry Jam dan Alce Nero Organic Chestnut Spread yang dijual pada harga RM22.90 sebotol.

Alce Nero Organic Blueberry Jam diperbuat daripada lebih 100 gram buah-buahan bagi setiap 100 gram produk akhir. Ia tidak mengandungi pektin serta bahan perisa tiruan dan pewarna makanan. Beri biru yang ditanam dan dituai secara organik dimasak menggunakan kaedah pan vakum yang menggunakan suhu rendah dan tempoh masakan yang amat pendek bagi mengekalkan aroma, rasa dan memastikan nutrien buah-buahan terpelihara.



Sementara itu, Alce Nero Organic Chestnut Spread yang unik mempunyai rasa manis dan menyerlah serta kelikatan yang mudah untuk disapu. Hanya buah berangan yang ditanam di Itali digunakan untuk menghasilkan compote ini tanpa sebarang pektin tambahan.

Rangkaian meluas pasta, sos pasta, minyak zaitun dan cuka Alce Nero menambah lagi pilihan ramai dan membawakan kebaikan rasa organik yang semula jad dalam setiap hidangan.

Tips Untuk Anda!

Untuk merasai manfaat makan organik, cuba nikmati sajian organik sekurang-kurangnya sehari seminggu untuk merasai perbezaan rasa dan pengalaman. Gunakan ramuan organik berkualiti semasa tempoh ini. Kurangkan penggunaan bahan perasa tambahan untuk menikmati sajian yang sepatutnya. Jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang berat hati untuk mencuba, hiasi hidangan anda untuk memberikan mereka pengalaman yang merangsang deria.

Sarapan : Apple Cinnamon Chestnut Spread Toast


Hidangan organik yang menggembirakan ini menyerlahkan suasana musim luruh dengan kehadiran epal, serbuk kayu manis dan buah berangan. Simfoni tekstur sapuan buah berangan, epal rangup dan roti bakar menjadikan hidangan ini satu kegemaran sepanjang masa.

Bakar roti bijirin penuh, kemudian sapukan Alce Nero Organic Chestnut Spread dan taburkan sedikit muesli hancur. Kemudian, susun beberapa hirisan epal untuk meliputi semua bahagian roti dan ditambah dengan taburan muesli di atasnya.

Lengkapkan hidangan dengan menabur sedikit serbuk kayu manis. Tuangkan sedikit madu sekiranya anda ingin sedikit kemanisan. 

Makan Tengah Hari : Laksa Johor    


Hidangan tempatan menjadi lebih enak apabila ia organik. Sebagai contoh, hidangan seimbang Laksa Johor ini menggunakan Alce Nero Organic Tricolore Pasta dan bukannya mi laksa yang biasa digunakan.

Rebus ikan seperti sardin segar. Buang tulang dan kisar. Simpan separuh daripada air rebusan ikan tadi.  

Sediakan pasta mengikut arahan pada pek.

Kisar 2 batang serai, 5cm halia, 5cm lengkuas, 2 bawang besar, 3 cili kering dan 8 ekor udang kering. Tumis sehingga bau harum.

Kemudian, masukkan ikan yang telah dikisar, tambah serbuk kari ikan, santan dan air rebusan ikan yang telah diasingkan. Gaul sebati dan masak sehingga mendidih. Biarkan kuah sehingga pekat.

Untuk dihidangkan

Masukkan sedikit pasta Tricolore dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa yang telah dimasak dan taburkan hirisan timun, kacang panjang, bawang dan daun selasih, tauge yang dicelur serta potongan limau.

Keenakan rasa segar, pedas dan berempah yang dirasai adalah berbaloi dengan tempoh penyediaannya. Anda juga boleh menyediakan air rebusan ikan dengan lebih awal.

Snek atau Pencuci Mulut : Parfait Yogurt 


Parfait Yogurt ini amat lazat, sihat, organik dan gambarnya sesuai dimuat naik di laman Instagram anda. Ia sesuai dijadikan sajian pilihan untuk sarapan, snek mahupun pencuci mulut, khasnya pada hari yang panas.

Dalam sebuah gelas atau bekas kaca, masukkan Alce Nero Organic Blueberry Jam mengikut keinginan anda, diikuti oleh yogurt Greek dan taburan granola rangup. Hiasi hidangan anda dengan buah-buahan pilihan - beri seperti strawberi yang bukan sahaja berkhasiat tetapi cantik dilihat. Tuangkan sedikit madu organik Alce Nero untuk kemanisan tambahan.

Ambil gambar dan muat naik ke laman sosial anda sebelum menikmatinya. Ada pihak yang gemar untuk mengacau lapisan-lapisan yang ada sehingga sebati, dan ada yang lebih suka menikmati setiap lapisan secara berasingan sehingga ke lapisan jem terakhir.  

Hidangan ini juga sesuai untuk majlis dan disediakan dengan lebih awal.  

Makan Malam : Penne Goreng Ayam  


Penne goreng ayam organik ini adalah satu sajian yang memuaskan selera dan cepat dimasak. Ia adalah pilihan sempurna bagi hari-hari anda penat bekerja tetapi masih mahu mengekalkan pelan pemakanan organik dan sihat.

Masak Alce Nero Organic Penne sehingga al dente, tapis dan asingkan.   

Dalam sebuah pan besar, tumis potongan bawang besar dan merah, hirisan tomato dan taufu sehingga harum. Masukkan pes cili dan Sos Pasta Organik Alce Nero. Biarkan ia masak.   

Kemudian, tambahkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga ayam telah masak.   

Masukkan penne yang telah dimasak, telur yang telah dipukul dan gaul sehingga telur sebati dengan ramuan-ramuan lain. Akhirnya, taburkan potongan daun bawang dan tauge.   

Sebelum dihidang, taburkan sedikit hirisan cili.  

Penne goreng ayam ini merupakan hidangan sihat yang enak dan mudah disediakan.




Dapatkan resipi penuh dan resipi-resipi lain di  https://alcenero.asia/recipes.html atau layari laman sosial Alce Nero di https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan https://www.instagram.com/alceneromy untuk Go Organic with Alce Nero.  

Produk organik Alce Nero boleh didapati di rangkaian AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben's Independent Grocer serta pasar raya terpilih di seluruh negara. 






Read More

Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa

Saturday, October 9, 2021

1 comment
Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa  |  Assalamualaikum.. Hi korang.. Sendu betul blog aku ni sejak kebelakangan ni.. Tambahan pula sekarang ni ramai kengkawan yang hadapi problem loading.. Slow sangat loadingnya termasuk blog aku.. Aku masih mencari jalan penyelesaiannya.. Andai tak berjumpa juga, kenalah tukar template.. Sayang weh nak tukar template ni.. Aduhai.. Harap masalah ni dapatlah setel cepat..
Read More

Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org

2 comments
Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org  |  Hi Korang.. Lama betul tak main games.. Sekali sekala mengadap games best juga.. Release tensen bekerja.. Games yang aku layan ni bukan games zaman sekarang tau tapi games legend yang femes zaman aku dulu.. Korang yang seangkatan dengan aku mesti ingat game Solitaire kan.. Tipu la kalau korang tak ingat.. Haha.. Kalau dulu-dulu zaman muda remaja dulu aku suka sangat main game Solitaire ni.. Pantang bukak PC, mesti on game Solitaire dulu.. Yelah, zaman aku dulu hanya ada games Solitaire je. Tak macam zaman sekarang.. Dah macam-macam games ada..
Read More

Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya

Tuesday, September 28, 2021

No comments
Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya  |  Hi korang! Dua tiga hari ni, line internet di tempat aku ni buat hal betul la.. Kemain menyiput jerk slownya.. Nak buat kerja pun tak syok.. Haiss.. Oh ya, dah alang-alang sebut tentang line internet ni, aku baru jerk dok usha pelan data Yoodo.. Haa korang pernah dengar tak pasal Yoodo ni? Aku pun sebenarnya baru firstime dengar.. Bila ramai dok sebut pasal Yoodo ni, teringin la jugak nak tahu kan.. So, aku pun riki-riki la.. Banyak rupanya kelebihan Yoodo ni.. Salah satunya kita boleh ubah suai data, panggilan dan sms kita sendiri.. Memang terbaiklah!.. Jom aku story kat korang..
Read More

Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family

Wednesday, September 22, 2021

1 comment
Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family  |  Baru-baru ini, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September 2021 dan mestilah memenuhi kriteria SOP yang ditetapkan.. Ramai juga aku lihat mengambil peluang ni pergi bercuti ke sana.. Aku pun ada la jugak menyimpan hasrat untuk pergi bercuti ke sana nanti.. Cuma buat masa ni aku lebih prefer untuk bercuti tempat yang dekat-dekat je dulu sebab tak suka bersesak-sesak.. Hehe.. Bila dah reda keadaan, barulah plan bercuti ke Langkawi pula..
Read More