Vit’s Italian Mi Goreng Series Will Definitely light up Your Christmas Theme | Hello, Vit’s Noodles Lover! Let’s welcome December with a festive cheer because we’re definitely feeling the holiday spirit! Christmas is coming and there could be no greater method for partaking in this merry season than with some Christmassy food and pastries. Furthermore, nothing rings in the bubbly cheer like Christmas gifts and food, obviously!
Do you guys know that Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd started out as a food trading company in 1975 and gradually ventured into the instant noodle industry. Since the expansion and with the best people in hand, our capabilities and resources have empowered us closer to becoming the world’s preferred noodle expert that signifies global standards in nutritional value, quality and services.
Christmas is a magical season and by buying Vit’s products, you can absolutely feel the Christmas soul! Vit’s Noodles will be happy to introduce to you guys about our new Italian series that definitely will level up your instant noodles craving.
Aglio Olio is a traditional Italian pasta dish from Naples, Italy. Usually cooked with just olive oil and garlic, Aglio Olio is fragrant and a classic pasta dish. You should attempt Vit's Italian Mi Goreng Aglio Olio flavor that is tasty, we bet.
If you prefer tomato-based pasta sauces, Vit’s also got it in Bolognese flavour! Made with fresh tomatoes, garlic and herbs, their new Vit’s Italian Mi Goreng Bolognese is going to be any kid’s or adults comfort food.
Therefore, we would like to take this opportunity to present you with our new product “Vits Italian Mi Goreng Carbonara” featuring exclusive products for you to taste and enjoy. Vits Italian Mi Goreng Carbonara is the latest menu of Vits Italian Mi Goreng series. Its Italian Mi Goreng Carbonara is a combination of Mi Goreng inspired by the classic Italian menu. Introducing the latest Vits Italian Carbonara from Vits made from cheese, chicken ham, butter, chili flakes and cream adding the aura of Italian cuisine. It tastes just as good as being in Italy. Vits Italian Carbonara Fried Noodles is free of preservatives and artificial colors.
The taste of classic cuisine that will satisfy you and the preparation of simple and original recipes. Perfect for those of you who care about time and the aroma of real Italian cuisine. You can make delicious Italian-style Mi Goreng in as few as four or five steps at home to satisfy your Italian food cravings.
You can be sure that these Italian-style quick noodles will become your new favorite meal due to their affordable prices.
Been craving for your favorite comfort food? You know where to buy? The promo is only Rm 5.95 available at Shopee and Lazada.
Now you can grab the first and only Malaysia’s Italian Series Instant Noodles from @vits_malaysia. Products are available online and Aeon stores at the moment.
Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah | Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.
Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.
Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.
Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.
TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.
Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.
TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.
Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.
Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.
“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.
Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.
Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.
Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum | Assalamualaikum. Hi Korang.. Jarang-jarang dah aku dapat meluangkan masa di blog kesayangan aku ni.. Bukan apa, sekarang ni kerja aku semakin sibuk.. Macam-macam benda nak kena buat dan fikirkan.. Sampai satu tahap aku berada dalam keadaan stress yang agak teruk.. Sebenarnya keadaan seperti ini tak berapa elok untuk wanita yang semakin meningkat usianya macam aku ni..
Sebabnya stress ni boleh membuatkan kita nampak tua sebelum usia tau dimana munculnya tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, dagu berlapis, garis-garis halus dan banyak lagi la... So, untuk atasi masalah tanda-tanda penuaan ni, aku cuba produk terbaru Safi iaitu Safi Youth Gold.. Best tau produk ni.. Jom aku story!
Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
Sebagaimana yang korang tahu, jenama Safi ni tak asing lagi dalam pasaran Malaysia malah telah menjadi jenama produk penjagaan kulit No.1 Halal di Malaysia. Apa yang bagusnya tentang setiap produk Safi ni, ia diuji secara klinikal dan saintifik bagi memastikan imej produk mereka sentiasa dihati penggunanya..
Baru-baru ini Safi telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Safi Youth Gold.. Ada dua produk tau iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser.. Kedua-dua produk ini diformulasikan khas untuk membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berlapis dan kulit kendur dimana ianya boleh menurunkan tahap keyakinan wanita moden hari ini.. Apa yang bestnya dengan menggunakan produk ni, masalah dagu berlapis boleh reduce sehingga 50% tau dalam masa 15 minit sahaja dan kita akan kembali nampak lebih muda, anjal dan berseri-seri.. Ini telah di uji secara klinikal oleh ahli panel mereka..
Oh ya, kalau korang nak tahu, Safi Youth Gold ni sebenarnya merupakan produk yang telah di upgrade dari rangkaian Safi Rania Gold.. Nak tahu lebih lanjut, baca sampai habis ye! Hehe..
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum Cleanser
Aku dah cuba kedua produk ini selama dua minggu dan aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Safi Youth Gold ni.. Serius memang best sangat.. Setiap produk pasti memerikan manfaat kepada kita sekiranya kita menggunakannya secara betul dan konsisten..
Begitulah juga dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser ini.. Korang pasti tertanya-tanya apa yang best sangat dengan kedua-dua produk ni? Yesss memang best sangat guys.. Banyak manfaat dan kelebihannya.. Antaranya :-
Ia dapat merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.
Dapat mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit sahaja
Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, duncing dan tirus
Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lif, kombinasi Vitamin C & Nano emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa
Tidak melekit dan tidak berminyak serta mudah meresap dan selesa pada kulit
Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberikan °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti :-
Menegangkan kulit
Meningkatkan keanjalan kulit
Mengurangkan garis halus dan kedutan
Meningkatkan kelembapan kulit
Melindungi kulit dari pengoksidaan
Meningkatkan kehalusan kulit
Memperbaiki kulit rosak
**Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal
Rahsia Awet Muda dengan Safi Youth Gold
Sebelum ni memang dah pernah try Safi Rania Gold dan sesuai dengan kulit aku.. Now, bila dah cuba rangkaian terbaru Safi ni, Safi Youth Gold, aku rasa lagi best dan superb.. So, aku harap aku boleh konsisten dengan produk ni sebab aku suka akan hasilnya dan berazam untuk tidak kelihatan tua sebelum usia.. Hehe.. Yang penting konsisten diknon!! Inilah rahsia awet muda aku.. π±
Orite, kalau korang nak dapatkan rangkaian produk Safi Youth Gold (SYG) ini korang boleh dapatkannya di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta boleh juga dapatkannya secara onlin di laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan juga Lazada.
Info lanjut, boleh terjah dekat link bawah ni ye..
Senyuman Sinar Berkilau Dalam Hanya 14 Hari dengan Ubat Gigi Baharu Fresh & White Volcanic Whitening | Terbukti mempunyai kuasa pemutih dan mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi. Gigi yang putih dan berkilau bersama senyuman yang bersinar merupakan trend penjagaan oral terbesar sejak lebih sedekad lalu, dipengaruhi oleh persekitaran media sosial yang bersifat visual. Semasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat maya, adakah anda lebih memberi perhatian dan tertarik kepada individu yang mempunyai senyuman yang berseri? Adakah senyuman anda sendiri bersedia untuk dizumkan di hadapan kamera ketika menggunakan Teams?
Cuba ini, Senyum dengan lebar, ambil swafoto (selfie) dan kemudian zum untuk melihat keadaan gigi anda dengan lebih dekat. Jika terdapat kesan kotoran atau perubahan warna pada gigi anda, Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening boleh membantu anda mendapatkan gigi yang lebih putih dan senyuman yang lebih berseri dalam hanya 14 hari. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mencegah pembentukan kesan kotoran pada gigi.
Fresh & White adalah jenama LION Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang disokong oleh pengalaman selama 130 tahun dalam bidang pembangunan dan inovasi penjagaan oral. Ikon beruang kutub Fresh & White adalah produk kegemaran yang mudah didapati di bilik mandi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia digemari kerana memberikan rasa pudina yang menyegarkan dan kuasa nafas segar yang berpanjangan.
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening telah dirumus khas dengan memberi perhatian terhadap gaya hidup digital hari ini yang telah menyebabkan kita lebih peka terhadap penampilan dan senyuman.
Adakah anda tahu, apakah yang menyebabkan kesan kotoran pada gigi? Lebih utama, sebagai rakyat negara yang mencintai makanan, adakah anda ingin melepaskan makanan dan minuman ini?
Kopi, teh tarik, teh boba, jus buah-buahan dan minuman berkarbonat yang memberikan kegembiraan kepada kita dan sering dinikmati pada acara-acara sosial adalah antara punca utama kesan kotoran pada gigi. Selain itu, makanan berwarna dan kaya dengan rasa seperti kari, kicap, sos berasaskan tomato, cuka, limau, ubi bit dan gula-gula berwarna juga menyumbang kepada kesan kotoran pada gigi. Anda boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dan minuman ini, atau hanya tukar ubat gigi anda kepada Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening untuk memastikan gigi anda lebih putih bersama senyuman yakin yang bersinar dan berkilau.
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening ini dirumus dengan mineral gunung berapi Jepun dan ejen pemutih berteknologi terkini untuk memutihkan gigi secara efektif, pada masa yang sama lembut pada enamel gigi, membolehkan anda mendapatkan senyuman yang lebih berseri sepanjang masa.
Mudah untuk digunakan, jimat dan tanpa sebarang kesan sampingan, jadikan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebahagian daripada rutin penjagaan diri anda.
Sertai #FreshNWhite2WeeksChallenge. Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari dengan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan oral yang baik bagi mencapai hasil yang terbaik. Anda dapat melihat senyuman yang lebih bersinar dan yakin hanya dalam dua minggu.
Perbandingan Kadar Penyingkiran kesan kotoran antara Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening vs Ubat Gigi Biasa Jenama Terkemuka
Penyingkiran kesan kotoran menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah dua kali ganda lebih berkesan berbanding ubat gigi biasa, terbukti menerusi ujian makmal yang dijalankan di Jepun.
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening terbukti menyingkirkan kesan kotoran dengan lebih berkesan daripada ubat gigi biasa, keputusan dilihat pada enamel gigi artifisial
Ujian makmal melibatkan gigi digosok selama dua minit sebanyak dua kali sehari pada enamel gigi artifisial yang terdiri daripada bahan yang menyerupai gigi manusia. Satu set ujian dijalankan menggunakan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dan satu lagi set menggunakan ubat gigi biasa. Keputusan ujian mendapati Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening berkesan menyingkirkan pembentukan kotoran degil pada enamel gigi artifisial.
Manfaat Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening melangkaui penyingkiran kesan kotoran pada gigi. Ia juga mempunyai teknologi Perisai Anti-Gula yang diperkukuhkan dengan dua kali ganda kandungan dwi fluorida, seterusnya mengukuhkan pertahanan enamel gigi terhadap tindakan asid gula yang dihasilkan oleh bakteria. Di samping itu, ia turut meningkatkan pembentukan semula mineral bagi enamel gigi yang lebih kuat. Dengan Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening, anda boleh memiliki senyuman sinar berkilau dengan gigi yang lebih kuat tanpa kaviti!
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening menyempurnakan senyuman sinar berkilau anda dengan rasa kesegaran pudina. Kesegaran pudina yang manis dan sempurna ini menjadikan mulut dan nafas rasa lebih bersih dan segar, memberikan anda keyakinan walaupun ketika memakai pelitup muka!
Nikmati solusi pemutih gigi ini di rumah pada harga berpatutan untuk gigi yang lebih putih, tiada kesan kotoran, lebih kuat, tanpa kaviti serta senyuman yang sinar berkilau bagi seisi keluarga.
Mandy Tan, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd berkata, “Senyuman berseri adalah aset terbaik bagi sebarang hantaran media sosial, tetapi memastikan gigi kita bebas daripada kesan kotoran adalah satu cabaran, khasnya apabila kebanyakan kita gemarkan kopi, teh dan pelbagai sajian tempatan. Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening adalah tambahan terbaik untuk rutin penjagaan oral anda dan keluarga. Ia memutih, menguat, dan melindungi gigi, serta menyegarkan nafas dengan berkesan, pada harga mampu milik. Cubalah selama 14 hari dan anda akan nampak perbezaannya. Jadi bintang yang berkeyakinan pada mesyuarat maya anda seterusnya dengan senyuman yang sinar berkilau dengan Fresh & White.”
Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening dihasilkan di bawah standard keselamatan dan kualiti terbaik. Kesemua rangkaian produk Fresh & White telah menerima pengiktirafan Halal. Tiub ubat gigi 140g dijual pada harga RM6.10, sementara pek berkembar (2x140g) boleh didapati pada harga RM10.50. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://freshandwhite.com.my .
Tingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak-kanak dengan Diffenz Junior |
Nutrisi yang lengkap dan pemakanan yang seimbang amat penting bagi kanak-kanak
yang sedang membesar. Zaman sekarang ni tidak semua ibu bapa berjaya membentuk
corak pemakanan yang sihat untuk anak mereka lebih-lebih lagi ketika negara
dan seluruh dunia dilanda Pandemik Covid-19.
Satu kajian yang dibuat mendapati berlaku peningkatan kadar obesiti yang
membimbangkan di kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Mereka
mengalami kenaikan berat badan purata 2.3 kg semasa pandemik di mana anak-anak
tidak dapat bermain diluar dan pergerakan mereka terbatas hanya di dalam rumah
sahaja.
Jadi, ini mengakibatkan mereka kurang aktif kerana hanya dihidangkan dengan
gajet dan siaran TV sahaja di rumah. Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu
diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan
berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan
datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak
adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.
Di luar pengatahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan
kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada
kadar 7.4 peratus berbanding di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik
keganasan.
Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti
akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat
pandemik Covid-19 yang melanda. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain,
berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma
baharu.
Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan
semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda
kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan
berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.
Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan
morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting
dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin
dan mineral yang lengkap.
Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat
penting untuk ibu bapa menggalakkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan
dalam diet bayi mereka. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan
keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses
penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau
pencucian berlebihan serta cara masakan.
Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.
Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.
Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.
Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.
Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.
Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.
Cendawan Susu Harimau
Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selsema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.
Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
Multivitamin Dan Mineral
Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).
Terdapat jurang yang jelas di antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.
Kolostrum
Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum.
Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.
Korang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat untuk dapatkan Diffenz Junior ni. Sekurang-kurangnya anak-anak kecil ini boleh dapat nutrisi tambahan dan perlindungan yang terbaik kepada mereka untuk terhindar dari jangkitan kuman dan virus berbahaya di luar sana.
Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang memberikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Perlu ingat ye, kalau anak-anak ni sakit kita juga yang susah hati nanti.
Ok lah. Kalau korang berminat nak dapatkan Diffenz Junior ni korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.
Cara Atasi Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Set Primadona Faith Fleur | Ok, sebelum ni aku dah pernah cerita tentang produk penjagaan rambut Faith Fleur ni.. Now, aku nak share sekali lagi rutin penjagaan rambut aku dengan Set Primadona Faith Fleur ini kerana bagi aku ianya sangat serasi dan berkesan untuk aku.. Bukan mudah untuk aku cari produk penjagaan rambut yang sesuai dengan aku.. Dah banyak juga aku cuba dan Faith Fleur yang paling sesuai dengan aku..
Aku memang menghadapi masalah rambut gugur yang agak teruk dan juga kelemumur.. Masalah rambut gugur aku ni bermula selepas aku melahirkan anak pertama.. Semakin hari semakin teruk.. Setiap hari mesti nak kena sapu lantai sebabnya banyak sangat rambut aku gugur.. Bila tengok rambut banyak atas lantai tu rasa agak risau dan sedih.. Satu lagi punca menjadi penyumbang kepada rambut gugur ni adalah stress!! Yess, sekarang aku selalu sangat stress.. Sebab itulah aku perlukan produk yang betul-betul selamat digunakan dan boleh atasi rambut gugur dan kelemumur yang aku hadapi ini.. Now, aku dah jumpa produk penjagaan yang tepat untuk atasi masalah aku ini iaitu Set Primadona Faith Fleur..
Rawat Sendiri Rambut Gugur dan Kelemumur Di Rumah Dengan Faith Fleur
Siapa yang ada masalah rambut gugur, kelemumur, rambut rosak, rambut bau kepam boleh la cuba Set Primadona Faith Fleur ni.. Ada syampu, perapi dan juga serum.. Sangat recommended!! Aku sendiri dah cuba sebab tu aku berani rekomen dekat korang..
Sekarang ni dah masuk set kedua tau.. Bila dah suka tu, memang akan setia la jawabnya.. Haha.. Packagingnya pun dah bertukar.. Dulu warna pink putih, now dah tukar warna Purple... Warna kegemaran aku guyss!! Botol serum pun dah bertukar kepada botol yang jernih.. Simple but nice.. Aku suka!! Yang penting produknya tetap mantap macam dulu jugak.. Paling aku suka bau dia.. Entah la, aku suka sangat bau produk ni.. Lembut je dan menenangkan..
Ok, apa yang aku suka sangat selepas guna Set Primadona Faith Fleur ini?
Rambut aku ada perubahan.. Jumlah rambut gugur di lantai dah kurang.. Yeyyy!!
Rambut lembut gile.. Yang ni paling best lepas mandi.. Mudah diurus.. Guna jari pun boleyyyy!!!
Masalah kelemumur pun dah semakin kurang.. Hope dengan set kedua ni terus hilang.. Hehe..
Bau rambut wangi je.. Sepanjang hari rasa selesa dan segar dengan bau honey dew yang tenang..
Tentang Faith Fleur
Dah alang-alang aku menulis ni.. Nak la jugak aku cerita serba sedikit tentang Faith Fleur ni.. Mesti korang pun nak tahu kan asal usul Faith Fleur ni.. Ok jom aku story..
Faith Fleur adalah satu jenama penjagaan rambut yang telah beroperasi lebih kurang 5 tahun dan telah membantu lebih 1 juta pengguna mendapatkan rambut lebat dan cantik.. Diasaskan oleh Puan Mariam binti Abdul Samad, di mana Faith Fleur kini telah mempunyai 10 jenis produk penjagaan rambut yang dapat mengatasi apa juga masalah rambut yang dihadapi tidak kira sama ada daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.. Kanak-kanak pun boleh guna tau!! Itu yang best dengan produk Faith Fleur ni..
'Faith Fleur'.. Korang tau tak ape maksudnya? Ok, Faith tu maksudnya 'Kesetiaan' dan Fleur pula adalah 'Bunga' dari perkataan perancis.. Itulah maksud 'Faith Fleur'..
Ok, Faith Fleur ni adalah sebuah syarikat pengeluar produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, conditioner, serum, tonic dan hair mist.. Bahan-bahan yang digunakan juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan tidak mengandungi sebarang barang kimia berbahaya seperti Paraben, SLS dan Soap.. Paling terpenting bagi aku dan seluruh umat Islam adalah ianya HALAL dan MESRA WUDUK!!
Faith Fleur Set Primadona Pilihan Aku
Faith Fleur Set Primadona tetap menjadi pilihan aku.. Set Primadona ni terdiri daripada Shampoo Hair Loss, Conditioner Hair Loss dan juga Anti-Frizz Hair Serum.. Alahai sukanya aku tengok packaging baru Faith Fleur ni.. Love sangat!! Orite, jom aku story tentang kelebihan setiap satu produk dalam dalam set ini.. Best ke idok?? Jom check it out!!
Faith Fleur Shampoo Hair Loss
RM 35 (250ml)
Tanpa Paraben dan SLES
Mengandungi Vitamin Pro-V-B5
Haruman Honey Dew
Kelebihan Shampoo :-
Menghilangkan kotoran dan minyak pada rambut serta kulit kepala
Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala
Menghalang kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepada bersisik
Mengurangkan kekusutan dan membantu mengurangkan rambut gugur
Faith Fleur Conditioner Hair Loss
RM 35 (250ml)
Tanpa Paraben dan SLES
Mengandungi Vitamin Pro-V-B5
Haruman Honey Dew
Kelebihan Conditioner :-
Diperkaya dengan Mineral Oil untuk mengurangkan masalah rambut putus dan kering
Menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar
Memberikan kelembapan kepada rambut
Anti-Frizz Hair Serum
RM 20 (65ml)
Oil-based tetapi mudah menyerap dan mudah dibersihkan
Berbau lembut dan segar
Tidak berminyak dan tidak melekit
Mesra solat
Kelebihan Serum :-
Mengandungi bahan-bahan berkualiti seperti minyak zaitun untuk mengatasi masalah rambut rosak
Membantu mengurangkan rambut bercabang dan rapuh
Melembut dan melebatkan rambut
Dapat mengurangkan masalah rambut gugur
Merawat masalah kelemumur dan kulit kepala kering
Cara Penggunaan Faith Fleur Set Primadona
Pakai sesuatu produk tu, kalau nak dapat result yang best, kenalah guna mengikut aturan yang betul dan nak dapatkan kesan yang terbaik, kenalah konsisten.. Jom aku ajarkan cara penggunaan Faith Fleur Set Primadona yang betul supaya ianya lebih berkesan..
Step 1 - Shampoo Hair Loss
Basahkan rambut sehingga kena pada kulit kepala.. Kemudian ratakan cecair syampu di bahagian rambut dan kulit kepala.. Urut lembut kulit kepala 2 - 3 minit dengan Faith Fleur Shampoo Hair Loss.. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Step 2 - Conditioner Hair Loss
Bersihkan rambut dari kesan syampu. Kemudian ratakan cecair conditioner di bahagian rambut sahaja. Elakkan daripada terkena kulit kepala. Kemudian biarkan 2 - 3 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.
Step 3 - Anti-Frizz Hair Serum
Picit serum ke tapak tangan dan gosok.. Kemudian ratakan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.
Nak Rambut Lebat Dan Cantik, Gunalah Faith Fleur. Yang Penting Konsisten, No Malas-Malas!!
Aku dah cuba, Faith Fleur sangat membantu mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur yang aku alami.. So, bagi korang yang menghadapi masalah sama macam aku, aku recommend sangat korang guna Faith Fleur ni.. Mana tahu sesuai dan dapat bantu korang juga.. Nak rambut lebat dan cantik, gunalah Faith Fleur!! Yang penting kenalah konsisten, no malas-malas!! Hehe